Kehamilan

Godaan Telur Kuning Cair, Tapi Ibu Hamil Jangan Makan! Boleh Kena Jangkitan Bakteria

Share

Semasa mengandung, ibu hamil kena berhati-hati. Biarpun orang kata, waktu mengandunglah nak makan apa saja, perlu diperhatikan juga. Bukan semua jenis makanan boleh dimakan sewenang-wenangnya. Jika tidak diberikan perhatian, ada kemungkinan mendapat jangkitan virus dan sebagainya.

Artikel Menarik: [Bayi Sihat & Cantik, Amalkan Makanan Sunnah. Usaha Ibu Jaga Kandungan]

Salah satu makanan yang tidak dibenarkan untuk wanita mengandung adalah telur separuh masak. Terdapat beberapa makanan lain juga, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan ada berkongsi tentang hal ini.

JANGKITAN LISTERIOSIS PADA IBU HAMIL

Semua ibu hamil perlu diberitahu bagaimana nak kurangkan risiko untuk mendapat jangkitan Listeriosis ketika mengandung. Ni jangan cakap abam tak payung, baca betol-betol.

Bagaimana boleh elakkan jangkitan ‘minatang’ Listeria ni ?

1)  minum hanya susu yang dipasteur atau Susu UHT. Susu fresh diperah dari tetek kambing ke lembu ke rusa ke buaya ke tak digalakkan minum. Tak payah rasa bangga dapat minum susu ‘fresh’ panas-panas lepas perah tu, tanpa anda sedari sebenarnya terdedah kepada bakteria ini. Jaga-jaga.

2) tak digalakkan makan soft cheese seperti Camembert, Brie, Blue-veined cheese. TIADA risiko listeriosis dengan memakan hard cheese seperti Cheddar, cottage cheese atau cheese yg sudah diproses. Baca bebetul. SOFT cheese jer takboleh makan, HARD cheese 🧀 makan tanpa rasa was was.

Artikel Menarik: [Kandungan ‘Tak Jadi’, Bila Hamil Je Gugur. Ada Sebabnya Kenapa Macam Tu]

3) tidak memakan pate ( sebarang jenis termasuk yg ada sayur ) – sejenis daging mentah.

4) tak memakan makanan yang separuh masak, atau memanaskan semula makanan yg lama kalau boleh.

Untuk mengurangkan risiko dapat jangkitan Salmonella pula :

1) elakkan makan telur mentah, telur separuh masak atau apa apa makanan yang mengandungi telur mentah atau telur separuh masak.

2) elakkan daging mentah, atau daging separa masak.

Takda istilah mengidam makanan-makanan yg saya cakap kat atas ni. Lepas beranak boleh la makan kalau nak. Tak payah beriya nak masuk Fear Factor masa mengandung dan try makanan pelik-pelik.

Burppp.. Baru telan 2 biji telor kat bawah ni untuk brunch. Saya MENGANDUNGi lemak, so takdak hal makan telor separuh masak.

Korang breakfast pe harini?

Artikel Menarik: [UPT Positif Tapi Bila Check Doktor, Tak Mengandung Pun. Kenapa Macam Tu?]

Ada benarnya nasihat Dr Izzat tu, banyak lagi makanan lain yang boleh dinikmati ibu hamil. Lebihkan pengambilan makanan sunnah, itu lebih baik. Sebaik-baiknya apabila sudah mengetahui info ini, elakkan setiap makanan tersebut. Tunggulah habis mengandung nanti, baharulah anda makan semua itu ya!

IKLAN