“Grandma Panggil Dia Budak Turkey” Baby Dah 3 Bulan, Anzalna Sakan Tengok Drama Turki Masa Hamil!

Share

Diam tak diam, anak kedua pelakon Anzalna Nasir, Mohamad Emirhan rupanya kini sudah pun berusia tiga bulan.

Menerusi Instagramnya, Anzalna turut memuat naik gambar terbaru Emirhan bersama neneknya yang kini sudah semakin membesar.

Paling menarik kongsi Anzalna, si comel Emirhan rupanya digelar budak Turkey oleh nendanya.

“Alhamdulillah Emirhan is 3 months old.

“Grandma panggil dia budak Turkey!,” tulis Anzalna ringkas.

Tidak hanya sekadar gelaran, rupanya gelaran itu diberikan kerana sepanjang mengandungkan Emirhan, Anzalna paling gemar menonton drama Turkish.

Tidak bosan menonton malah Anzalna yang ditemani ibunya gemar menonton drama Turkish yang mempunyai beratus-ratus episod. Bukan biasa-biasa!

“Sepanjang pregnant mommy asyik tengok Turkish drama beratus episodes dengan grandma,” kongsinya lagi.

Perkongsian wajah Emirhan yang seakan wajah baby ‘Turkish’ itu mendapat perhatian pengikut setia pelakon cantik manis ini.

Malah ramai yang memuji wajah handsome Emirhan.

 

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN