Kesan parut lepas anak kena chicken pox atau demam campak biasanya sangat dirisaukan oleh ramai ibu ayah. Risau pula parut tu kekal sampai besar nanti.
Sebenarnya parut lepas kena chicken pox terutama yang jenis halus dan kecil boleh hilang dengan sendirinya apabila demam makin kebah.
Bagaimanapun ia bergantung kepada tubuh badan seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan sebarang parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini boleh melegakan hati ibu ayah yang risau masalah anak berparut lepas baik demam campak.
Cara Buat Bedak Tradisional
Ads
Bahan-bahan:
Ads
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
Basuh bersih daun asam dan daun melur.
Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
Sapukan seluruh badan selepas campak telah kering.
Selain itu anda boleh juga guna daun semambu untuk buat bedak menghilangkan parat lepas kena campak.
Ads
Perkongsian dari Puan Norhafizah Abdul Hamid ini boleh juga dicuba.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan bedakkan pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat, mak ayah kena cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu di seluruh badan. Selamat mencuba
Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang, aktif, lasak dan sukar dijaga. Sebelum anda naik darah, berikut beberapa tip yang ingin Pa&Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka.
Sebelum mempunyai anak, kita pastinya mengidamkan anak-anak yang mudah dijaga. Bergelar ibu bapa, kita dengan pantas akan menyedari anak lelaki biasanya bertenaga, agresif dan lebih banyak akalnya berbanding anak perempuan.
PANTAU TAHAP AGRESIF ANAK
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya), dan kemudian beraksi seolah-olah mereka membunuh orang jahat. Jika anak lelaki anda pernah bermain begini, ia menujukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan. Melakonkan watak sebagai polis dan penjahat atau bermain ala-ala situasi berdepan zombi dapat menggalakkan anak anda untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah). Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan.
Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar. Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif.
Tidak perlu marah, cukup sekadar menerangkan perkara yang harus mereka tahu supaya mereka faham dan bukannya mengelak daripada melakukannya kerana takut dimarahi anda.
TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Bapa terutamanya digalakkan untuk melayan isteri, ibu dan adik-beradi perempuan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh.
Salah satu cara yang baik untuk mengajar anak lelaki cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki anda, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh mebacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan. Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau mengalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.
Meraikan anak lelaki dengan kasih sayang dan penghargaan juga boleh menjadikan mereka lebih mudah mendengar kata.
GALAKKAN EKSPRESI EMOSI
Sentiasa galakkan anak-anak anda untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu bapa anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang sesuatu hal.
Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan menghakimi tetapi galakkan mereka untuk berceritadengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan mereka.
BERI ANAK RUANG
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja. Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama.
Jika bermain dengan ayah, banyakkan permainan survival. Ibu pula boleh banyakkan bermain dengan aktiviti skil harian.
Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sedari kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mudah sebenarnya nak tingkatkan fokus dan koordinasi mata serta tangan anak. Buat sendiri apa yang ada di rumah dah boleh. Asalkan mak ayah kreatif dan ada keinginan nak anak belajar.
Sekurang-kurangnya aktiviti macam ni bukan sahaja dapat kurangkan anak dengan gajet tapi boleh membantu kemahiran membaca dengan bantu gerakkan mata.
Berikut antara latihan lapan terbalik yang dikongsikan Puan Masturah Abu Bakar dan dipraktikkan pada anaknya.
Pagi ni Sarah dan Hakeem buat aktiviti lapan terbalik.
Kalau anak-anak yang baru nak buat latihan ni, disarankan mak ayah buat template dulu. Saya kitar semula kotak pizza untuk buat template.
Aktiviti lapan terbalik ni salah satu aktiviti yang:
✔️ Bantu bina dominasi tangan. Dominasi tangan penting untuk menulis dan melakukan aktiviti harian yang lain.
✔️ Tingkatkan fokus dan koordinasi mata dan tangan. Penting untuk kemahiran menulis dan membaca.
✔️ Tingkatkan kemahiran membaca dengan bantu gerakan mata kiri ke kanan dan kanan ke kiri.
Cara melakukan aktiviti:
➡️ Buat template lapan terbalik
➡️ Mulakan gerakan dari tengah, kiri dan ke kanan secara berterusan.
➡️ Gerakan dilakukan dengan perlahan dan lancar.
➡️ Kalau anak dah mahir, dah tak perlu guna template.
Abang Long, Kak Long adalah panggilan lazimnya kepada anak sulung. Anak sulung anak yang dinanti-nantikan kelahirannya. Tahukah anda layanan kita kepada anak sulung berikan pengaruh besar kepada suasana harmoni dalam rumah?
Selalu dilihat anak sulung terpinggirkan atau secara tidak sengaja, diherdik, dimarahi kerana ‘kegagalannya’ dalam menjalankan tugas sebagai kakak atau abang. Kerapkali juga dihenyak dengan pelbagai tugas dan dipersalahkan kerana adik-adiknya.
Kak Long & Abang Long ialah bintang yang perlu digilap, kerana pengaruhnya sangat besar kepada suasana dalam rumah.
Kaunselor, Puan Farhan memberikan pandangannya mengenai hal ini. Memang benar, persediaan dan layanan yang baik secara psikologinya akan memberikan impak positif kepada si sulung. Berikut ialah perkongsiannya;
LAYANAN KEPADA ANAK SULUNG
Anak sulung ini besar pengaruhnya kepada adik dibawahnya. Oleh itu, sebelum menambah ahli baru di dalam keluarga berusahalah untuk mempersiapkan anak sulung anda juga.
Anak sulung yang siap menerima kehadiran adik adiknya pasti akan memberi banyak kesan positif di dalam keluarga itu sendiri.
KENAPA MUSTAHAKNYA ANAK SULUNG BERSEDIA?
Mengurangkan stress ibu menguruskan anak baru. Anak sulung yang bersedia menerima kehadiran adik pasti akan banyak membantu ibu dalam menguruskan rumah termasuk lah membantu menjaga dan menguruskan keperluan adiknya.
TIP MENGURANGKAN PENOLAKAN TERHADAP ADIK BARU
Anak sulung yang bersedia menerima adiknya juga akan kurang menunjukkan penolakan terhadap adiknya.
Penolakan kepada kehadiran adik pasti akan ditunjukkan melalui perbuatan seperti mengacau adiknya, membuat sesuatu yang membangkitkan kemarahan orang sekeliling dan juga kerap menangis dan mengamuk.
Untuk mengurangkan penolakan kepada kehadiran adik yang baru, ini lah pentingnya anak sulung anda dipersiapkan sebelum kehadiran orang baru.
PASTIKAN DIA SERONOK DENGAN KEHADIRAN ADIK
Jadi, sebelum ditambah ahli baru pastikan anak sulung sudah boleh faham akan erti adik. Pastikan dia juga seronok menanti kehadiran seorang adik.
Anak sulung yang tidak seronok dengan kehadiran adiknya akan memberi layanan yang kurang baik kepada adiknya.
LAYANAN SI SULUNG MENENTUKAN SIKAP ANAK KEDUA, KETIGA & SETERUSNYA
Ingat, pengaruh anak sulung sangat besar kepada adiknya. Cara dia melayan adik dibawah nya akan menentukan juga bagaimana sikap anaj kedua, ketiga dan seterusnya. Ia bagaikan sebuah cycle yang berhubung kait.
Sekiranya mereka kerap bergaduh, berebut dan saling pukul memukul antara sayu sama lain pastinya adik adik dibawahya akan menjadi kasar.
Seterusnya, sikap dan perangai itu akan diperturunkan pula kepada adik adik yang seterusnya.
Sekiranya banyak perangai dan perbuatan positif yang ditunjukkan oleh anak sulung, adik adik lebih mudah menurut.
BETAPA BESARNYA PENGARUH ANAK SULUNG
Saya selalu memerhatikan apabila anak sulung saya mengaji, adiknya pasti akan duduk dan ikut bersama sehingga dia habis mengaji.
Betapa besar nya pengaruh anak sulung di dalam pembentukan suasana yang harmoni di dalam rumah anda.
Oleh itu, sebelum anda menambah bilangan ahli keluarga jangan lupa untuk ‘berbincang’ bersama anak sulung anda agar mereka bersedia memikul tanggungjawab sebagai kakak/abang.
‘PERKASAKAN’ SI SULUNG DENGAN ILMU & CONTOH
Sebelum anak menambah ahli baru pastikan dalam keluarga pastikan juga anak sulung sudah diperturunkan ilmu serta contoh yang baik untuk mereka aplikasikan bersama adik adik yang lain.
PASTIKAN LAYANAN TIDAK BERUBAH WALAU PUN SUDAH BERADIK
Kita juga harus memastikan cara kita melayan anak sulung ini tidak berubah walaupun sudah beradik. Ingat, pengaruh Abang dan Kak Long Kawasan itu kuat. Untuk memastikan mereka melayan dan menguruskan adik dengan baik, ianya bermula bagaimana ibu dan ayah mendidik anak yang sulung.