Penyakit kaki tangan dan mulut atau HFMD memang sering menjangkiti anak-anak yang masih kecil. Gejala termasuk demam, hilang selera makan, ruam kulit yang tidak gatal dan selalunya sakit tekak antara tanda si kecil menghidapi penyakit berjangkit ini. Selain itu luka dan ulser yang terdapat di lidah juga akan muncul pada anak-anak yang dihidapi HFMD.
Seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang ibu mengenai anaknya yang dijangkiti penyakit tersebut. Pada mulanya dia ingatkan anaknya menghidap demam campak, namun setelah diperiksa rupanya menghidap penyakit kaki tangan dan mulut.
Menurutnya dia menggunakan rawatan tradisional cara orang India yang dikongsi oleh jirannya. Syukur apa yang dibuat menampakkan hasil yang positif sehingga ruam pada badan anak menjadi kering.
Ingat Anak Kena Demam Campak
Mula-mula ingatkan anak kena demam campak, tapi tak sangka HFMD. Saya guna 100% rawatan tradisional cara orang India. Jiran kat rumah saya yang kongsi petua ini. Alhamdulillah dah okey sangat-sangat. Sampai saya bawa pergi ke hospital swasta, doktor pakar kanak-kanak pun puji. Dia kata, pandai saya jaga anak sampai jadi kering dan elok sakit dia tu.
Ads
INI ADA SEDIKIT PETUA
1. Bagi Anak Makan Aiskrim Vanilla Saya bagi anak makan aiskrim vanilla. Aiskrim ini nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah, memang sangat-sangat berkesan.
Ads
2. Masuk Serbuk Kunyit Dalam Air Yang Diletakkan Bawah Cahaya Matahari Ambil sebesen air paip dan letakkan di bawah cahaya matahari (saya letak jam 10.40 pagi sampai jam 1.00 pagi). Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Biarkan sampai air paip tadi panas-panas suam. Masukkan juga daun bambu ke dalam air tersebut. Selepas itu bagi anak kita mandi menggunakan air itu. Jangan bilas dengan air paip, biarkan air kunyit dan daun bambu ini di badan anak, jadikan sebagai penawar.
3. Campur Daun Mambu & Bedak Sejuk, Lumur Satu Badan Ramaskan daun mambu dengan bedak sejuk, lumurkan ke tangan, kaki di bahagian yang terjejas. Jangan masukkan dalam mulut ye. Yang dalam mulut, bagi anak makan aiskrim vanilla saja.
Ads
InsyaAllah selepas 2-3 hari, pasti akan hilang. Cubalah, sebab saya sendiri dah mencubanya.
Dua anak perempuan kesayangan pasangan selebriti Scha Al Yahya dan Awal Ashaari sering kali menjadi perhatian ramai. Populariti ibu dan bapanya membuatkan apa sahaja yang dilakukan anak perempuan mereka, Lara Alana dan Lila Amina turut mendapat perhatian ramai.
Lara yang cukup dikenali di media sosial dengan jumlah 4 juta pengikut ini cukup dikenali dengan sifat lembut dan manjanya.
Lain pula kisahnya dengan anak kedua pasangan ini, Lila Amina yang jarang-jarang dikongsikan kisahnya di media sosial oleh Scha dan Awal.
Ketika ditanya mengenai perbezaan perangai dua anak perempuannya, akui Scha, dua anak perempuannya sememangnya mempunyai sikap yang berbeza.
Kongsi Scha lagi, kelembutan anak sulungnya, Lara Alana jelas ketara bila bersama adiknya.
“Bila dah ada adik ni, Scha nampak Lara seorang kakak yang sangat lembut. Dia banyak beralah dengan adik dan kalau nak minta sesuatu tu cukup lembut.
“Lain pula Lila, Lila anak yang cukup garang. Dia tahu apa yang dia nak, dia konsisten dan tegas serta ada strong character,” kongsi Scha.
Malah kongsi Scha dan Awal lagi, berbanding Lila, Lara tampak lebih yakin bila bergaul berbanding Lila yang masih ada rasa takut-takut.
“Lara ni kita expose dia sejak kecil lagi, jadi dia dah terbiasa berbanding Lila. Nampak dia buat performance di pentas tu masih ada rasa takut-takut. Masih lagi menangis.
“Pun begitu dalam garang dan tegas tu Lila ada hati yang sangat lembut. Still baby pandemic,” kongsi Scha dan Awal lagi.
Terdahulu, Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Lara Alana, 9 dan Lila Amina, 2 tahun.
Batuk yang berpanjangan selepas terkena Covid-19 membuatkan kita terus rasa tidak selesa. Selain usahakan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan, cara mudah yang dikongsikan ini mungkin serasi dengan kita.
Tak perlukan ubat, hanya potongan buah limau dan nenas setiap pagi dan sebelum tidur yang dikongsikan oleh Pn Ezan Ed ini boleh anda usahakan. Mana tahu serasi. Jom cuba!
Nak share “ubat batuk” saya pagi ni. Hampir sebulan dah batuk. Lalok makan ubat batuk hari-hari tapi masih jugak tak sembuh.
Akhirnya saya cuba potong buah oren dengan nenas kecil-kecil macam ni. Kemudian tabur sedikit garam. Alhamdulillah semakin ok. Kahak pun kurang. Cubalah.
Anda hanya perlukan: Sebelah buah oren potong nipis sekali kulit. (Lemon pon boleh.) Sepotong nenas potong kecil. 1 sudu teh garam. Tabur.
(Edit** Saya makan sekali kulit. Basuh bersih-bersih ye)
Saya makan sebelum sarapan & setengah jam sebelum tidur. Pastikan minum air secukupnya.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
“What is your name?…” Berkerut dahi si kecil. Biarpun pertanyaan ini adalah biasa ditanya, namun jika anda tidak pernah mempraktikkan kepadanya, ia dianggap asing buat dirinya. Cadangan beberapa tips ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengajar anak pandai berbahasa Inggeris.
Tidak perlu diterangkan apakah kelebihannya jika anak anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini dalam usia kecil lagi. Mempersiapkan anak lebih awal adalah lebih baik kerana anak akan menjadi lebih bersedia apabila masa itu sudah tiba. Namun bagaimana cara terbaik untuk pasti kan anak anda dapat mengusai Bahasa Inggeris dalam situasi yang tidak tertekan dan secara semula jadi. Ikuti tip dan panduan yang diberikan.
Berkomunikasi
Berkomunikasi secara langsung menggunakan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, anda boleh memberikan panduan dalam bahasa tersebut. Misalnya, meminta anak untuk duduk. Anda boleh berkata “Sit down”. Selain itu, anda boleh membacakan cerita dalam bahasa tersebut kepada anak sebelum tidur, sehingga anak semakin terbiasa mendengarkan bahasa Inggeris dan juga mempelajari struktur bahasa tersebut secara tidak langsung. Berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kepada anak secara bertahap. Mulai dengan bahasa yang paling mudah terlebih dahulu. Misalnya mulai berkomunikasi dengan memperkenalkan satu demi satu kata dalam bahasa Inggeris. Jangan terlalu memaksa anak untuk mengerti pengucapan panjang yang anda ucapkan dalam bahasa Inggeris tersebut.
Gerak tubuh
Ketika mengajarkan kata kerja bahasa Inggeris, anda akan menggunakan gerak tubuh untuk memudahkan anak memahami pengucapan anda. Sebagai contoh, ketika meminta anak untuk tidur, anda perlu berkata, “Let’s sleep.” Buatlah gerakan tubuh ketika mengucapkan kata ‘sleep’, misalnya dengan menangkupkan kedua belah tangan, lalu meletakkannya di pipi sambil melentukkan kepala dan menutup mata. Ajak anak mengikut contoh gerak tubuh anda sehingga dapat memahami dengan jelas maksud percakapan anda.
Program televisyen berbahasa Inggeris
Sesekali,pasangkan rancangan atau filem kegemaran anak dalam bahasa Inggeris. Lama kelamaan anak pasti terbiasa mendengarkan kalimat-kalimat yang dilontarkan dalam program atau filem tersebut. Ketika anak mendengar kosa kata baru, sudah tentu akan mempelajari kata tersebut. Anda pula gunakanlah ketika berbicara pada anak. Oleh demikian anak anda tidak mudah melupakan kosa kata yang baru saja diketahuinya. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menemani anak semasa menonton rancangan televisyen. Anda boleh mengucapkan dan mengulangi kata-kata yang diucapkan di televisyen. Misalnya untuk bahasa Inggeris, ketika melihat haiwan kucing di televisyen, anda boleh memberitahu kepada anak bahawa kucing dalam bahasa Inggeris disebut “cat”. Cara ini efektif digunakan untuk peringkat awal mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak kerana anak mudah ingat dan memahami apa yang ditontonnya.
Permainan dalam bahasa Inggeris
Cubalah membeli permainan pembelajaran dengan bahasa Inggeris, seperti kad imbasan yang menunjukkan abjad, nombor, haiwan, makanan dan sebagainya. Anda boleh membuat sendiri kad imbasan dengan bantuan Internet. Ajaklah anak bermain menggunakan permainan tersebut. Dengan sendirinya anak ada akan mengetahui makna daripada gambar-gambar yang dilihatnya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan lagu-lagu berbahasa Inggeris. Kenalkanlah lagu-lagu anak yang biasa dinyanyikan. Anda boleh menyanyikannya sebelum tidur atau sambil menyuapkan makanan kepada anak.
Satu kata dalam satu waktu
Ketika mengajarkan bahasa Inggeris kepada anak, jangan terus memberikannya kosa kata yang harus dipelajarinya. Ajarilah satu perkataan dalam satu waktu sehingga anak anda benar-benar memahami dan boleh mengucapkan kata tersebut dengan baik. Sudah tentu anak anda masih pelat semasa menyebut beberapa perkataan bahasa Inggeris. Anda perlu membantu anak menyebut dengan jelas dan nyata.
Beritahu kepada anak untuk melihat mulut semasa anda menyebut perkataan. Kemudian anda dan anak bersama-sama menyebut perkataan tersebut secara berulang kali.
Namun tidak perlu mengajar bagaimana mengeja dan menulis perkataan. Yang diperlukan pada usia ini adalah pengenalan perkataan. Cubalah untuk menunjukkan satu gambar, misalnya gambar kereta dan mengucapkannya dalam bahasa Inggeris. Minta anak untuk mengulanginya. Tunjukkan lagi gambar yang sama keesokan harinya dan lihat apakah anak anda masih mengingati bagaimana perkataan tersebut disebut dalam bahasa Inggeris.
Apa yang pasti, lakukan secara perlahan, dalam suasana yang menyenangkan dan tidak “memaksa” anak. Ini kerana, tahap usia ini adalah peringkat pengenalan terlebih dahulu supaya anak anda terbiasa mendengar kosa kata baru dalam bahasa Inggeris dan perlahan-lahan akan ‘biasa’ dengan bahasa Inggeris yang diajarkan kepadanya itu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.