Baru 1 tahun 3 bulan, nampaknya permata hati Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya semakin bijak. Walaupun baru pandai berjalan, ternyata keyakinan dalam diri Fatima itu buatkan ramai yang suka melihat gelagat comelnya.
Melalui perkongsian terbaru Fazura, menunjukkan keletah Fatima yang kini dah pandai nak bergaya dengan beg tangan.
Macam tahu-tahu je keluar rumah nak kena bawa handbag. Bukan itu sahaja, apa yang mencuit hati, siap ada duit seringgit-seringgit dalam beg yang dibawa.
Betullah orang kata, hanya dengan pemerhatian, anak-anak kecil mudah mengikut ibu bapanya. Sebab itu, setiap tingkah laku, tutur kata mesti jaga depan anak-anak. Rumah adalah sekolah pertama anak.
Elok yang ditunjukkan pada anak-anak, maka secara tak langsung anak pun membesar dalam persekitaran yang positif.
Dalam satu video pendek yang dikongsikan Fazura, kelihatan Fatima begitu beriya-iya angkat tangannya semata-mata tak mahu beg yang dibawanya itu terjatuh.
Ads
Video yang ditonton lebih 60,000 orang itu mendapat pelbagai reaksi dan ramai yang beritahu lepas ni mommy kena siap sedia berkongsi handbag dengan Fatima.
“Comel Fatima sayang. Sampai angkat tangan takut nanti beg jatuh ya..”
Malah semakin besar, wajah Fatima semakin iras dengan mommynya. Copy paste sungguh!
Kredit: @fattzuralovelife
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mandi, nak mandi lama-lama. Pergi playground, tak nak balik. Pergi “supermarket”, nak lari kesana kemari. Main mainan orang lain, tak nak pulang. Pergi kedai mainan, nak bawa mainan keluar dari kedai.
Anak saya pun pernah ada ciri-ciri diatas sebelum ini, memang susah sangat nak “move on” bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana. Semua dia nak buat harta sendiri dan rumah sendiri.
Puncanya adalah kerana semasa ini anak tak tahu lagi semua barang dia jumpa atau main bukan hak milik dia. Anak ingat bila main mainan itu, automatik dah jadi hak milik dia.
Saya pasti ramai juga mak ayah yang mengalami masalah ini, selalunya akan bermula dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan ke atas. Yang mana belum tunjukkan ciri-ciri ini, ayuhlah bersedia mental dan fizikal.
Pertama perlu fikir positif sebab memang fitrah budak-budak suka bermain. Selagi tak penat dan tenaga mereka ada bateri selagi itu anak tak nak balik. Selagi belum bosan main mainan baru selagi itu mereka tak nak lepaskan.
Tapi masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tak nak balik, kita turutkan. Bila anak menangis nak bawa mainan keluar, kita ambil dan belikan. Belajar untuk “move on”pun penting dalam perkembangan anak. Untuk mengelakkan masalah besar dikemudian hari apabila setiap kali anak pergi supermarket akan ada episod amukan anak. Baik mulakan awal.
Memang kalau boleh kita nak bagi semua benda pada anak, tapi ada masanya anak juga perlu hormat keputusan mak ayah dan belajar bertolak ansur kerana tak semua dikehendaki dia akan dapat. Realiti kehidupan sebenar pun tak macam itu.
Jadi ini tips saya untuk bantu anak “move on” dari sesuatu yang anak suka. Mulakan seawal mungkin kalau anak dah mula faham.
1. Konsep kepunyaan.
Konsep ini sebenarnya dah boleh diajar seawal umur 1 tahun kerana waktu ini perkembangan emosi anak dah berkembang dan normal waktu ini anak dah mula tahu diri sendiri berbeza dengan mak ayah. Bila pergi kemana-mana tempat yang ada mainan, beritahu anak yang mainan itu bukan anak punya.
Cara untuk ajar senang sahaja, mulakan dengan benda harian. Contohnya dalam kes saya dan anak saya; “Ini baju Mummy, ini baju Eva” atau “Mummy punya, Eva punya”.
Kalau anak pegang atau bermain dengan barang bukan kepunyaannya, beritahu awal-awal yang barang itu orang lain punya sebelum mereka mula ada “attachment” dengan barang tersebut.
2. Kaedah bercerita (“story telling”)
Beritahu anak tempat mana yang kita akan tuju supaya dia mula “lepaskan” perasaan seronok lebih awal. Kalau mak ayah dah tahu atau dah biasa ke tempat itu, ceritakan pada anak tujuan ke tempat itu, pergi berapa lama, apa yang ada disana dan sebagainya. Involve anak dalam setiap apa yang kita lakukan supaya anak rasa dihargai dan dihormati.
3. Time out.
Ingatkan anak masa yang anak dibenarkan main. Kalau anak yang umur bawah 2 tahun mungkin kena ada “distractions” untuk tinggalkan tempat yang anak tak nak balik. Kalau dah lebih 2 tahun boleh beritahu kenapa kena balik contohnya:
“Jom, jalan-jalan” “Jom balik, kita pergi makan”
Kalau anak dah tahu masa, boleh beritahu masa anak dibenarkan main supaya dia “mentally prepared” dan gunakan masa dengan sebaiknya. Disarankan untuk ingatkan anak 30 minit, 10 minit dan 5 minit sebelum.
Point ini penting sangat untuk mengurangkan episod menangis. Kalau anak yang nak mandi lama-lama pun sama, mak ayah perlu tahu untuk manipulasi anak ikut kreativiti.
4. Belajar melepaskan barang.
Ini adalah apa yang saya terapkan pada anak saya supaya cepat “move on” dan untuk mengelakkan satu rumah bersepah.
Anak umur bawah 2 tahun ini memang sangat naif, kalau dah sayang sesuatu benda mesti rasa nak bawa benda itu kemana-mana tetapi bila dah bosan mereka akan campak mainan merata-rata.
Jadi untuk mengelakkan satu rumah bersepah, mak ayah boleh cuba terapkan konsep main-mainan di satu tempat kalau nak pergi tempat lain anak kena tinggalkan dahulu.
Contohnya mainan masak-masak ada diruang tamu, kalau anak nak pergi bilik dia kena tinggalkan mainan dahulu. Masa awal-awal memang susah sebab kalau boleh anak nak bawa kemana-mana. Kalau saya dan anak saya, saya minta anak saya “bye” semua barang sebelum pergi.
Bila anak dah biasa dengan konsep ini, insyaAllah kurang dah episod anak pergi kemana-mana nak bawak balik mainan dan masalah rumah bersepah dengan mainan.
kalau kita nak dihormati oleh anak, hormat anak dahulu.
Kalau kita nak anak bertolak ansur, kita pun perlu belajar bertolak ansur.
Kalau kita nak anak dengar cakap kita, dengar cakap anak juga.
Kalau kita nak anak ikut kita, kadang kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia nak pergi.
Give and take.
Jangan anggap anak seperti bayi yang tak tahu apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang tengah belajar tentang kehidupan.
Kesimpulannya sebelum anak belajar manipulate kita, ayuhlah kita manipulate anak dahulu. All the best! Terima kasih, silakan SHARE sekiranya bermanfaat untuk diri sendiri atau orang lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu ayah yang ada anak kecil mesti nak anak tidur awal waktu malam. Tetapi biasanya sukar untuk merealisasikan impian tersebut.
Mengapa kebanyakan anak kecil susah nak tidur awal waktu malam. Biasanya lagi lewat malam lagi aktif anak bermain apatah lagi kalau dia ada adik-beradik lain.
Untuk ibu ayah yang ada masalah anak kecil susah tidur awal mungkin boleh ikut cara dibuat oleh ibu ini.
Puan Nurul Diana berkongsi caranya mendisiplinkan anak-anaknya tidur awal sejak lahir lagi. Mungkin anda pun boleh tiru cara beliau.
TIP ANAK TIDUR AWAL
Uwais – 5 tahun Umar – 9 bulan
Uwais Dari dalam pantang tidur pukul 7-8 malam akan terjaga untuk menyusu je. Akan bangun 6-7 pagi. Bangun main takde, bangun susu je.
Sekarang dah 5 tahun Dia tidur pukul 8-9 malam. Paling lambat 10 malam.
Umar Sama macam abang dia, dari dalam pantang sampai hari ini (9 bulan lebih ) tidur pukul 7-8 malam juga. Bangun 7-8 pagi. Bangun untuk menyusu je. Takde terjaga tengah malam untuk main.
Dua-dua anak tak tidur buai juga. Ramai tanya macam mana aku buat?
Dari dalam pantang tidur menerap dan bedung. Dua-dua pun sama, Uwais dan Umar, orang cakap tak bahaya ke tidur meniarap ?
So far alhamdullilah cuma kena monitor kepala dia tapi tak lama pun.
Macam Umar dalam pantang lagi dah boleh angkat kepala untuk alih posisi kepala. Uwais bedung sampai umur 1 tahun lebih. Umar sampai 6 bulan.
1. Tiada istilah tidur ruang tamu atau ruang-ruang lain
Untuk Uwais, pukul 9 akan remind dia untuk tidur kalau dia tak tidur lagi. Maksima pukul 10 malam akan suruh dia tutup all tv, kemas mainan dan tidur.
Sama macam Umar, tepuk dan tidur (Uwais tak menyusu botol dah) angkat dia ke katil dia sendiri atau tidur terus kat katil dia.
Uwais dah tadika so dia tidur awal sangat mudah untuk bangun. Tak kejut lagi dah terbiasa bangun pukul 7, so terus siap-siap ke tadika.
2. Ajar siang dan malam
Dari dalam pantang dua-dua takde istilah tidur pasang lampu. Malam mesti tutup lampu untuk biasakan anak-anak siang dan malam.
Ni penting sebenarnya sebab masa aku pergi Turkey baru-baru ni aku risau sangat tabiat tidur Umar akan berubah beza waktu Turkey dan Malaysia, sana siang, sini malam.
Ingat Umar akan berjaga malam tapi tak, bila malam Turkey dia tetap tidur macam biasa walaupun sebenarnya siang kat Malaysia.
3. Boleh tidur lambat kalau rumah opah /tok saja atau sedara mara
Kalau time balik kampung atau apa-apa aku tak tentukan waktu tidur Uwais cuma sebab dia dah biasa macam tu. Pukul 10 dia akan start letih.
Uwais kadang-kadang je tidur siang walaupun lepas balik tadika. Selalunya tak tidurlah. Umar macam biasa rumah tok ke nenek ke tetap tidur macam tu sebab dia kecil lagi.
4. Mak pak mesti tidur jugak
Ini untuk permulaan nak train anak tu lah, memang tutup lampu dan tidur. Sebenarnya nak acah-acah tidur je tapi tertidur sekali.
Tak lama pun dalam 1-2 bulan memang kena konsisten tutup lampu awal dan tidur sebab nak ajar minda anak-anak.
Tutup lampu bukan samar-samar. Tutup gelap lubang hidung pun tak nampak hahaha permulaan lah.
Dah lama macam sekarang tidur pasang lampu bilik air bagi samar sikit. Bila dia orang dah biasa yahoooo! Mak tidur pukul 12 layan KDRAMA hahaha. 5. Kalau keluar berjalan macam mana?
Kadang-kadang mesti keluar makan kan atau jalan malam? Tu penting sangat waktu dalam pantang.
Ibu berpantang tak boleh keluar rumah 40 hari. Jadi dalam masa 40 hari latih anak untuk tidur awal. Yes! seawal itu sebab kena mulakan.
So nanti lepas pantang hang kua pi makan ka pi mana ka, anak hang lena dalam stroller.
6. Kalau terjaga tengah malam macam mana?
Buat bodo saja. Masa awal-awal ada jugak terjaga, pukul 12 macam tu, mak tengah layan kdrama hahahaha tapi dengan pantas mak tutup hand phone dan buat-buat tidur.
Kadang dia naik atas badan nak tengok muka mak. Mak pejam mata tidur dan anak give-up dan tidur semula.
Apa-apa pun bermula dengan kita sebagai ibu bapa Kita nak didik anak tu macam mana? Anak ikut kita ke kita ikut anak?
Kalau nak mulakan esok, cuba lah bertahan untuk sebulan tanpa miss, walaupun dah tutup lampu anak lompat-lompat atas katil.
Sabar, baru 1-2 minggu tiba-tiba kita nak twist rutin anak tak mudah. Paling penting hari-hari.
– Suruh tidur awal – Tutup lampu – Jangan main hand phone
Ni paling penting, mak gigih usaha nak tidur anak awal tapi ayah dok main hand phone kat luar, dok tengok tv.
Serius memang gagal. Kena kerjasama dua-dua. Anak-anak tidur awal memang melegakan, rasa free dan relax sangat.
Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kalau boleh seawal 1 tahun dah boleh sebut banyak perkataan. Itulah satu pencapaian yang kita banggakan. Yelah anak kita pandai lebih dari usianya. Namun dalam tak sedar jika kita terlalu menghulurkan buku, mungkin anak kita kekurangan waktu bermain.
Seperti kisah Puan Wawa Shauqi, penulis keibubapaan dia mengakui tersilap dalam mendidik anak. Terlalu inginkan anak pandai sehingga terlupa kanak-kanak perlu bermain, deria mereka perlu dirangsang. Semuanya ada kaitan dengan perkembangan anak-anak. Memang lumrah anak-anak bermain, jadi jangalah kita menafikan hak anak-anak untuk bermain dengan memaksa mereka belajar diawal usia. Ikuti perkongsian ini.
Salah ke nak ajar anak membaca awal?
Siapa yang dah pernah follow saya dari tahun 2018, mesti tau kisah saya yang ada anak bijak, tapi ada masalah sensori. Ini saya repost semula.
JANGAN ULANGI SILAP SAYA. ANAK SAYA PANDAI TETAPI…
Ini kisah Ammar, anak sulung saya. Dia seorang yang cepat berjalan dan cepat bercakap. Pada usia dia 2 tahun, dia telah mengenal huruf dan dapat memadankan kesemua huruf kecil dan huruf besar.
Pada usia 3.5 tahun, dia mula membaca dan menghafal lebih dari 20 surah. Sekarang usianya 4 tahun, telah masuk separuh buku Iqra’ kedua.
Nampak macam perkembangannya cepat, tetapi ada perkara yang dia tidak mahir kalau nak dibanding dengan teman seusianya yang lain.
Pada usia 3 tahun, masih banyak kemahiran badan yang dia tak capai. Tak boleh tangkap bola, tangan tak kuat nak sepit objek menggunakan forcep mainan. Serta tak mampu bergayut walau 2 saat di ‘monkey bar’.
Saya sangka, mungkin kekurangannya itu kecil dan biasa. Mungkin pencapaian motor kasarnya tak mengikut carta milestone kerana dia bukan kategori ‘body intelligence’.
Yalah, sangka saya setiap budak ada kelebihan dan kekurangannya.
Tapi bukan itu sahaja. Ammar seorang penggeli. Dia geli memijak pasir, geli duduk pada kerusi kulit (atau pvc) dan menjerit bila memegang ais.
Gelinya kadang-kadang keterlaluan. Pernah dia menjerit waktu kami lalu di sebuat kedai mainan. Ingatkan apa yang ditakutnya, rupanya ‘Magic Stretch Ball’.
Saya tak pernah sangka kesemua masalah ini mempunyai perkaitan yang sama. Malah masalah dia meraung bila mencuba kasut baru di mall dulu juga, ada kaitannya.
Dia mempunyai tanda-tanda yang kebiasaan ada pada anak-anak yang ada kecelaruan terhadap deria sentuhannya. Atau disebut Sensori Processing Disorder (SPD) Tactile (Hypersensitif).
Ammar mungkin membaca awal dan cepat tangkap dalam pembelajaran, tapi masalah ini jika saya tak sedar dari awal, akan mengganggu pembelajarannya bila dia mula bersekolah nanti.
Dia mungkin akan cepat stress akibat terlebih ransangan dengan persekitaran sekolah. Boleh jadi juga dia ketinggalan menyalin nota di papan putih. Atau penat menulis dan duduk di kerusi. Dan macam-macam lagi masalah.
Kadang-kadang kita terlalu mahukan anak pandai, lalu kita hulur anak buku, pensil & kertas dan kita nafikan fitrah anak bermain. Sebenarnya tidaklah salah nak besarkan potensi anak kita yang bijak tu. Cuma jangan sesekali skip perkembangan sensorinya.
Nak tau lebih lanjut pasal sensori, boleh rujuk nota ni. Ada kaitan tau sensori dengan kemahiran membaca.
Di akhir nota, ada di guide bagaimana nak bantu anak-anak kita jadi pandai dengan cara yang betul.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!