Sebagai ibu bapa, kita sangat mengambil berat dan memastikan anak-anak kita sentiasa dalam keadaan yang baik. Ini termasuklah memastikan kulit anak kita bersih, sihat dan selesa untuk mereka. Tetapi ada perkara yang membimbangkan kita ketika anak-anak bermain kotoran atau terdedah kepada keadaan yang menyebabkan kulit mereka kemerahan, gatal atau sensitif.

Habislah Rosak Kulit Si Kecil Ni!! Jangan Takut, Guna Cara Ini Untuk Lindungi Mereka

Berikut adalah 3 situasi yang boleh menyebabkan kita sebagai ibu bapa berasa bimbang! TAPI, Jangan risau kerana Pa&Ma ada jalan penyelesaian untuk anda, jadi teruskan membaca hingga akhir.

Bermain Kotoran

Dalam artikel yang lalu, Pa&Ma berkongsi tentang banyak kelebihan untuk perkembangan si kecil jika ibu bapa memberi si kecil peluang bermain kotor, tetapi .. apa akan terjadi kepada kulit si kecil jika terdedah kepada kotoran tanpa dibersihkan?  “Alamak, kotornya, habislah rosak kulit si kecil ni!” Kotoran yang melekat pada bahagian kulit si kecil boleh menyebabkan kulit menjadi gatal-gatal, kemerahan dan merekah. Keadaan kulit seperti ini tentu sekali membuatkan si kecil tidak selesa dan kerap menggaru sehingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bahagian kulit. Bukan hanya si kecil yang tidak selesa, malah hati papa mama juga tidak tenteram.

Keadaan Persekitaran

Keadaan persekitaran juga menyebabkan kita berasa bimbang tentang kulit si kecil. Terlalu lama terdedah kepada sinaran matahari boleh merosakkan kulit si kecil ataupun si kecil berada di dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin terlalu lama juga akan menyebabkan kulit mereka mengering.

Kulit Sensitif

Apatah lagi jika kulit si kecil sememangnya jenis kulit yang sensitif! Sekiranya kulit si kecil sensitif, sememangnya mereka sangat memerlukan penjagaan tambahan dan tidak boleh menggunakan produk biasa sembarangan. Perkara ini yang akan membuatkan kita risau jika kita tidak dapat mencari produk dari bahan semula jadi dan bahan yang baik. Atau jika kita tidak tahu cara merawat kulit mereka dengan betul, dan menjadi lebih teruk, kita akan merasa sedih sebagai ibu bapa. Langkah penjagaan yang salah atau produk yang salah hanya boleh menjadikan keadaan kulitnya lebih teruk.

Sebenarnya ada beberapa cara untuk melindungi anak-anak . Anda perlu memastikan penjagaan kebersihan diri si kecil sentiasa dijaga sebaik mungkin terutama pada bahagian kulit yang sensitif atau mudah dijangkiti kuman. Kami kongsikan langkah-langkah dibawah!

 Gunakan cara ini untuk melindungi si kecil anda;

IKLAN

1) Membersihkan diri

Habislah Rosak Kulit Si Kecil Ni!! Jangan Takut, Guna Cara Ini Untuk Lindungi Mereka

Pastikan anda membersihkan si kecil! Mandi adalah cara yang paling terbaik untuk membersihkan seluruh tubuh badan si kecil daripada kotoran. Anda boleh gunakan air suam tetapi pastikan tidak terlalu panas kerana air panas akan merosakkan dan mengeringkan kulit. Pastikan anda menggunakan sabun yang sesuai untuk seisi keluarga dan selamat untuk digunakan pada kanak-kanak dan bayi.

Tapi betulkah ada produk yang sesuai untuk semua jenis kulit si kecil? Sebenarnya ada! Koolit Gentle Body Wash bukan hanya berkesan membasmi kuman malah tidak akan merengsakan kulit dan mampu melembabkan lagi kulit si kecil. Produk ini sangat sesuai untuk anak yang mempunyai kulit yang sensitif kerana ianya diperbuat daripada bahan semula jadi dan bebas daripada sebarang bahan wangian tambahan.

2) Sapu losyen untuk kembalikan kelembapan kulit

Habislah Rosak Kulit Si Kecil Ni!! Jangan Takut, Guna Cara Ini Untuk Lindungi Mereka

IKLAN

Setelah selesai mandi, jangan lupa untuk menyapu losyen supaya dapat mengekalkan dan mengembalikan kelembapan kulit si kecil anda.

Pilihlah losyen yang sesuai dengan cuaca di negara anda. Koolit Soothing Lotion tidak melekit tidak seperti produk luar negara. Losyen dari luar negara dibuat khas untuk cuaca yang lebih sejuk, apabila kita menggunakannya di sini, ia menjadi melekit dan berminyak! Tentu sekali si kecil ataupun anda sendiri tidak merasa selesa selepas menggunakanya bukan? Koolit Soothing Lotion berfungsi dengan baik pada kulit tanpa meninggalkan perasaan tidak selesa kerana kandunganya dibuat bersesuai dengan suhu di negara ini. Malah losyen ini sangat mudah menyerap, hanya dalam 10 saat sahaja! Si kecil pun selesa.

3) Segera sapu krim pada bahagian kulit terjejas

Habislah Rosak Kulit Si Kecil Ni!! Jangan Takut, Guna Cara Ini Untuk Lindungi Mereka

Apabila si kecil bermain kotor, pastinya kulit mereka akan kemerah-merahan, kegatalan dan merekah akibat infeksi terutama bagi jenis kulit yang sensitif. Dengan adanya Koolit Calming Cream tiada lagi yang dapat menghalang si kecil untuk melakukan aktiviti luar rumah dengan bebas.

Sebagai mama papa, tentu sekali kita akan mencari produk yang selamat untuk si kecil. Koolit tidak mengandungi wangian berbahaya, Sodium Laureth Sulfate (SLS) yang mengeringkan kulit atau produk berasaskan petrolatum bertindak cepat, memberikan hasil yang cepat tetapi sementara, yang mana bahan ini memberikan ilusi sementara bahawa kulit lembut dan terhidrat. Sebaliknya Koolit melembapkan dalam lapisan dermis dan melindunginya dari luar. Bahan-bahannya sangat selamat, bayi pun boleh menggunakannya. Kulit gatal-gatal dah tak ada lagi!

IKLAN

Produk semula jadi dan selamat untuk anda, Koolit!

Koolit adalah jenama penjagaan kulit baru yang mula dipasarkan pada bulan Mac 2020. Produk ini boleh didapati di Watsons, Farmasi, Farmasi Multicare dan secara dalam talian. Sejak dilancarkan, orang ramai mula tergila-gilakan produk Koolit kerana pengguna merasakan perbezaannya setelah menggunakanya. Ramuannya sangat semula jadi dan selamat sehingga bayi juga boleh menggunakannya!

Habislah Rosak Kulit Si Kecil Ni!! Jangan Takut, Guna Cara Ini Untuk Lindungi Mereka

4 sebab kenapa anda wajib mencuba Koolit;

  • Mengandungi ekstrak akar manis (Licorice root extract) dan vitamin E semula jadi

Ekstrak akar manis dan vitamin E asli yang kuat dalam Koolit membantu memulihkan kulit mama papa dan anak secara semula jadi dan ekstrak akar manis telah terbukti secara saintifik dapat mengurangkan kegatalan serta kerengsaan kulit. Ia juga mengandungi minyak jojoba, minyak zaitun dan secara semula jadi mempunyai 40x antioksidan yang membantu memulihkan kulit, mencegah kekeringan serta penuaan.

  • Bebas dari bahan kimia berbahaya

Koolit tidak mengandungi wangian berbahaya, SLS yang mengeringkan kulit atau produk berasaskan petrolatum. Walaupun untuk mencerahkan tona kulit yang tidak sekata, tiada bahan kimia atau agen pemutihan, hanya menggunakan akar manis yang secara semula jadi  yang membantu mengurangkan pigmentasi dan menjadikan kulit kelihatan lebih cerah. Bahan-bahannya sangat selamat, bayi pun boleh menggunakannya!

  • Direka khas untuk cuaca tropika

Tidak melekit tidak seperti produk luar negara yang dibuat untuk cuaca yang lebih sejuk tetapi apabila kita menggunakannya di sini, ia menjadi melekit dan berminyak sekaligus menimbulkan rasa tidak selesa! Koolit berfungsi dengan baik pada kulit tanpa meninggalkan perasaan tidak selesa dengan penyerapan hanya dalam 10 saat!

  • Berbaloi dengan harga untuk kegunaan seisi keluarga

Koolit lebih menjimatkan perbelanjaan bulanan anda kerana produk ini boleh digunakan untuk seisi keluarga. Jika mama papa mencari produk jenama lain di pasaran yang mempunyai kandungan bahan yang sama tentu sekali harganya dua kali ganda lebih mahal berbanding produk Koolit! Kenapa perlu membazir membeli pelbagai jenis produk jika anda boleh dapatkan 1 jenis produk untuk seisi keluarga termasuklah untuk si kecil anda?

Bagi mama papa yang tercari-cari produk Koolit, anda boleh dapatkan di kedai Watsons atau Farmasi yang terpilih. Bagi yang sukar untuk keluar rumah, anda tetap boleh menjaga kulit anda dengan hanya perlu membeli-belah secara dalam talian di Shopee, Lazada, Astro GoShop atau Watsons Shopee: Koolit Calming CreamKoolit Gentle Body WashKoolit Soothing LotionKoolit Starter Kit @ 50% promo bulan Disember.

Pastikan anda memilih produk yang baik dan semula jadi agar kulit anda dan anak-anak anda sekeluarga sentiasa sihat!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI