Ramai yang kagum dengan semangat dan ketabahan pelakon cantik, Rita Rudainiyang melalui kehidupannya sebagai ibu tunggal. Bukan saja menitikberatkan pendidikan agama, Rita juga mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
Sumber foto: Instagram Rita Rudaini
Terbaru, dia melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin atay Ryan memperoleh keputusan cemerlang dan menerima anugerah di sekolahnya, salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Negeri Sembilan.
Tangkap layar dari video Rayyan membuat ucapan hari lahir buat Rita
Kata Rita, kejayaan Ryan yang berusia 14 tahun itu menjadi hadiah ulang tahun kelahiran yang terindah buat dirinya.
“Tahun lepas birthday mommy, Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ni Ryan bagi hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi. Syukur alhamdulillah.”
Sempat menitipkan pesanan, Rita hanya mahu anak-anaknya membuktikan mereka mampu berjaya tanpa mempedulikan cemuhan atau kejian orang lain.
Ads
“Jadi terbaik untuk diri sendiri, bukan untuk puaskan hati orang lain. Terima kasih Allah kerana hadiahkan rezeki anak-anak yang baik untukku. Sudah memadai… rezeki Ramadan.”
Antara komen yang ada;
Ads
Pelakon berusia 47 tahun itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di laman Instagram memaparkan momen Rayyan menerima anugerah serta ucapan istimewa hari lahir buat ibu tercinta.
Akhirnya penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar kembali ke pangkuan keluarganya yang tersayang selepas bebas sepenuhnya dari Covid-19. Alif dibenarkan keluar dari Hospital Melaka pada 2 Disember lalu.
Menerusi satu entri di instagram miliknya hari ini serta dalam satu kenyataan media, Alif memaklumkan perkhabaran itu kepada seluruh pengikutnya di instagram. Dan kini Alif sudah pun berada di pangkuan keluarganya.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakanNya.
“Sukacita saya ingin berkongsi, selepas 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka serta atas berkat doa seluruh rakyat Malaysia buat saya sekeluarga, saya kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang,” katanya.
Pun begitu, Alif khabarnya akan meluangkan masa bersama kedua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan isteri dan tiga anak-anaknya hari ini.
Difahamkan isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad Ali, 1, akan menjalani ujian swab Covid-19 kali kedua hari ini. Dan selepas masing-masing disahkan negatif, barulah keluarga ini bakal bersatu setelah 12 hari terpisah. Pastinya ia satu momen yang cukup bermakna buat Alif yang keluarga.
Dalam pada itu, kata Alif lagi, walaupun sudah kembali sihat, dia mahu melepaskan rindu bersama keluarganya terlebih dahulu. Alif mengambil keputusan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga beberapa hari sebelum memulakan kerja.
“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, saya yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu, jadi saya mengambil beberapa hari untuk meluangkan masa bersama seluruh ahli keluarga sebelum saya kembali bekerja seperti biasa,” katanya lagi.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Alif juga turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa menitipkan doa dan mesej kata-kata semangat untuknya serta tidak kurang yang sentiasa menyokong membantunya dan keluarga.
Alif juga turut meminta agar semua turut menjaga dan mematuhi SOP serta menghentikan stigma negatif terhadap pesakit Covid-19.
“Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan buat semua pihak. Saya pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, saya cukup terharu apabila menerima banyak titipan doa, mesej kata-kata semangat dari seluruh rakyat Malaysia.
“Keluarga saya yang turut terkesan, menerima sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan malah komuniti jiran tetangga saya turut membantu tidak kira dari sokongan moral dan tenaga bagi meringankan bebanan dan kerisauan yang harus kami lalui.
“Di sini, ada sesuatu yang serius saya ingin tekankan. Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menghidupkan cogan kata ‘kita jaga kita’ dengan sepenuh jiwa bukan sahaja bagi membendung wabak ini, tetapi ‘kita jaga kita’ melalui kerjasama komuniti dalam melawan Covid 19.
“Maka, hentikanlah stigma negatif, memulau, mengasingkan dan memandang serong mereka yang terkesan dengan wabak ini. Tiada siapa yang minta untuk dijangkiti.
“Budaya negatif ini bukanlah ciri-ciri yang baik sebagai rakyat Malaysia terutama sekali buat kita yang beragama Islam, agama yang menitik beratkan sifat kasih dan sayang bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah tetapi juga sesama manusia,” pinta Alif menerusi instagramnya.
Baru-baru ini, satu kes yang sangat menyentuh hati dan membangkitkan kemarahan ramai ibu bapa telah tular. Seorang ibu meluahkan kekecewaannya apabila kes gangguan seksual terhadap anaknya diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action). Lebih menyedihkan, pelaku dipercayai seorang pemandu pengangkutan sekolah — seseorang yang sepatutnya boleh dipercayai menjaga keselamatan anak-anak kita.
Dalam satu rakaman video, si kecil itu dengan polos menceritakan bagaimana ‘pakcik’ itu minta dicium dan turut mencium pipinya. Perbualan ini mungkin kedengaran biasa bagi sesetengah orang, tetapi bagi ibu bapa yang peka, ini petanda bahaya yang sangat besar.
Realitinya, anak-anak kita sedang membesar dalam dunia yang jauh berbeza dari zaman kita dahulu. Dulu, kita diajar untuk hormat semua orang dewasa. Tapi sekarang, kita kena ajar anak untuk tahu sempadan sentuhan. Sentuhan yang baik dan sentuhan yang tak sepatutnya berlaku.
Ibu bapa hari ini perlu jadi “detective” emosi dan tingkah laku anak sendiri. Bila anak mula tunjuk tanda-tanda murung, takut nak ke sekolah, atau tiba-tiba jadi terlalu pendiam — JANGAN abaikan. Itu mungkin jeritan minta tolong dalam diam.
Dalam kes ini, ibu mangsa bertindak cepat dan tegas — satu langkah yang sangat penting. Tapi apabila sistem masih gagal melindungi, kita tak boleh diam. Kita kena terus bersuara. Media sosial, saluran NGO, kaunselor — semua ini boleh jadi platform untuk bantu anak kita dapat keadilan.
“Gila ap, suka-suka hati suruh cium-cium dan cium anak orang, OMG sumpah gila, kita nak pegang anak orang pun tak berani sebab kita tahu kadang-kadang ada parent tak suka, inikan pula kiss. GILAA.”
“Not normal? Kenapa kena cium anak orang terutama masa orang tak ada?? Untuk apa ek?”
“Mana boleh suka-suka cium anak orang?!? Kena aku, kalau polis tak ambil tindakan memang aku lah yang bertindak dengan orang-orang macam ni.”
“TINDAKAN SUKA CIUM BUDAK MEMANG SGT TAK OK, DAN TAK PERLUUUU!! … Benda I PALING MENYESAL SEKALI WAKTU TU, I SURUH ANAK I SALAM DGN diorg… then paling terkejut PAKCIK TU KISS NECK ANAK I, PIPI ANAK I..eeeeee mmg bodohlahhhh ingat balik..”
Anak-anak adalah amanah. Dan amanah itu tak patut kita lepaskan hanya kerana kita terlalu sibuk atau terlalu percaya pada sistem. Dunia tak lagi selamat seperti dulu, tapi kita boleh jadi benteng pertama untuk lindungi mereka.
Dan ingatlah — bila seorang anak berani bersuara, itu petanda dia percaya pada kita. Jangan biar kepercayaan itu dikhianati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi pemergian Zara Qairina meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Kisahnya bukan sekadar mencetuskan rasa sebak, malah telah menggerakkan hati orang ramai untuk bersatu menuntut keadilan melalui perhimpunan aman solidariti Justice For Zara.
Namun, menurut laporan Harian Metro, peguam yang mewakili keluarga arwah memohon agar perhimpunan tersebut ditangguhkan buat sementara waktu sehingga prosiding inkues selesai dijalankan.
Peguam keluarga menjelaskan, permohonan itu juga dibuat selaras dengan kehendak ibu arwah, Noraidah Lamat.
“Kami amat menghargai sokongan orang ramai melalui perhimpunan aman solidariti Justice For Zara. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan,” jelas peguam tersebut.
Beliau dalam masa yang sama turut menasihati masyarakat agar berhati-hati memberi sebarang komen atau kritikan di media sosial berhubung prosiding inkues dan keterangan saksi. Tindakan itu penting bagi menjaga ketelusan serta perjalanan kes di mahkamah.
Inkues ialah prosiding mahkamah yang dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian seseorang. Dalam kes Zara Qairina, ia akan meneliti segala bukti forensik, keterangan saksi serta laporan perubatan yang dikemukakan.
Peguam menegaskan, biarlah prosiding ini berlangsung terlebih dahulu tanpa gangguan luaran. Perhimpunan solidariti boleh diteruskan semula selepas mahkamah selesai menjalankan inkues.
Walaupun perhimpunan ditangguhkan, tanda solidariti rakyat Malaysia tetap utuh. Hashtag #JusticeForZara terus tular di media sosial, membuktikan masyarakat masih berdiri teguh bersama keluarga arwah dalam menuntut keadilan.
Bagi seorang ibu, kehilangan anak bukanlah perkara mudah untuk ditanggung. Namun, kekuatan Noraidah dalam melalui saat getir ini menjadi inspirasi ramai. Apa yang lebih penting, biarlah kebenaran terbukti melalui saluran undang-undang yang betul.
👩👧 Pa&Ma simpulkan: Semoga inkues ini memberi keadilan buat arwah Zara Qairina, dan semoga ibu serta keluarga tabah melalui ujian besar ini. Kisah Zara menjadi peringatan buat kita semua, bahawa anak-anak adalah amanah dan setiap nyawa kecil itu wajib dilindungi dengan penuh kasih sayang dan perhatian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.