Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat menyambut kelahiran putera kedua, cahaya mata ketiga pasangan itu hari ini.Berita gembira itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi catatan di laman Facebook rasmi baginda, HRH Crown Prince of Johor kira-kira 2 pagi tadi.“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” titah Tunku Ismail menerusi catatan berkenaan yang turut disertakan tiga keping gambar di sisi Che’ Puan Khaleeda dan anakanda ketiga berkenaan.
Menurut baginda, Che’ Puan Khaleeda dan bayi berada dalam keadaan sihat.Tunku Ismail, 35, yang mendirikan rumah tangga dengan Che’ Puan Khaleeda pada 24 Oktober 2014, dikurniakan puteri sulung Tunku Kalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun 2016.Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017.
Che’ Puan Khaleeda turut menyambut ulang tahun ke-26, semalam.
Ads
Lebih menarik, Che Puan Khaleeda telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-26 semalam dan pagi tadi menerima hadiah paling bermakna seorang putera.Keluarga baru kerabat Johor
Ads
Menerusi ruangan komen di Instagram TMJ, rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas kelahiran putera keduanya pagi tadi. Mereka turut mendoakan agar keluarga diraja ini terus diberkati oleh Allah SWT.
Ads
Sumber : Bernama & Instagram Tunku Mahkota Johor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uchee Fukada berlapang dada menerima takdir apabila anak yang dikandungnya meninggal dunia selepas dilahirkan pada Rabu lalu.
“Assalamualaikum.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Saya pasti ramai yang tertanya tanya akan keadaan saya selepas melahirkan. Alhamdulillah syukur saya sihat setakat ini.”
“Tapi aturan Allah Pencipta Seluruh Alam lagi maha hebat. Anak saya Ezmeth Maleeq (diberi nama) tidak dapat diselamatkan. Sekasih kasih saya sebagai seorang ibu, kasih lagi Allah pada anak saya. Dengan penuh rendah diri,saya pohon semua sahabat handai dan kenalan saya titipkan doa buat anak syurga saya yang amat saya kasihi.”
“Alhamdulillah Allah mudahkan semua perkara dari proses bersalin semalam, sehinggalah hari pengkebumian anaknda tercinta saya tadi selesai solat asar. Saya dan keluarga berlapang dada menerima takdir yang Allah dah tulis pada kami selapang lapangnya.”
“Maaf kalau dua hari ini saya tak menjawab apa apa panggilan atau message dari sesiapa. Saya dan keluarga perlukan ruang untuk beri kekuatan sesama kami. Dan kini, saya kumpul segala kekuatan yang ada dalam diri untuk menulis apa yang terjadi pada saya semalam hingga hari ini.”
“Terima kasih keluarga, saudara mara, sahabat datang dari jauh, jiran tetangga yang datang turut sama membantu saya. Moga Allah dapat balas jasa kalian semua..”
“MasyaAllah… MasyaAllah.. rasa bagaikan mimpi, tapi inilah realiti yang saya harus telan. Demi keluarga dan anak anak yang ada depan mata, sebagai rusuk kiri suami dan juga kekuatan pada anak yang lain, saya harus tabah dan kuat menjalani kehidupan seperti biasa. Doakan saya ok guys?”
“Ezmeth Maleeq.. Mommy rindu😢”
Uchee turut memohon ruang masa diberikan buatnya sekeluarga untuk mengumpul semula kekuatan selepas kehilangan insan tersayang.
Bagi wanita yang bersalin secara pembedahan, anda mungkin akan mengalami beberapa kesan negatif terhadap emosi. Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel yang dikongsi melalui Hello Doktor.
Bersalin secara pembedahan
Setiap ibu hamil pastinya mempunyai bayangan tersendiri tentang bagaimana mereka akan bersalin dan perasaan saat pertama kali bertemu si manja.
Namun apabila realiti terjadi berbeza dengan apa yang diharapkan, ia boleh mewujudkan pelbagai emosi bercampur-baur.
Bagi sesetengah wanita akan merasakan kaedah caesarean yang dilakukan adalah perlu dan dapat pulih dengan cepat dari aspek fizikal serta mental.
Walau bagaimanapun, ada juga wanita menjalani kaedah bersalin ini berdepan dengan pelbagai emosi negatif yang menjejaskan kesihatan mereka.
Berikut antara 8 emosi yang mungkin terjadi selepas bersalin C-Sec:
1: Rasa terkejut perlu bersalin cara C-sec
Hanya beberapa peratus wanita merancang bersalin czer dan kebanyakan kes untuk kaedah pembedahan ini terjadi selepas proses bersalin bermula – lebih dikenali sebagai C-Sec kecemasan.
Keadaan ini sekali gus sering menimbulkan rasa terkejut, ketakutan dan menambahkan tekanan.
2: Rasa bersalah
Perlu bersalin secara pembedahan boleh menimbulkan rasa bersalah kepada wanita kerana tidak dapat melahirkan anak dengan normal dan menyebabkan wujud perasaan negatif.
Anda akan tertanya-tanya apakah yang seharusnya dilakukan semasa kehamilan untuk mendapatkan kelahiran faraj.
Bahkan rasa bersalah itu semakin meninggi apabila kerap diberitahu bahawa yang penting adalah bayi sihat kerana masih berasa tersinggung dengan cara kelahirannya.
3: Rasa gagal
Setiap wanita sering disogok dengan fakta bahawa tubuh diciptakan sempurna untuk bersalin secara semula jadi dan apabila ia tidak berlaku menyebabkan wujud persoalan mengapa anda gagal melakukannya.
Ada wanita yang mempunyai perasaan ini akan memilih untuk bersalin caesarean pada masa hadapan bagi mengelakkan rasa kecewa lagi.
4: Kerugian
Kebanyakan wanita menginginkan kelahiran si manja memberikan pengalaman positif tetapi apabila perlu dibedah menyebabkan diri terlepas fasa peralihan menjadi ibu.
Ini terutamanya apabila tidak dapat memegang bayi serta-merta dan perlu menunggu beberapa tempoh selepas bersalin czer.
5: Wujudkan rasa terpisah
Ramai ibu yang menjalani pembedahan merasakan diri tidak terlibat secara fizikal dalam melahirkan bayi.
Bayi yang baru lahir memerlukan perhatian dan masa daripada ibu dan anda merasakan situasi itu sukar untuk dilalui apatah lagi selepas bersalin czer.
Ada kalanya ia menyebabkan anda mahu melepaskan diri daripada bayi dan mengingati pengalaman bersalin kerana terlalu mengganggu fikiran.
6: Trauma bersalin secara pembedahan
Ada wanita merasakan pembedahan C-Sec ini sebagai peristiwa traumatik – ia bergantung kepada pelbagai faktor dan berbeza bagi setiap individu.
Keadaan ini biasanya terjadi kerana wujud rasa takut dan tidak berdaya, terutamanya apabila prosedur pembedahan ini perlu dilakukan dalam situasi mendesak atau kecemasan.
7: Marah & geram kerana perlu bersalin secara pembedahan
Ramai wanita berasa marah selepas menjalani pembedahan czer dan akan mempersoalkan “Mengapa saya?”
Anda juga mungkin marah kepada doktor atau ahli keluarga kerana merasakan prosedur itu berlaku di atas campur tangan mereka.
Bahkan, terdapat juga ibu yang berasa dendam kepada bayi kerana menjadi punca kesakitan dan penderitaan.
Keadaan ini sekali gus menyebabkan ibu merasakan tidak dapat menjaga bayi baru lahir dan marah kepada si kecil kerana menambahkan bebanan pada diri mereka.
Ia biasanya memerlukan sedikit masa untuk ibu memproses pengalaman dan mula bertanyakan soalan mengapa pembedahan perlu dilakukan.
8: Kurang keyakinan diri selepas bersalin secara pembedahan
Parut C-Sec yang kekal itu sering kali menyebabkan ibu sukar melupakan apa terjadi – menjadi peringatan bahawa tubuh mereka tidak berfungsi seperti diharapkan dan menambah bebanan kerana perlu menjaga luka pembedahan sehingga sembuh.
Ada kalanya pasangan mungkin berasa takut dan trauma melihat parut czer anda dan secara tidak langsung menyebabkan diri berasa ditolak oleh pasangan.
Tidak dinafikan fasa permulaan menjadi ibu adalah berbeza bagi wanita yang menjalani kelahiran C-Sec dan kelahiran faraj.
Ibu bersalin czer mungkin gelisah dan letih kerana tidak dapat memegang dan melihat bayi untuk beberapa tempoh waktu.
Situasi tersebut boleh menyebabkan anda berasa terlepas momen penting selepas kelahiran, ditambah lagi dengan rasa kegagalan, kemarahan dan perasaan bersalah.
Seorang wanita boleh berasa gembira dan lega bayi mereka dilahirkan dan sihat.
Namun perasaan bertentangan yang dialami itu boleh menjadi sangat kompleks dan membawa kepada permulaan fasa keibubapaan penuh cabaran.
Jadi, amat penting untuk menyelami perasaan diri sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan emosi selepas bersalin cara C-sec.
Jangan berasa malu untuk mendapatkan bantuan dan sokongan daripada pasangan, ahli keluarga dan doktor jika memerlukannya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki kurniaan Allah! Siapa sangka, penantian selama 32 tahun Datuk Rosyam Nor berakhir apabila beliau selamat menimang cucu lelaki pertama yang ditunggu-tunggu selama ini.
Perasaan gembira dan kesyukurannya itu dikongsikan di instagram. Sebelum ini Datuk Rosyam sudah pun mempunyai tiga orang cucu perempuan.
“32 TAHUN! Alhamdullilah. Lama sangat tunggu..Terima kasih Allah kerana kurniaanMu”
Dalam perkongsian sama, Datuk Rosyam juga memberitahu, hasil perkahwinannya, beliau dan isteri telah dikurniakan 5 anak perempuan.
“HASIL PERKAHWINAN AKU..Dikuniakan 5 anak perempuan. Alhamdullilah”
HASIL PERKAHWINAN ANAK SULONG @_nieshafiz..Dikurniakan 3 cucu perempuan. Alhamdullilah”
Penantian yang sangat lama dan mengambil masa lama menunggu sang hero. Akhirnya tanggal 15 November 2021, Allah makbulkan doa selama ini.
“Proses panjang selama 32 tahun, tunggu Sang Hero. Alhamdullilah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdullilah. CUCU LELAKI !yeyyyy
Terimakasih Doktor dan staff di @andorrahospitalofficial. Apa nama nak letak ni?.
Diruangan komen, rakan artis tumpang gembira dan mendoakan yang baik-baik untuk Datuk Rosyam Noor sekeluarga.
Tahniah buat Datuk sekeluarga. Lepas ni dah ada geng lah ye. Atoknya masih handsome bergaya lagi tu.
Kredit: IG Datuk Rosyam Noor
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!