Selepas memiliki tiga cahaya mata perempuan, pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata keempat tahun 2020.
Fizz atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 40, berkongsi berita gembira itu apabila memaklumkan bahawa isterinya kini disahkan hamil. Cuma usia kandungan Datin Almy Nadia tdiak dimaklumkan.
A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
“Hadiah tahun baru. hehehe penutup 2019. Amin, rezeki Allah. Kasih sayang untuk anak-anak tetap sama. Tak ada setitik pun kurang. Amin #babynewyear2020,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Pada entri tersebut, aktor filem Munafik itu turut berkongsi imej ujian imbasan kandungan isterinya.
Ads
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan berharap agar kali ini mereka dikurniakan anak lelaki pula.
A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
“Harapnya tahun 2020, Allah makbulkan untuk dapat baby boy.
Ads
“Hero pulak kali ni, Insya-Allah.
“Tahniah! Semoga dapat baby boy,” tulis sebahagian netizen.
Ads
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra yang baru berusia setahun.
Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat Nur Afrina Darwisya, 10.
Sumber: ig Fizz Fairuz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu yang sedang hamil perlu peka dengan apa yang dimakan. Tak boleh main terjah makan apa yang ada lalu depan mata. Kenapa?
Sebab ia beri kesan langsung pada perkembangan janin. Apa yang dimakan oleh si ibu akan membentuk pertumbuhan fizikal dan mental bayi dalam kandungan.
Bila dah lahir, jangan salahkan anak kalau tubuhnya lemah. Tingginya terbantut. Otaknya lembam. Selain makanan berproses tinggi minyak, lemak, gula dan garam.
Apa lagi makanan yang perlu dielak oleh si ibu sewaktu fasa mengandung?
1) NANAS MUDA
Nanas muda boleh jadi beracun dan toksik. Bukan saja buat ibu hamil.
Tapi bahaya untuk semua kerana ada laxative effect yang tinggi. Memakan nanas muda boleh akibatkan:
Elak juga makan nanas terutama ketika tempoh awal kehamilan. Walaupun nanas yang dah masak.
2) BETIK MUDA
Kalau craving nak makan somtam tu. Seeloknya tahan sebab dalamnya ada betik muda. Bahaya untuk bakal ibu.
Untuk yang tengah ikhtiar hamil. Juga disarankan elak makan betik muda.
Ia ada sejenis getah papain. Bertindak sebagai stimulant. Boleh akibatkan contraction pada uterus. Enzim papain juga naikkan risiko early labor. Risiko lahir pramatang.
3) SEAFOOD MENTAH
Si ibu yang kaki sushi pun kena alert dengan ni. Elak makan makanan mentah sebab risiko tinggi kena toxoplasmosis. Ketika hamil, sistem imun ibu akan lemah sedikit buat seketika.
Bila ada jangkitan bakteria dalam makanan tidak dimasak. Risiko tinggi jangkitan tu kena pada bayi.
Risiko tinggi beri kesan buruk pada kandungan (gugur, cacat dan lahir pramatang).
4) TAPAI
Bila peram, alkohol terhasil. Tiada kajian cakap alkohol elok untuk bayi. Akibatnya? Fizikal bayi terbantut.
Fungsi OTAK terganggu. Risiko sawan. Masalah apabila tengah membesar seperti speech delay.
Lemah sistem imun. Mudah jatuh sakit. Lahir pramatang dan risiko mati mengejut. Jadi, elak makan tapai.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat. Namun ada yang diuji bertahun lamanya untuk mempunyai zuriat sendiri.
Sama seperti wanita ini, selepas 22 tahun dia menunggu kehadiran si kecil di dalam rahim, akhirnya termakbul jua. Kisah ini dikongsi oleh salah seorang pengguna facebook yang menyaksikan berita gembira tersebut.
“MasyaAllah, sangat kagum dengan kesabaran dan tawakal kakak ni. Dia kawen tahun 2001, ini kali pertama dia mengandung. Dengar nurse pakat congratulate dia, kita yang sebak. Dia pun berkaca tubir mata duk cerita. Seronok sangat.”
“Lama tu 22 tahun. Tak pernah mengandung, tak pernah gugur. Dia usia dia macam ni, Allah tiupkan roh zuriat buat dia. Moga sihat sampai bersalin ye kakak. Selamat ibu dan anak.”
Edit: ramai pm minta nak kenal kakak ni, minta maaf, saya tak kenal siapa dia. Kami berjumpa di Hospital Taiping tadi. Yang saya tahu namanya Fatimah, tinggal di Taiping.
Detik yang disangka rutin bertukar menjadi pengalaman luar biasa buat seorang jururawat berusia 41 tahun apabila pembedahan membuang cyst seberat kira-kira 10 kilogram rupa-rupanya membawa kepada penemuan yang tidak pernah disangka. Prosedur yang dirancang bagi membuang ketumbuhan itu akhirnya bertukar menjadi pembedahan kompleks apabila doktor menemui seorang bayi lelaki hampir cukup bulan yang membesar di luar rahim ibunya, satu keadaan yang dikenali sebagai kehamilan ektopik.
Menurut kenyataan hospital, wanita berkenaan, Lopez, sebelum itu disahkan mempunyai cyst ovari bersaiz besar. Keadaan kesihatannya menyebabkan beliau sering mengalami ketidakselesaan pada bahagian abdomen, namun tiada sebarang petanda jelas yang menunjukkan dirinya sedang mengandung.
Pemeriksaan lanjut termasuk imbasan ultrabunyi, ujian darah dan pengimejan resonans magnetik (MRI) dilakukan bagi menilai saiz dan kedudukan cyst ovari tersebut. Hasil pemeriksaan awal tidak menunjukkan sebarang tanda kehamilan biasa kerana rahim didapati kosong.
Namun begitu, keadaan sebenar hanya terbongkar ketika pembedahan berlangsung apabila pasukan perubatan menyedari kehadiran janin yang membesar di luar rahim. Kehamilan ektopik dalam bentuk sebegini amat jarang berlaku dan hampir tidak pernah dikesan sehingga ke peringkat akhir.
Dalam kes yang amat luar biasa ini, janin membesar di dalam rongga abdomen berhampiran hati. Kedudukan punggung bayi pula berehat di atas rahim, manakala cyst ovari yang besar menolak organ-organ dalaman lain ke hadapan.
Situasi luar biasa ini menyebabkan kehamilan berkenaan langsung tidak disedari sehingga ke saat pembedahan dilakukan. Pengarah perubatan bahagian kelahiran Cedars-Sinai, Dr. John Ozimek, menyifatkan keadaan tersebut sebagai sesuatu yang hampir tidak pernah berlaku dalam dunia perubatan moden.
Menurut Dr. Ozimek, rahim pesakit didapati kosong sepenuhnya manakala cyst ovari yang besar mengambil hampir keseluruhan ruang abdomen. Dalam ruang sempit itulah pasukan perubatan menemui seorang bayi lelaki yang hampir cukup bulan.
Beliau menjelaskan bahawa kes kehamilan ektopik yang berkembang sehingga tahap ini sangat jarang dan hampir tidak pernah direkodkan dalam literatur perubatan.
Kehamilan ektopik sememangnya berisiko tinggi kerana plasenta tidak dapat berkembang dengan selamat seperti kehamilan normal. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang serius, ancaman nyawa kepada ibu serta risiko kematian janin.
Kebiasaannya, kehamilan ektopik dikesan pada peringkat awal kehamilan dan memerlukan rawatan segera. Namun, kes Lopez menjadi pengecualian luar biasa apabila janin terus membesar tanpa disedari sehingga hampir cukup bulan.
Pakar onkologi ginekologi, Dr. Michael Manuel, yang terlibat dalam pembedahan tersebut mengakui sepanjang kerjayanya beliau tidak pernah menyaksikan kehamilan ektopik yang berkembang sejauh ini.
Pasukan perubatan perlu merancang dengan sangat teliti untuk melahirkan bayi bersama plasenta dan saluran darah yang melekat di dalam abdomen, sambil mengeluarkan cyst ovari yang sangat besar serta memastikan keselamatan ibu dan anak terjamin.
Selepas cyst ovari berjaya dialihkan, pasukan obstetrik melakukan proses kelahiran. Namun, sejurus bayi dilahirkan, Lopez mengalami pendarahan serius yang berpotensi mengancam nyawa.
Tindakan pantas pasukan bius yang diketuai Dr. Michael Sanchez dengan penggunaan peralatan khas bagi mempercepatkan pemindahan darah berjaya menyelamatkan nyawanya. Bayi lelaki yang dinamakan Ryu itu dilahirkan dalam keadaan sihat dengan berat kira-kira 3.6 kilogram serta rambut yang lebat.
Menurut pakar neonatologi Cedars-Sinai Guerin Children’s, Dr. Sara Dayanim, pasukan perubatan pada awalnya bimbang tentang perkembangan paru-paru bayi tersebut. Namun, Ryu menunjukkan pemulihan yang sangat baik dan berada dalam keadaan stabil.
Lopez mengakui tidak pernah menyangka dirinya hamil kerana mempunyai sejarah kitaran haid tidak teratur selain ketidakselesaan abdomen akibat cyst ovari yang telah lama dialaminya. Selepas 17 tahun berdoa dan berusaha untuk mendapatkan anak kedua, kelahiran Ryu disifatkan sebagai satu keajaiban yang tidak ternilai.
Kisah ini menjadi peringatan buat wanita agar sentiasa peka dengan perubahan tubuh, tidak mengabaikan pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan pandangan lanjut demi keselamatan diri dan zuriat tersayang.