Kehamilan

Hamil 4 Bulan, Baby Bump Anzalna Sudah Kelihatan. Netizen Kata Comel & Berserinya Wajah Ibu Hamil

Share

Anzalna Nasir kini sedang hamil dan pertama kali memuatnaik gambarnya menampakkan perutnya. Peminat teruja melihat baby bump Anzalna dan memuji seri wajah ibu mengandung.

Anzalna yang kini sedang hamil 4 bulan mengumumkan berita gembira tersebut ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini. Setelah 3 tahun perkahwinannya dengan Hanif Zaki, kehamilan ini sememangnya dinanti-nantikan. Berita kehamilannya menggembirakan semua peminat.

Terbaru, Anzalna pertama kali menampilkan baby bump nya kepada umum. Dia memuatnaik rakaman video menjalani sesi fotografi. Anzalna yang memakai sehelai dres berwarna perang muda dan menampakkan baby bump yang comel! Dalam kapsyen Anzalna turut berkata yang dia akan berkongsi lebih lanjut tentang kandungannya di Youtube.

anzalnanasir88 Hello aunties and uncles! Semalam first time join mommy photo shoot.

Mommy konon nak hide perut tapi client cakap kalau mommy tunjuk perut lagi diorang suka!

Alhamdulillah. Alamak… anak i dah pandai mengadu! Hahahahahhahahha ? Ramai sangat yang minta share macam mana Anzalna boleh pregnant.

InsyaAllah i will share with you guys. Tapi kena ingat, jadinya dengan izin Allah. Apa yang penting kerjasama! ? Hahahahhahahahahaha Stay tuned. I will share on my youtube channel and dont forget to subscribe .

Para peminat teruja melihat baby bump aktres ini dan mendoakan agar kehamilannya berjalan lancar. Tidak kurang yang memuji berserinya ibu hamil ini.

COMELNYA BABY BUMP

SELALU BERDIRI, KALI INI DUDUK NAMPAK SANGAT

Sumber: anzalnanasir88

IKLAN