Hamil anak ke empat, ramai teka Izreen Azminda bakal dapat baby girl. Melalui hantaran dilaman Instagramnya, pelakon, Izreen Azminda, 39, berkongsi tentang perkembangan dirinya yang sedang sarat hamil anak ke empat.
Hamil Anak Ke Empat
Kali terakhir Izreen menimang cahaya mata pada tahun 2021. Difahamkan kandungan anak ke empat Izreen kini berusia 7 bulan.
Dalam satu hantaran di Instagramnya, Izreen berkongsi dengan warga maya ketika melakukan ‘check up’ bersama doktor kegemarannya.
“Ayang angat nih…Dr paling best.. bukan setakat doktor.. dah macam mak-mak dengan anak kecil…DR SERI, ” tulis Izreen.
Menerusi komen-komen di hantaran tersebut, ramai warga maya yang meneka bayi dalam kandungan Izreen, anak perempuan. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Izreen melahirkan bayi perempuan.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Ads
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.
Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adrian Umar hasil perkahwinan yang terdahulu.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Subuh adalah waktu yang sering kita ambil ringan, padahal ia menyimpan sejuta keajaiban yang tak ternilai harganya. Ketika ramai masih lena dibuai mimpi, mereka yang bangun dan menyempurnakan waktu ini mendapat ganjaran yang luar biasa daripada Allah SWT.
Bayangkan, hanya dengan dua rakaat solat sunat sebelum Subuh, Allah menjanjikan pahala yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Tidak cukup dengan itu, Rasulullah SAW mendoakan keberkatan umatnya di waktu pagi. Ini menjadikan waktu sebelum azan Subuh sebagai detik penuh rahmat untuk kita bermula.
Sebagaimana perkongsian Faridah Mohd Ali, ia sangat bermanfaat untuk dijadikan motivasi agar kita terus istiqomah dalam melaksanakan amalan harian.
Keajaiban Waktu Subuh
1. Betapa waktu Subuh itu terlalu banyak keajaibannya. Sangat rugi bagi mereka yang sering melewatkannya atau langsung tidak mengambil peduli akan keberkatan yang Allah kurniakan kepada kita. 2. Waktu sebelum azan Subuh itu mendatangkan keberkatan yang sangat luas dan besar oleh Allah SWT. Kata Allah, Aku berikan kepada orang yang solat sunat Subuh dua rakaat pahala yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Ganjarannya kita tidak nampak sekarang, tetapi di akhirat nanti berbondong-bondong ia datang kepada kita.
3. Keutamaan solat Subuh yang pertama adalah dapat mendatangkan keberkatan kerana solat Subuh merupakan satu aktiviti pagi hari yang Rasulullah SAW sendiri mendoakannya secara khusus. “Ya Allah berkatilah umat ku pada waktu pagi.” Hadis riwayat Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) Itulqh sebab kita wajib berlumba-lumba untuk bangun sebelum Subuh dan tidak menyia-nyiakan waktu sebelum Subuh ini. 4. Waktu Subuh dapat menghantarkam orang mukmin menuju pintu syurga. Rasulullah SAW bersabda.. “ Barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dan Asar, maka dia kan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.) 5. Seorang Muslim yang melaksanakan solat Subuh pun akan mendapat keutamaan lain iaitu terhindar daripada neraka. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW.. “Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari(solat Subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari(solat Asar).” Hadis Riwayat Muslim)
6. Selepas solat Subuh jangan sesekali meninggalkan zikir ini.., Subhanallah 33 kali Alhamdulillah 33 kali Allahuakbar 33 kali Nabi menyebutkan bahawa semua dosa kecil kita diampunkan oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di laut. 7. Pahalanya seumpama solat malam yang penuh bagi mereka yang bangun awal dan menunaikan solat dua rakaat. Mereka berada dalam jaminan Allah, keutamaan dan keajaiban waktu Subuh itu sangat luar biasa kerana orang mukmin yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah adalah orang yang berada dalam jaminan Allah. Keselamatannya dijamin, rezekinya dijamin, keadaannya dijamin, ketenangannya dijamin dan urusan hidupnya dijamin. 8. Mereka juga mendapat cahaya sempurna pada hari kiamat. Tidak hanya itu sahaja,mereja mendapat cahaya dan sinarbyang sempurna pada hari Kiamat nanti.
9. Waktu Subuh adalah penentu keberkatan hidup bagi seorang mukmin. Abdullah Bin Umar Bin Khattab berkata.. “Salah satu tanda Allah mencintai seorang hambaNya dan tanda dosanya diampunkan, semakin kuat dia menjaga waktu Subuhnya, semakin Allah memberi jaminan kecukupan untuknya. Kehidupan yang penuh keberkatan bermula dengan menjaga waktu Subuhnya.”
10. Ketika kita serius menjaga waktu bangkit kita sebelum azan Subuh, kemudian membersihkan diri untuk sujud kepadaNya, maka Allah memberi jaminan bahawa Allah membuka kesempatan seluas-luasnya kepada kita untuk memperbaiki diri dan menikmati ketenangan dalam sujud kita sehingga Allah menghapuskan benan hidup dengan menghapuskan semua dosa kita.
11. Sesiapa yang mahu memperbaiki hidupnya, maka hendaklah dia memulai dari memperbaiki waktu bangkitnya sebelum azan Subuh.
Sesiapa yang hendak dilancarkan rezekinya, maka hendaklah dia menjaga dengan baik-baik solat Subuhnya. Sesiapa yang ingin dikurnikaan kebahagiaan di dunia dan akhiratnya, maka hendaklah dia memperhatikan solat Subuhnya. Dan semua perubahan atau penambahbaikan seluruh hidupnya berawal daripada memperbaiki waktu bangkitnya sebelum masuk azan Subuh dan memperbaiki kualiti solat Subuh. Maka Allah akan memperbaiki seluruh hidup kita.
12. Solat Subuh itu baru disempurnakan dua rakaat sahaja, Allah akan mencukupkan semua keperluan dunianya, tidak diperdayakan oleh tipu daya dunia, rezekinya dicukupkan, hartanya diberkati, kariernya dibangunkan dengan baik dan sempurna oleh Allah, keluarganya nyaman, hidupnya tenang. Itulah rahsia bagi mereka yang konsisten menjaga waktu Subuhnya bermula bangkit sebelum azan Subuh. 13. Malahan itulah yang selalu disebutkan… “Rabbana atina fiddunia hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar.” Kitalah yang membangunkan hubungan direct dengan Allah yang mempunyai segalanya, kita mengerjakan perintah Allah dengan sempurna dan menuruti semua tuntunanNya, dunia dia dapatkan dan akhiratnya diraih dengan anugerah Allah. 14. Mari sama-sama kita berazam bersungguh-sungguh memperbaiki diri dengan memperbaiki waktu Subuh kita.
Teringin anak kembar, Zulin Aziz minta doakan impian dikurniakan zuriat jadi kenyataan. Anak adalah penyeri rumah tangga. Bagi Zulin Aziz, sudah lama pelakon ini menanam impian untuk memiliki zuriat namun masih belum diberi kesempatan bergelar seorang ibu.
Ketika hari raya pertama, Zulin pernah membuat satu hantaran dilaman Instagramnya, dengan kapsyen, “Tahun depan kita raya berempat ya? Nak kembar. Tolong doakan kami please.”
Rentetan daripada perkongsian itu yang berjaya menarik perhatian warga maya, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, memetik Sinarplus menganggap sangat comel untuknya dan suami sekiranya mempunyai rezeki dikurniakan pasangan kembar.
“Saya teringin sebab rasa macam ‘cute’ pula ada anak kembar.
“Dalam keluarga saya memang ada (anak kembar), sebab itu saya teringin sangat,” katanya.
Pada masa sama, beliau mengakui tidak berputus asa dan sentiasa berusaha semoga impian mereka untuk dikurniakan cahaya mata tercapai. justeru, Zulin berharap orang ramai turut mendoakan impiannya itu tercapai.
Malah, dirinya juga tidak melatah setiap kali disoal tentang zuriat kerana baginya soalan yang diajukan hanya sebagai permulaan sebelum perbualan dan mungkin hanya topik itu sesuai untuk diajukan ketika itu.
“Kalau kita dah kata soalan sama, jadi kita dah terbiasa. Jadi tak perlu nak sakit hati.
“Dulu tak kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin, bila nak ada anak. Jadi soalan itu kita anggap sebagai pembuka bicara lah dia nak berborak dengan kita je.
“Selalu kita nak borak dengan orang, pertama sekali terfikir yang obvious pasal dia.
“Macam Zulin dah kahwin, mungkin pasal berat badan atau anak. jadi jangan ambil hati dia nak buat topik borak je” jelasnya.
Untuk rekod, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang isteri di laman sosial di mana dia perlu membuat Whatsapp Group semata-mata untuk memberitahu suami tentang perbelanjaan harian kerana suami tidak percaya ke mana duit yang diberi pergi.
Pempengaruh media sosial, Dr. Say turut memberikan pandangan dalam isu ini di mana diatidak bersetuju jika seorang suami terlalu berkira dengan isterinya.
Rupa-rupannya ramai pasangan kat luar sana yang buat whatsapp group sesama mereka untuk upload resit bukti pembelian. Kalau resit tu suami nak claim LHDN sy faham tapi kalau resit tu untuk dijadikan bukti yg isteri tak spend sana sini, kat mana kepercayaan seorang suami kepada isteri? Kalau suami yang berkira duit ke mana ni, percayalah isteri pasti tak dapat duit untuk keperluan diri.
Suami kalau tak berpendapatan tinggi, simple, bagilah duit poket mingguan tak tinggi sebab isteri kita tahu je how to manage apa yg diberi. Satu lagi, kalau kita berpendapatan lebih rendah daripada isteri kita, JANGAN SESEKALI CULAS TANGGUNGJAWAB kita memberi nafkah kepada mereka. Kalau kita rasa rendah diri bini earn more than kita, compensatelah by doing more work at home. Ini tidak, goyang telur pastu perli2 bini bergaji lagi tinggi, anjay. Sy sebagai lelaki pun malu baca message lelaki berkira macam ni.
Satu lagi kena ingat, pemberi rezeki yang mutlak adalah Allah SWT tapi antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT adalah jika kita sentiasa berlaku baik dengan isteri. Terus terang cerita sy takkan earn whatever im earning, living the life im living, achieve whatever i have achieved if not because of my wife. Jadi kepada suami luar sana, kalau kita rasa “apasal aku asyik sempit eh?”, “apasal hidup aku macam tak tenteram eh?”, “apasal duit salu tak cukup eh?” selain check hubungan kita dengan Dia, check juga hubungan kita dengan isteri. Last note, kalau ko tahu ko takleh commit to marriage, takleh commit being a husband, berkira tak tentu hala, stay single & jangan rosakkan wanita di luar sana, bebal.
Rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman yang sama malah ada yang takut untuk mendirikan rumah tangga disebabkan isu sebegini
Sumbing bibir dan lelangit ialah kecacatan kongenital yang boleh menjejaskan penyusuan, pertuturan dan pendengaran bayi. Ketahui punca, faktor risiko, rawatan serta perkara penting yang ibu ayah perlu tahu.