Dijangka melahirkan anak keempat hujung September atau Oktober depan, penyanyi lagu Ombak Rindu dan Takdir Tercipta, Adira Suhaimi anggap cukuplah jika dikurniakan empat cahaya mata.
Fokus untuk membesarkan anak-anak sebaik mungkin
Adira yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan, berkata, mahu ‘tutup kilang’ selepas melahirkan anak keempat.
“Saya tak mahu hamil lagi, cukuplah empat anak. Suami tak kisah dengan keputusan saya.
“Paling utama, tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak sebaik mungkin.
“Bila sudah ada empat anak bermakna makin bertambah tanggungjawab. Apapun, saya berharap semoga urusan melahirkan anak keempat akan dipermudahkan,” katanya.
Bukan nak berahsia
Berkongsi mengenai kehamilan keempatnya, Adira memberitahu sebelum ini, saya bukannya nak mengelak mahu mengaku hamil lagi. Bagi yang tahu, tahulah…
Ads
“Tetapi, sekarang barulah saya bersedia nak berkongsi. Doakan saya,” katanya kepada BH Online.
Pendedahan kehamilan itu turut menjawab teka-teki bertebaran, sejak bulan lalu menerusi video dimuat naik yang menampakkan ‘baby bump’ ketika bersama tiga anaknya.
Memilih tidak terlalu aktif, Adira bersyukur, pengalaman hamil kali ini tidak terlalu memenatkan.
“Saya tidak alami alahan. Berilah makan apa sahaja, semuanya saya telan.
“Walaupun berehat dalam arena seni, namun, saya tetap aktif memuat naik pelbagai hantaran dalam Instagram (IG).
Ads
“Kali ini, saya aktif dan agak lasak,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas jantina anak yang bakal dilahirkan, Adira berkata, dia belum bersedia mendedahkan.
“Sekarang, saya sudah memiliki dua heroin dan seorang hero. Jika diizinkan, saya inginkan anak lelaki lagi, jadi adalah dua pasang cahaya mata.
“Namun, apapun pemberian Allah, saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada,” katanya.
Ads
Kehamilan ini juga membuktikan rumah tangga dibinanya bersama Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 masih utuh, biarpun pasangan ini pernah dilaporkan berantakan.
Sebelum ini Adira telah dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.
Bukan mudah buat seorang isteri yang tengah mengandung tetapi terpaksa berjauhan dengan suami. Namun bagi personaliti televisyen yang juga pengacara popular, Dayah Bakar, dia akur sudah tujuh bulan berjauhan dengan suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ditugaskan ke Australia.
Kata Dayah, ia bukan satu tempoh yang mudah namun bersyukur kerana dikelilingi orang yang tidak putus memberi sokongan.
“Suami saya pergi Australia pada bulan Januari lalu jadi dah tujuh bulan kami berjauhan. Masa dia pergi usia kandungan saya tak sampai sebulan lagi. Sepatutnya saya dah pergi sana tapi disebabkan Covid-19 ini semuanya terpaksa ditangguh.
https://www.instagram.com/p/CBQAR1EJW8q/
“Saya masih bekerja dalam fasa hamil ini memandangkan saya seorang yang sangat aktif. Bila saya sibuk bekerja, itu yang membuatkan saya gembira.
“Keluarga saya memang antara penyumbang sokongan paling tinggi dengan anak-anak saudara saya pun tinggal bersama.
“Apa yang penting selalu ingat Allah, itu adalah kunci segalanya. Kita tahu Allah bagi dugaan sebab kita mampu. Jadi sentiasa bersyukur kerana ada hikmah dengan apa yang berlaku. Banyakkan berzikir dan baca al-Quran.
“Macam saya aktif dekat media sosial dapat juga sokongan daripada pengikut. Itu pun memainkan peranan. Mereka sama-sama mendoakan saya dan suami, itu buat saya tenang,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar berasa terharu dengan usaha suaminya membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka kali kedua.
“Sejujurnya saya tidak menangis tetapi terkejut. Masa tu saya keluar bila balik tetiba tengok dah ada kat bilik. Semestinya rasa terharu walaupun jauh suami saya masih buat kejutkan untuk saya. Ingatan itu dekat,” katanya lagi.
Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi.
Kini, Dayah sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Ogos ini.
Pergerakan bayi menandakan keadaannya sama ada baik atau sebaliknya. Justeru, ia perlu sentiasa dipantau dan para ibu perlu peka. Doktor terangkan kepentingannya.
Tendangan bayi comel dirasakan oleh bakal ibu. Adakalanya dia aktif namun ada masanya kurang bergerak. Sangat mustahak bagi ibu untuk peka dan memantau pergerakan bayi.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan memberikan panduan dan penerangan tentang pergerakan bayi dalam kandungan.
BABY SAYA KURANG GERAK ?
Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan sangat istimewa buat ibu.
Apakah pergerakan bayi yang dikatakan normal?
Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Walau bagaimanapun, jika ia;
-kandungan yang pertama, ibu mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat.
-sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Gerakan menendang, atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa anda sedari sebenarnya adalah pergerakan bayi itu.
PERGERAKAN BAYI AGRESIF PADA TENGAH HARI & PETANG
Seiring perkembangannya, pergerakan bayi juga akan turut berubah. Bayi anda akan bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang.
Manakala pada awal pagi dan malam, bayi anda akan mempunyai masa ‘tidur’ yang kebiasaannya dalam jangka masa 20 hingga 40 minit dan tidak melebihi 90 minit. Pada ketika ini bayi anda tidak akan bergerak. Bayi juga macam kita , perlukan masa berehat sebentar.
PERGERAKAN MENINGKAT SEHINGGA 32 MINGGU
Pergerakan bayi akan meningkat sehingga 32 minggu kandungan dan kadar pergerakan akan menjadi statik sehingga saat dijangka bersalin. Menjelang penghujung kehamilan, bayi anda akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.
Lazimnya, jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian, ibu mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi anda. Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah ibu perlu merasa pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.
KEPENTINGAN PERGERAKAN BAYI
Semasa kehamilan, pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika berlaku perubahan pada pergerakan bayi, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor. Maka bersegeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan.
BERAPAKAH TENDANGAN YANG PATUT IBU RASAKAN DALAM SATU HARI?
Tidak ada jumlah tendangan yang tetap yang perlu anda rasa. Sebenarnya tak perlu pun untuk tulis rekod tentang carta pergerakan bayi, asalkan ibu rasa pergerakan bayi pada setiap hari adalah sama seperi hari-hari kebiasaanya. Ada ibu terlupa nak catat carta pergerakan, sebab terlalu sibuk dgn kerja seharian. Tak mengapa persepsi ibu yg penting. Ibu lebeh tahu bayi nya bergerak ok atau tak.
Ibu digalakkan untuk memahami corak pergerakan bayi.Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi.
Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga (awake) yang berlainan; lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketidaknormalan pada coraknya, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
APA BOLEH DILAKUKAN BILA BAYI KURANG PERGERAKAN ATAU PERGERAKAN TIDAK MEMUASKAN?
Sentiasa dapatkan perhatian doktor dengan segera. Jangan abaikan pula masalah ini dengan mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bayi mungkin dalam bahaya.
Pemeriksaan serta bentuk rawatan yang akan diberikan kepada anda bergantung kepada usia kandungan anda.
Usia kandungan kurang 24 minggu
Kebanyakan wanita hamil hanya menyedari pergerakan bayi mereka dalam usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Jika pada 24 minggu, anda masih tidak merasai pergerakan bayi, anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan (doktor atau jururawat) dan mereka akan memeriksa degupan jantung bayi dan akan menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan yang baik.
Usia kandungan berusia 24 hingga 28 minggu
Kakitangan perbidanan akan memeriksa degupan jantung bayi anda. Anda akan menjalani pemeriksaan keseluruhan antenatal, tekanan darah ibu dan kehadiran albumin dalam kencing akan turut diperiksa. Ketinggian rahim juga akan diukur; jika tinggi rahim ini lebih kecil daripada usia kandungan anda, ujian ultrasound akan dilakukan untuk mengetahui kadar perkembangan bayi, dan seterusnya akan ditandakan ke atas graf tumbesaran bayi.
Usia kandungan melebihi 28 minggu
Anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan terdekat anda secepat mungkin. Jangan berlengah lagi, mahupun menunggu hari esoknya untuk mengambil tindakan. Anda akan ditanya sekali lagi mengenai pergerakan bayi anda. Degupan jantung bayi akan diperiksa menggunakan mesin CTG selama 20 minit. Sekiranya keputusan pemeriksaan CTG adalah normal, bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan ada akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan ultrasound menunjukkan kuantiti air mentuban mencukupi dan kadar pembesaran bayi anda normal.
Jika terdapat masalah pada CTG ataupun ujian ultrasound, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai rawatan susulan yang diperlukan. Jika bayi berada dalam keadaan bahaya, bayi anda mungkin perlu dilahirkan dengan kadar segera. Ini semua bergantung pada usia kandungan serta tahap perkembangan bayi tersebut.
BAGAIMANA JIKA SETELAH SAYA DIBENARKAN PULANG, PERGERAKAN BAYI KEMBALI MENGURANG?
Jika anda dibenarkan pulang, anda seharusnya mengambil tahu pergerakan bayi anda dari masa ke semasa. Jika berulangnya masalah pergerakan bayi kurang, jangan berasa ragu-ragu untuk ke hospital dengan SEGERA, biarpun masalah anda ini berulang-ulang untuk yang ke sekian kalinya. Kami sedia membantu anda.
Ingat, jangan tunggu esok, lusa, tulat, minggu depan kalau baby kurang gerak. Jumpa Dr segera.
Gambar kat bawah ni diambil dari buku seorang pesakit saya yang sgt prihatin kepada gerak bayi nya.
Pelakon, Shima Anuar bakal menimang seorang lagi cahaya mata lelaki selepas mengumumkan jantina anak ketiganya itu dalam satu majlis.
Majlis mengumumkan jantina anak ketiga beserta doa selamat berlangsung cukup meriah dengan tema serba putih.
Melalui perkongsian Shima di Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memuat naik video sejak awal kehamilannya sehinggalah majlis pengumuman jantina itu.
“From the day we found out about it, to the day majlis doa selamat and baby gender reveal,” tulisnya dikapsyen.
Melalui video yang dikongsikan, Shima pada awalnya memberikan kejutan kepada suami dan anak-anak dengan memberikan kit kehamilan ketika awal kehamilannya.
Anak-anak bersorak riang untuk menyambut kelahiran adik baru dalam keluarga mereka.
Dihujungnya, Shima turut berkongsi majlis serba putih yang dimulai dengan bacaan doa selamat dan kemudian dilengkapkan dengan pengumuman jantina bayi.
Suasana bertukar menjadi gamat bila mana belon berwarna putih dipecahkan diiringi letupan kecil berwarna biru menandakan bayi lelaki.
Penampilan Shima yang hadir berjubah warna putih, lengkap mengenakan hijab dipuji kenalan dan peminatnya di Instagram. Jelas terpancar seri ibu mengandung.
Meninjau di ruangan komen, Instagram ibu cantik manis ini turut dihujani dengan ucapan tahniah serta doa agar dipermudahkan kelahirannya nanti.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.