Bagi yang pertama kali hamil, banyak hal yang belum diketahui lantaran tiada pengalaman. Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim, doktor pakar O&G di Hospital UMRA, Shah Alam membantu anda dengan mendapatkan jawapan tepat tentang beberapa persoalan yang biasa menjadi pertanyaan
Bilakah masa yang sesuai patut wanita membuat ujian kehamilan. Selepas berapa hari tidak haid dan waktu bilakah ujian patut dibuat?
Bergantung kepada kitaran haid. Kalau tahu dan boleh ramal bila sepatutnya haid semula, maka pada hari yang sepatutnya haid, lakukanlah ujian.
Ambil sampel air kencing pertama di awal pagi, memandangkan ia lebih pekat. Lakukan ujian kehamilan seawal yang boleh kerana langkah-langkah tertentu boleh diambil untuk mengelakkan mudarat kepada kandungan.
Jika hasil ujian negatif, itu tidak bermaksud anda tidak mengandung, HcG mungkin terlalu rendah. Anda boleh mengulangi ujian yang sama pada hari berikutnya. Dalam pada itu, adalah lebih baik jika anda dapatkan kit penguji kehamilan yang sensitif agar dapat mengesas serendah 15u/l HcG.
Selepas kit ujian mengesahkan kehamilan, apa langkah seterusnya wanita ini perlu lakukan?
Setelah sah hamil, jaga kandungan. Jangan lakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kandungan. Sekiranya menghidap penyakit tertentu seperti darah tinggi, diabetes, tiroid dan epilipsi, pastikan doktor dimaklumkan mengenainya agar ubat yang perlu anda ambil seharian diubah dos pengambilannya.
Pengambilan asid folik memberi banyak manfaat. Apa yang dimakan di trimester pertama memberi kesan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran. Jaga pemakanan dengan tidak terlalu mengambil terlalu banyak karbohidrat dan gula kerana dibimbangi ia menjadi salah satu faktor autisme.
Jangan lupa untuk jalani pemeriksaan antenatal untuk pastikan kandungan benar-benar berada di dalam rahim. Hasil ujian imbasan yang dilakukan di awal usia kehamilan paling tepat untuk mengetahui usia sebenar kandungan.
Ads
Apa yang patut wanita ini jangkakan tentang alahan yang mungkin dia alami dalam tempoh kehamilan?
Semua wanita hamil akan alami alahan tetapi berbeza jenisnya. Ia perkara biasa kerana berlakunya perubahan hormon sewaktu kehamilan.
Terima sahaja apa jua bentuk alahan yang dialami. Tiada apa-apa yang salah dengannya. Alahan sebenarnya melindungi bayi. Ia bagus kerana apabila anda loya dan muntah lalu teringin makan sesuatu, bererti tubuh kekurangan kandungan nutrien dan ia boleh diperoleh daripada makanan yang diidamkan itu.
Makanan apakah yang patut diberi tumpuan demi memastikan kesihatan dirinya dan kandungan sentiasa dalam keadaan baik?
Amalkan pemakanan yang sihat iaitu tinggi serat, kurang karbohidrat dan lemak. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan kurangkan gula.
Karbohidrat yang diambil berlebihan akan memberi kesan kepada kandungan. Adalah dinasihatkan agar anda turut kurangkan kafein dan adalah lebih baik jika anda ambil makan dan minuman yang tidak bergula.
Ads
Sekiranya wanita ini sedia ada masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, apa yang perlu dijangkakan dan bagaimana untuk dia mengawalnya agar tidak menimbulkan komplikasi semasa hamil dan bersalin kelak?
Jika sedia ada masalah kesihatan sebelum hamil, beritahu doktor segera. Doktor pasti akan menasihatkan anda unuk mengubah cara dan dos pengambilan ubat agar sesuai dengan kegunaan ibu hamil. Hal ini penting bagi memastikan tahap kesihatan anda terkawal. Berbincanglah dengan doktor berkenaan hal ini.
Dalam pada itu, optimumkan kesihatan tubuh dengan melakukan senaman untuk mengurangkan impak masalah kesihatan. Sebenarnya, anda perlu pastikan diri benar-benar sihat sebelum mengandung.
6. Berkenaan ujian imbasan, apakah ada ujian imbasan khas yang perlu dilalui selain daripada ujian imbasan yang biasa dilakukan setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal?
Semua wanita hamil dinasihati menjalani ujian imbasan nucheal transluscency pada minggu ke-11 hingga 14 bagi mengukur bahagian belakang bayi dalam kandungan. Cecair yang sangat tebal pada bahagian berkenaan boleh menjadi petanda bahawa bayi bermasalah.
Ads
Hasil kajian mendapati 50% mengalami masalah kromosom, 25% tidak dapat dijangka masalahnyadan 30% bayi akan lahir normal selepas ujian ini dilakukan.
Selain itu ujian amniosentosis boleh mula dilakukan selepas usia kandungan 15 minggu di mana jarum khas digunakan untuk mengambil air ketuban untuk pemeriksaan selanjutnya di makmal.
Di Malaysia kini hampir semua ibu hamil melalui ujian MGTT. Pada minggu keberapa perlu diambil? Bagaimana jika wanita itu tiada sejarah atau risiko diabetes, perlukah dia mengambilnya juga?
Bukan semua ibu perlu melakukannya ujian MGTT. Biasanya yang berumur 35 tahun ke atas, BMI terlebih berat badan dan ada sejarah keluarga wajib melakukannya.
Namun, jika didapati berat badan bertambah berlebihan semasa hamil, anda perlu melakukan ujian ini walaupun tiada faktor risiko yang dinyatakan. Dahulu apabila kandungan berumur 28 minggu ke atas, ujian ini boleh dijalankan. Kini, sebaik sahaja anda tidak lagi mengalami alahan muntah atau loya, maka bolehlah menjalani ujian ini.
Ada wanita tertentu yang kurang prihatin dengan pengambilan asid folik. Apa yang patut diketahuinya tentang hal ini?
Perlu diingati bahawa asid folik sangat penting untuk diamalkan semasa hamil. Banyak kajian membuktikan ia mengurangkan risiko neural tube defect, membantu dalam pembentukan otak, muka, bibir dan saraf tunjang bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal melahirkan anak pada bila-bila masa je, pelakon Izreen Azminda berkongsi perkembangan terbarunya yang dia kini mengalami masalah sukar untuk tidur waktu malam.
Menerusi perkongsian di instagram, Izreen juga memberitahu beratnya kini sudah melebihi 80 kilogram.
“Dah hujung-hujung fasa ni memang semua mommies ada masalah tidur ke?..
“Saya susah sungguh nak tidur sejak akhir-akhir ni. Kalau tidur pun tidur-tidur ayam ja..
“Pusing sana tak kena sini tak kena..makan pun dah kurang.. eceh… padahai dah 80kg lebih ni,” kongsinya.
Menerusi posting itu, Izreen juga memuat naik gambarnya yang tetap bersiap lawa dan tak nampak pun seperti ibu yang sedang menunggu masa nak melahirkan bayi.
Masih nampak lagi bertenaga dan terserlah seri ibu mengandung. Perkongsian itu telah menarik perhatian peminatnya yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.
“Serius la 80kg? sis tak nmpk pun macam 80kg”
“Saya masa mengandung dulu belemoihh..nak hujung-hujung lagi belemoih..malas nak bersiap..Tengok Izreen lawa je selalu.”
“Saya dah 36 minggu 3 hari..nak nangis & stress kalau nak tidur. Semalam 2 jam je tidur tu pun dah lepas dengar azan subuh. Bayangkan golek sampai azan subuh tak boleh tidur..semua posisi dah try”
Sebelum ini Izreen telah dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 2 tahun selepas mendirikan rumah tangga bersama Ude Wahid pada Ogos 2019.
Pada perkahwinan pertamanya , Izreen telah mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Adrian Umar, 5.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara, Eleena Sui dan suami yang bakal menimang anak pertama tidak lama lagi.
Bersempena ulang tahun perkahwinannya yang keempat pada 4 Februari lalu, Eleena mendedahkan yang dia kini hamil tujuh bulan.
Menerusi Instagramnya, Eleena juga sempat berkongsi perjalanan kehamilannya yang melalui pelbagai dugaan.
Kata Eleena, dia terpaksa melalui pelbagai dugaan termasuklah berlaku empat kali tumpah darah.
” Semalam adalah ulang tahun keempat kami dan untuk memperingati bertahun-tahun kami bersama, Faisya dan saya dengan senang hati mengumumkan kami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi,” katanya berkongsi khabar gembira.
Namun dalam pada itu, Eleena turut mendedahkan yang dia hampir empat kali tumpah darah dan setiap minggu terpaksa berulang alik ke hospital mendapatkan pemantauan.
“Walaupun hampir 4 kali tumpah darah dan setiap minggu ke hospital, alhamdulillah saya sudah memasuki trimester ke-3.
“Insyaallah, kami menjangkakan kelahiran bayi sulung kami ini pada bulan Ramadhan yang akan datang,” kongsinya lagi.
Tidak hanya berkongsi khabar gembira, bahkan Eleena juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang menghormati privasinya dalam tempoh dia berehat daripada media sosial dan tuntutan kerja.
“Terima kasih kerana menghormati privasi saya. Saya tahu ada yang sangat risau dan bertanya di masa saya berada dan adakah saya baik-baik saja. Jangan risau, ibu dan bayi baik-baik saja.
” Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan karib yang telah menjaga saya semasa Faisya tiada, anda tahu siapa anda! Sayang semuanya!
” Sentiasa mendoakan kami dalam doa anda dan doakan agar Abah dapat bersama kami sebelum Mommy POP,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Eleena dan suaminya, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman mendirikan rumahtangga pada 4 Februari 2017. Dan kini mereka sedang menanti kelahiran anak pertama.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @eleena.sui
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
10 Oktober yang lalu, Raja Pop, Datuk Jamal Abdullah dan isteri Datin Zai Izzati Khairuddin dikurniakan cahaya mata perempuan yang sangat comel diberi nama Nur Azura Yamani.
Nampaknya pasangan ini bakal dikurniakan cahaya mata lagi apabila Datuk Jamal berkongsi berita gembira itu menerusi aplikasi Whatsapp menyatakan kini isterinya sedang hamil 10 minggu.
“Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii,” katanya menerusi WhatsApp kepada salah sebuah akhbar tempatan.
Jamal ketika dihubungi berkata, mereka sudah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan apabila isterinya mengalami alahan serta tidak datang bulan.
“Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina,” katanya.
Jamal melangsungkan pernikahan dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan memperolah cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.
Azura kini berusia tujuh bulan dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
Jamal ketika itu meluahkan kesyukurannya dikurniakan anak pertama, selepas dua tahun menanti.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.