Cekodok pisang sememangnya kudapan yang digemari ramai kerana rasanya yang manis buah dan mudah disediakan. Anak-anak pun sangat menggemarinya. Bagaimana nak hasilkan cekodok yang ranggup di luar dan lembut di dalam? Jom ikuti perkongsian ini
RESIPI CEKODOK PISANG!
Rangup di luar dan lembut di dalam 🤤
IKLAN
Bahan-bahan:
5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecik.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
Cara-cara :
1. Gaulkan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati
2. Masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Siapppp.
IKLAN
Kredit Resepi & Foto: Cik Pooja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
IKLAN
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Ketiadaan bazaar Ramadan tahun ini membuatkan ibu mula cuba menyediakan sendiri kuih-muih untuk berbuka di petang hari. Namun kuih yang sukar ditambah dengan kuantiti barang yang banyak menyukarkan ibu, lebih-lebih lagi yang terpaksa bekerja dari rumah. Nak mudah boleh cuba sediakan apam milo ini. Tersangatlah senang.
Resipi apam yang menggunakan empat bahan ini cukup senang nak disediakan. Blender sahaja kesemua bahan dan kukus hingga masak. Sangatlah mudah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rania Amira ini. Terbaik!
Tidak semua ibu memerlukan milkbooster. Sekiranya diperlukan sekali pun, pastikan ianya diperbuat daripada bahan yang semula jadi atau real food. Resepi milkbooster yang dikongsikan ibu ini boleh anda cuba.
Penurunan produksi susu mencemaskan sesetengah ibu. Namun setelah mencuba pelbagai cara seperti memerah kerap untuk mengosongkan payu dara, memastikan pelekapan betul, penyusuan terus yang kerap, mengurangkan tekanan/ stres, mengamalkan pemakanan seimbang dan sebagainya, opsyen terakhir yang boleh dilakukan ialah mengambil makanan atau minuman sebagai milk booster.
Puan Nad Masrom telah berkongsi tentang tentang 1 resepi milk booster yang boleh dikongsi. Ia juga boleh dijadikan dalam bentuk uncang agar proses penyediaan/ membancuh mudah. Berikut ialah perkongsian beliau;
Mak teringin nak minum air yang orang selalu cakap boleh jadi milkbooster tu.
Tapi mak saya bukan menyusu. Dia cuma suka minum air tu bila saya pernah bawa pergi hospital masa mak kena warded.
Bila saya balik kampung, saya rebuskan semua (kurma merah, kurma hitam, buah longan, gula madu, goji dan rose bud). Saya hidang panas-panas. Bukan mak je suka, ayah dengan adik ipar pun suka.
Cuma mak suka bila minum yang panas-panas. Mak tak suka yang dah sejuk. Bila rebus banyak, yang lebih tu nanti sejuk. Bila panaskan balik, rasanya dah kurang ‘segar’.
Mak request nak set ni yang dah siap packet (macam 3 in 1 tu). Tinggal tuang air panas je.
Sebab nak tunaikan permintaan mak, kami anak-beranak ni belilah semua set ni kat kedai ubat berhampiran. Mak memang dah kenal rapat dengan tuan kedai tu, Lim.
Kami pun cakap nak buat macam ni sekian-sekian. Jadi Lim pun bantu sediakan bahan-bahan.
POTONG KECIL BAHAN
Balik tu kami berjemaahlah buat. Potong kecil-kecil (kurma merah, kurma hitam, longan). Lepas tu rose bud tu kami letak dalam bekas uncang teh dan lipat je.
Gula madu kami potong guna pisau sambil diketuk dengan tukul. Gigih betul nak siapkan set 3 in 1 untuk mak. Tukul besi semua keluar (boleh je nak guna gula batu tapi kami nak buat special untuk mak).
Lepas tu kami cuba lah minum. Fuhhhhh… Sedap dan menyegarkan. Ayah pun suka. Tengah tidur siap terjaga nak minum juga.
TINGGAL TUANG AIR PANAS JE!
So bolehlah saya balik Kulai dengan tenang. Mak tinggal tuang air panas je bila-bila nak minum. Nak bawa pergi mana-mana pun dah senang.
Dengar kata mak-mak menyusu suka minum juga ya?
KOS HANYA RM30
Yang bertanya tentang uncang teh beli di mana, saya beli di kedai ubat juga. Kos pula? Semua ni RM30, saya beli setiap jenis RM5 sebungkus (boleh request nak berapa ringgit nanti mereka timbangkan).
Dan dengan kos RM30 tu saya dapat buat 40 packets 3 in 1 ni. Setiap pack tu anggaran 5g. Mungkin ada yang lebih murah, boleh survey dahulu.
Nota kaki: Mak dan ayah ialah mak mertua dan ayah mertua saya. Mak dan ayah sendiri dah lebih 10 tahun meninggal dunia. Saya tak menjual produk ni dan buat ni sebab nak gembirakan mak dan ayah mertua je. Sekian.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
Gula madu
Longan
Kurma hitam
Kurma merah
Rose bud
Goji
CARA MEMBUATNYA
#1 Mula-mula rose bud diramas-ramas sebelum dimasukkan ke dalam uncang teh.
#2 Rose bud yang diramas tadi dimasukkan ke dalam beg uncang teh.
#3 Kemudian semua bahan yang telah dipotong kecil dimasukkan ke dalam uncang tadi. Puan Nad menerangkan yangtujuan bahan-bahan dipotong kecil adalah supaya ia mudah kembang dalam air panas. Kalau tak nak potong kecil pun tak apa. Tapi kena rebuslah sampai menggelegak.
#4 Ini adalah bahan untuk satu hidangan.
#5 Bahan yang digunakan dapat menghasilkan 40 paket. Mama boleh diletak di dalam balang begini untuk menjamin kesegarannya.
CARA MEMBANCUH
Cara bancuh:
1.Letak dulu potongan kurma merah, kurma hitam, longan dan goji dalam cawan. Kemudian tuang air panas.
2.Tambahkan gula madu. Kalau tak nak gula pun tak apa. Gula madu ni rasa manis-manis buah je.
3.Dah larut semua, letaklah uncang rose tadi. Siap!
Selain ketupat palas dan ketupat nasi, ketupat daun pisang juga tidak kurang hebatnya di jadikan juadah pagi raya. Tanpa menggunakan daun palas, ketupat daun pisang yang popular bagi sesetengah masyarakat di utara ini menghasilkan ketupat pulut yang cukup wangi aromanya. Bau dari daun pisang ternyata menyedapkan lagi bau ketupat.
Jika anda memilih untuk menyediakan ketupat sendiri di hari raya nanti, ketupat daun pisang antara yang disyorkan kerana cukup mudah cara untuk membuatnya malah daun pisang juga lebih mudah untuk diperolehi. Jadi jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Hairul Hamid ini. Ketupat yang dihasilkannya sememangnya cukup cantik dan mudah.
Jom buat ketupat mudah!
4 cawan beras pulut
2 biji kelapa -ambil santannya
1 helai daun pandan
Daun pisang
Garam secukup rasa
Rendam beras pulut 2 jam. Kukus kan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.
Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
Ok siap dah.
Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu.