Siapa sangka bayi yang dilahirkan pramatang ketika kandungan 7 bulan seberat 1.35 kilogram dan melalui detik mencemaskan ketika usianya 3 bulan kini membesar dengan sihat dan aktif.
Betullah orang kata, kuasa Allah tiada siapa dapat menandinginya walaupun pelbagai cabaran dilalui ibu kepada bayi istimewa ini ketika di awal kelahiran dan membesarkannya.
Berkongsi pengalaman melahirkan dan membesarkan anak ketiganya, Putri Siti Noor Zubaidah Idris menjelaskan kelahiran kali ini banyak dugaannya.
Muhammad Aidan Rifai Mohamad Idham dilahirkan pada usia 7 bulan dan disahkan mempunyai G6PD DEFICIENT. Ketika dilahirkan beratnya hanya 1.35 kilogram dan di tahan dalam wad selama 45 hari.
Setelah usianya 3 bulan dan saya mula bekerja, saya mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pengasuh. Mungkin juga waktu itu antibodi Aidan tak kuat dia terkena jangkitan batuk.
Ads
Pengalaman yang tak akan dilupakan
Pada 2 Julai lalu tepat jam 12 am, sekali lagi saya diuji. Ketika batuk Aidan mengeluarkan bunyi aneh dan terus tidak bernyawa. Waktu dalam kekalutan itu saya terus tekan di dadanya tapi langsung tiada reaksi.
Cuba lagi sekali lakukan CPR selama 6 minit dan dalam masa sama ahli keluarga hubungi ambulans. Dalam keadaan tenat Aidan di bawa ke hospital dan doktor sahkan dia mengalami jangkitan paru-paru dan batuk kokol 100 hari.
Selama 23 hari pula di tahan di wad. Jika diikutkan sepatutnya hari ke 17 dimasukkan ke wad dah boleh keluar tapi disebabkan terkena sekali lagi jangkitan dari pesakit baru masuk Aidan perlu ditahan lagi.
Kini alhamdulillah selepas keluar dan diberi penjagaan rapi ketika di rumah perkembangannya lebih baik.
Susu ibu kuatkan antibodi anak
Ads
Rahsia yang menguatkan anak sihat selepas peristiwa hitam itu adalah tak putus memberikan susu ibu dan kini setelah 7 bulan beratnya dah 5.7 kilogram.
Kiranya untuk kategori anak pramatang dengan usianya kini dah menunjukkan perkembangan sangat baik. Harap Aidan akan terus kuat dan membesar dengan sihat.
Sumber: Putri Siti Noor Zubaidah Idris
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang lebih menggembirakan setiap pasangan selain menyambut kedatangan ahli keluarga baharu. Pengacara dan penyampai berita, Shahril Sarapudin berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya. Dia memaklumkan bahawa isterinya itu telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada Khamis yang lalu.
Dalam entri terbarunya, Shahril berkongsi gambar bayinya yang dilahirkan dengan berat 3.4kg dengan kapsyen memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas kurnianNYA.
Sempat juga dia menitipkan ucapan terima kasih buat isteri tercinta atas pergorbanan yang melahirkan anak mereka itu.
“Alhamdulillah. Syukur padamu Ya Allah.
“Puteri kami seberat 3.4kg selamat dilahirkan.
“Buat isteriku tercinta… terima kasih atas pengorbanan yang tak terhingga ini.
Dalam pada itu, Shahril juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat atas kiriman doa buat isterinya. Dia juga memohon agar mendoakan bayi mereka yang baru dilahirkan agar membesar menjadi insan yang berguna untuk agama dan negara.
Dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga bayi Shahril membesar menjadi anak yang solehah.
Shahril dan isterinya, Souzul Fazlina telah selamat disatukan pada Januari 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum ini. Bayi perempuan yang baru dilahirkan pada Khamis lalu merupakan anak ketiga kepada pasangan ini.
Tahniah diucapkan kepada Shahril dan isteri. Semoga dengan kehadiran puteri barunya ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan keluarga mereka.
Bahaya ‘overdue pregnancy’ untuk bayi sering menjadi persoalan dalam kalangan ibu hamil yang sudah melepasi tarikh jangkaan bersalin. Setiap ibu hamil yang sedang menghitung hari pasti rasa berdebar bila doktor dah bagi estimated due date (EDD). Rasa macam tak sabar nak peluk si kecil, nak dengar tangisan pertama, nak lengkapkan perjalanan sembilan bulan yang penuh emosi tu. Tapi hakikatnya, tak semua bayi lahir tepat pada tarikh yang dijangka. Ada yang ‘datang’ lebih awal, ada juga yang selesa duduk lebih lama dalam perut mama.
Masa check-up antenatal, doktor biasanya kira tarikh jangkaan bersalin berdasarkan tarikh haid terakhir (LMP – last menstrual period). Secara umumnya, ia dianggarkan sekitar 40 minggu usia kandungan. Itu standard calculation yang digunakan dalam bidang obstetrik.
Bila kandungan dah makin hampir ke tarikh tersebut, emosi memang bercampur-baur. Teruja ada, risau pun ada. Menurut laporan, hampir 80% ibu melahirkan sebelum atau sekitar tarikh jangkaan. Namun sekitar 4% hingga 14% pula mungkin berdepan situasi kehamilan melebihi tempoh atau mempunyai faktor tertentu yang menyebabkan proses kelahiran belum berlaku walaupun sudah cukup minggu.
Apa pun, setiap kehamilan itu unik. Tarikh jangkaan hanyalah panduan — baby yang tentukan bila masa paling sesuai untuk dia muncul ke dunia. 💛
Overdue pregnancy merujuk kepada kehamilan yang melebihi 40 minggu, dan lebih khusus lagi apabila kandungan mencecah 41 hingga 42 minggu. Dalam istilah perubatan, ia juga dikenali sebagai post-term pregnancy.
Walaupun ada ibu yang masih sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi, keadaan overdue pregnancy tetap perlu dipantau rapi oleh doktor. Ini kerana semakin lama bayi berada dalam rahim selepas cukup tempoh matang, semakin tinggi risiko komplikasi tertentu.
Salah satu kebimbangan utama dalam kes overdue pregnancy ialah jumlah air ketuban yang semakin berkurangan. Air ketuban penting untuk melindungi bayi dan membantu pergerakan serta perkembangan paru-paru. Bila jumlahnya menurun, risiko tekanan pada tali pusat boleh berlaku.
Apabila kandungan melepasi tempoh matang, fungsi plasenta mungkin menjadi kurang efisien. Ini boleh menjejaskan bekalan oksigen dan nutrien kepada bayi. Dalam situasi tertentu, doktor mungkin mencadangkan induksi bagi mengelakkan risiko yang lebih serius.
Overdue pregnancy juga boleh menyebabkan bayi membesar lebih daripada biasa. Bayi yang terlalu besar meningkatkan risiko kesukaran semasa proses kelahiran normal dan kemungkinan kecederaan ketika bersalin.
Dalam sesetengah kes overdue pregnancy, bayi mungkin membuang najis pertama (meconium) dalam air ketuban. Jika bayi terhidu campuran ini, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan selepas dilahirkan.
Jika kandungan sudah melepasi 40 minggu, ibu biasanya akan dipantau dengan lebih kerap. Doktor mungkin akan melakukan ujian seperti CTG (cardiotocography) untuk memantau degupan jantung bayi dan imbasan ultrasound bagi menilai jumlah air ketuban.
Dalam banyak kes overdue pregnancy, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai pilihan seperti menunggu secara semula jadi atau menjalankan prosedur induksi. Setiap keputusan bergantung kepada keadaan ibu dan bayi ketika itu.
Paling penting, jangan panik. Overdue pregnancy bukan bermakna sesuatu yang buruk pasti berlaku. Dengan pemantauan rapi dan komunikasi yang baik bersama doktor, kebanyakan ibu tetap melalui proses kelahiran dengan selamat.
Setiap perjalanan kehamilan itu berbeza. Dengar nasihat doktor, peka dengan pergerakan bayi, dan segera ke hospital jika ada tanda-tanda luar biasa. Kesihatan ibu dan bayi sentiasa menjadi keutamaan.
Apa yang pasti, keadaan seperti boleh menimbulkan kerisauan, lebih-lebih lagi kepada ibu yang kali pertama hamil. Jika anda masih belum menunjukkan tanda-tanda awal bersalin, disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengelakkan komplikasi bayi lemas.
Dalam kebanyakan kes, biasa berlaku kesilapan mengira umur kandungan akibat doktor mendapat salah maklumat tentang tarikh haid terakhir. Jika anda tidak dapat memberi tarikh terakhir haid yang tepat, tarikh jangkaan akan diberi berdasarkan pemeriksaan imbasan ultra bunyi.
Tarikh jangkaan biasanya akan dibuat pada awal usia kehamilan kerana hasil pemeriksaan imbasan ultra bunyi pada masa itu adalah lebih tepat berbanding dengan pemeriksaan yang dibuat ketika kandungan sudah besar.
Dalam pada itu, sekiranya melihat keadaan kandungan agak berbahaya disebabkan anda bermasalah untuk melahirkan, doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat pencetus kontraksi (induce) bagi memulakan proses sakit bersalin bagi mengurangkan risiko kandungan terlebih hari. Biasanya risiko ini boleh membahayakan nyawa bayi.
2. Lemas di dalam kandungan
3. Najis yang bercampur dengan air ketuban
4. Saiz semakin membesar
5. Kekurangan fungsi uri sehingga boleh menjejaskan kandungan
Selama ini kita tak terfikir pun tentang kandungan bahan yang terdapat dalam tisu basah untuk bayi kan? Bila sebut tentang bayi kita akan fikir semuanya selamat namun sebenarnya tak semua bahan kandungan dalam tisu basah baik untuk bayi.
Doktor Mazliana berkongsi cara memilih tisu basah untuk bayi sebagai panduan ibu bapa lain dalam memilih yang terbaik untuk anak.
Kena ingat, kulit organ terbesar dalam tubuh manusia. Kita selalu guna wet tissue untuk bersihkan najis di kawasan kemaluan anak, juga kadang kita guna untuk bersihkan mulut anak.
Dan kita semua mula buat persiapan beli wet tissue, sebelum anak lahir lagi kan.
Paling banyak diguna pada tubuh anak, di tempat yang paling sensitif, seawal anak kita usia 1 hari. Jadi, kita cuba pilih wet tissue yang baik dan selamat untuk anak-anak guna.
Kita mungkin tak akan jumpa yang perfect tanpa sebarang bahan kimia, tapi kita cuba cari yang kurang toksik untuk anak.
6 bahan yang kita kena cuba elakkan dari wet tissue anak;
1. Pewangi tiruan, parfum, fragrance
– Ganggu hormon anak, seawal mereka usia satu hari.
2. Phenoxyethanol
– Tinggi risiko masalah kulit contohnya eczema, dan juga gangguan sistem saraf.
3. Sodium benzoate
– Toksik pada organ tubuh anak.
4. Polysorbate 20
– Sangat toksik untuk kulit anak, ke kulit, darah, dan boleh sampai ke otak anak.
5. Paraben
– Ganggu hormon anak.
6. Propylene glycol
– Alahan pada kulit
Kimia toksik, kita jarang nampak kesan terus selain masalah kulit. Masalah hormon, biasanya akan mula nampak bila anak meningkat remaja.
Contoh paling mudah, haid tak teratur. Bila pesakit remaja datang klinik, 50% akan ada masalah haid tak teratur. Antara puncanya, adalah kimia toksik yang dah kacau bilaukan hormon anak.
Yang terbaik, tak payah guna langsung. Bersihkan najis, bersihkan mulut anak, guna air kan lebih baik. Bawak botol spray ke mana-mana. Mudah jugak macam tu.