Siapa sangka bayi yang dilahirkan pramatang ketika kandungan 7 bulan seberat 1.35 kilogram dan melalui detik mencemaskan ketika usianya 3 bulan kini membesar dengan sihat dan aktif.

Hanya Allah Tahu! 6 Minit Buat CPR Di Rumah. Nafas Anak Terhenti Kerana Batuk Teruk 

Betullah orang kata, kuasa Allah tiada siapa dapat menandinginya walaupun pelbagai cabaran dilalui ibu kepada bayi istimewa ini ketika di awal kelahiran dan membesarkannya.

Berkongsi pengalaman melahirkan dan membesarkan anak ketiganya, Putri Siti Noor Zubaidah Idris menjelaskan kelahiran kali ini banyak dugaannya.

Hanya Allah Tahu! 6 Minit Buat CPR Di Rumah. Nafas Anak Terhenti Kerana Batuk Teruk 

Muhammad Aidan Rifai Mohamad Idham dilahirkan pada usia 7 bulan dan disahkan mempunyai G6PD DEFICIENT. Ketika dilahirkan beratnya hanya 1.35 kilogram dan di tahan dalam wad selama 45 hari.

Hanya Allah Tahu! 6 Minit Buat CPR Di Rumah. Nafas Anak Terhenti Kerana Batuk Teruk 

Setelah usianya 3 bulan dan saya mula bekerja, saya mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pengasuh. Mungkin juga waktu itu antibodi Aidan tak kuat dia terkena jangkitan batuk.

IKLAN

Pengalaman yang tak akan dilupakan

Pada 2 Julai lalu tepat jam 12 am, sekali lagi saya diuji. Ketika batuk Aidan mengeluarkan bunyi aneh dan terus tidak bernyawa. Waktu dalam kekalutan itu saya terus tekan di dadanya tapi langsung tiada reaksi.

Hanya Allah Tahu! 6 Minit Buat CPR Di Rumah. Nafas Anak Terhenti Kerana Batuk Teruk 

Cuba lagi sekali lakukan CPR selama 6 minit dan dalam masa sama ahli keluarga hubungi ambulans. Dalam keadaan tenat Aidan di bawa ke hospital dan doktor sahkan dia mengalami jangkitan paru-paru dan batuk kokol 100 hari.

ARTIKEL LAIN [Jangan Sayang Duit Untuk Suntikan Pneumococcal. Anak 2 Bulan Dah Boleh Cucuk]

IKLAN

Selama 23 hari pula di tahan di wad. Jika diikutkan sepatutnya hari ke 17 dimasukkan ke wad dah boleh keluar tapi disebabkan terkena sekali lagi jangkitan dari pesakit baru masuk Aidan perlu ditahan lagi.

Kini alhamdulillah selepas keluar dan diberi penjagaan rapi ketika di rumah perkembangannya lebih baik.

Hanya Allah Tahu! 6 Minit Buat CPR Di Rumah. Nafas Anak Terhenti Kerana Batuk Teruk 

Susu ibu kuatkan antibodi anak 

IKLAN

Rahsia yang menguatkan anak sihat selepas peristiwa hitam itu adalah tak putus memberikan susu ibu dan kini setelah 7 bulan beratnya dah 5.7 kilogram.

Hanya Allah Tahu! 6 Minit Buat CPR Di Rumah. Nafas Anak Terhenti Kerana Batuk Teruk 

Kiranya untuk kategori anak pramatang dengan usianya kini dah menunjukkan perkembangan sangat baik. Harap Aidan akan terus kuat dan membesar dengan sihat.

Sumber: Putri Siti Noor Zubaidah Idris

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI