Ads

“Hanya Mampu Peluk & Cium.” Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Reda Bayi Pergi Dalam Bas

Hilang kata-kata seorang ibu apabila anak pergi dalam pelukannya. Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang wanita terpaksa menerima hakikat apabila anak yang dikandungnya selama 9 bulan telah pergi buat selama-lamanya.

Difahamkan, kejadian yang menyayat hati itu berlaku pada Isnin lalu dimana seorang wanita mahu membawa anaknya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dari pekan Julau ke Kuching.

“Hanya Mampu Peluk & Cium.” Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Reda Bayi Pergi Dalam Bas

Namun begitu, semasa dalam perjalanannya yang menaiki bas ekspres, secara tiba-tiba anak tersayangnya itu sudah tidak bernafas apabila bas tersebut berhenti di Jelukong Rest Stop.

Terkejut dengan pemergian anaknya, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Facebooknya, wanita terbabit hanya mampu memeluk erat tubuh dan mengucup dahi bayinya itu tanpa memberi sebarang kata-kata.

Malah, seorang ketua rumah panjang telah menawarkan bantuan untuk membawa anaknya itu mendapatkan rawatan di pusat perubatan Betong berharap anaknya dapat diselamatkan.

Ads

Bukan itu sahaja, kasihan dengan nasib yang menimpanya, dia telah menghulurkan RM300 kepada wanita terbabit sebagai duit belanja pulang ke rumah.

“Tenangnya ibu dia..”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan simpati terhadap nasib malang yang menimpa wanita terbabit yang dilihat begitu tenang atas pemergian anak kecilnya.

“Hanya Mampu Peluk & Cium.” Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Reda Bayi Pergi Dalam Bas

Moga diberi ketabahan buat ibu bapa 

Ads

Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan ucapan takziah atas kehilangannya dan berharap wanita tersebut terus diberi kekuatan dalam menghadapi ujiannya.

“RIP baby.. Semoga ibu bapa baby ini tabah..”

“Semoga tabah dan bersabar dalam menghadapi dugaan ini, Salam takziah..”

“Sedih tengok mak dia, kelihatan tenang sekali, semoga tabah sis, Tuhan lebih sayangkan dia. Faham sangat erti kehilangan.”

Ads

Kredit: OMM, Facebook @Jessa Bandang

“Hanya Mampu Peluk & Cium.” Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Reda Bayi Pergi Dalam Bas

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Bila Suami Culas Nafkah, Apa Hak Isteri

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Arkan Jadi Pilot Cubaan Terbangkan Pesawat Air Asia | BK #IyakanSaja | BINTANG KECIL

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Ibu Bapa Toksik Memang Wujud! 9 Tabiat Bahaya Yang Boleh Lukakan...

Toxic parenting bukan sekadar sikap garang. Kenali 9 tabiat ibu ayah yang tanpa sedar boleh melukakan emosi, keyakinan dan rasa selamat anak.