Sesetengah orang lebih suka menyimpan berita tentang kehamilan mereka pada awal kandungan kerana menjaga sensitiviti serta mengelak dari perkara yang tidak diingini. Mungkin apabila sudah masuk ke trimester kedua dan kandungan sudah cukup stabil, barulah berita baik itu akan dikongsikan kepada lebih ramai orang.
Begitu juga dengan pelakon dan model, Che’ Puan Juliana Sophie Johari Evans yang lebih mesra disapa sebagai Juliana Evans yang telah mengumumkan dirinya kini sedang hamil 21 minggu. Melalui laman Instagramnya, Juliana telah memuatnaik beberapa keping foto serta video yang jelas menunjukkan baby bump.
Sumber foto: Instagram Juliana Evans
Menurut aktres jelita ini lagi, dia dan keluarga sangat gembira untuk berkongsi tentang kehamilan kedua ini dan mengharapkan doa yang baik-baik dari semua. Selain itu katanya lagi mereka sekeluarga sangat teruja dengan bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Sekadar recap, Juliana telah berkahwin pada tahun 2017 bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Tengku Shariffuddin Shah Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor.
Ads
Sumber foto: Instagram Juliana Evans
Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama YM Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.
Tahniah kepada Juliana dan keluarga! Semoga journey kehamilan berjalan lancar sehingga tiba saat melahirkan.
Keikhlasan Abang Viva yang dengan tulus hati membantu mangsa banjir di beberapa buah tempat mendapat perhatian ramai satu ketika dahulu.
‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar, 30, yang menamatkan zaman bujangnya pada Oktober lalu rupanya baru sahaja ‘kehilangan’ selepas isterinya terpaksa menjalani pembedahan selepas disyaki hamil luar rahim.
Menerusi perkongsian video isterinya, Evanoza Zakaria di Tik Tok, isteri kesayangan Abang Viva itu berkongsi kisahnya yang berkain batik ketika pergi mengundi pada Sabtu lalu.
Berkongsi momen itu, kata Evanoza dia turut berterima kasih kepada suami, mak mentua dan kakak iparnya yang turut sama menemaninya ke pusat pengundian biar pun dirinya terpaksa berkain batik.
“TQ cik abang sayang, mak mertua & kakak ipar teman Eva pergi mengundi tadi.
“Berkain batik pun kain batik lah. Sekejap je kan,” tulisnya berkongsi.
Malah menjawab pertanyaan wargamaya, menerusi ruangan komen Eva turut menjelasnya yang dirinya baru sahaja menjalani pembedahan selepas disyaki hamil luar rahim.
“Eva operation buang tiub kanan, lepas di syaki ectopic pregnancy ataupun kandungan luar rahim,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar isteri kesayangan Abang Viva ini segera sembuh.
Bukan itu sahaja, bahkan sikap penyayang yang ditunjukkan Abang Viva ketika setia menemani isterinya itu dipuji ramai. Murah dengan senyuman tanpa sedikit pun merasa payah.
Terdahulu, Abang Viva sah bergelar suami kepada pasangannya, Evanoza Zakaria selepas disatukan pada 14 Oktober lalu.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Sumbing (klef) bibir dan lelangit adalah pembentukan struktur bibir dan lelangit tidak normal serta tidak bercantum dengan normal semasa pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu.
Secara umumnya, klef boleh berlaku secara tersendiri atau dikaitkan dengan pelbagai sindrom.
Selalunya kanak kanak yang mana klef tidak dikaitkan dengan sebarang sindrom (isolated), mereka ini mempunyai tahap IQ yang sama dengan kanak-kanak normal yang lain dan tidak perlu dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).
Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Marzida Abd Latib, berkata pelbagai faktor dalaman atau genetik dan persekitaran dikatakan menjadi penyebab terjadinya klef.
“Ada pelbagai jenis klef bibir dan lelangit dengan pelbagai tahap sumbing dialami dan tiada satu klef pun yang seiras walaupun dari segi klasifikasi ia mungkin sama kategori.
“Ini menyebabkan rawatan klef selalunya bergantung pada ciri unik bentuk dan strukturnya, permasalahan dan keperluan pesakit itu sendiri,” katanya.
Kecacatan gagal dikesan
Walaupun pembentukan struktur bibir dan lelangit berlaku pada pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu, ia hanya boleh dikesan melalui ultrasonografi apabila kandungan berusia dalam lingkungan 20 minggu.
Dalam klef lelangit jenis submucous, ada masanya bayi ini tidak dapat didiagnosis sejak lahir kerana struktur lelangit nampak sempurna.
Ini menyebabkan golongan ini akan datang lambat berjumpa pakar apabila menyedari suara dan pertuturan sengau dan tidak sempurna.
Sumbing bibir dan lelangit memerlukan rawatan berpanjangan iaitu daripada bayi hingga dewasa dengan membabitkan pelbagai pakar seperti pakar sakit puan.
Mereka juga dirujuk kepada pakar pembedahan plastik, pakar pergigian atau maksilofasial.
Pakar telinga, telinga, hidung dan tekak (ENT), pakar pemakanan, pakar pertuturan, pakar kanak-kanak, pakar bius, jururawat terlatih, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai kumpulan sokongan yang lain.
Rujuk segera jika ada tanda awal
“Kita menyarankan, bayi yang baharu dilahirkan dan didapati mempunyai klef, mestilah dirujuk segera kepada pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif.
“Pakar bedah plastik selalunya menjadi moderator yang akan menyusun atur keperluan kanak-kanak klef ini, merujuk dan berbincang dengan kepakaran masing-masing untuk rawatan menyeluruh,” katanya.
Sebelum merancang pembedahan klef, doktor akan memastikan pesakit sihat untuk pembedahan dan dirujuk ke pakar bius.
Sekiranya bayi klef ini mengalami permasalahan lain seperti fungsi jantung atau paru-paru tidak normal keadaan itu perlu diatasi diatasi terlebih dulu dan pembedahan plastik surgeri terpaksa ditangguhkan.
Keseluruhan rawatan berpanjangan sehingga pesakit berumur dalam lingkungan 20-an dan pesakit klef yang datang pada peringkat dewasa, pendekatan bagi pesakit sebegini sedikit berbeza.
Info
* Peringkat pembedahan:
– Dilakukan seawal mungkin apabila kandungan haemoglobin dalam darah mencecah 10 gram
– Berat bayi lima kilogram
– Umur bayi mencecah 10 minggu.
– Bayi berumur dalam lingkungan 9 -12 bulan.
Rawatan susulan:
– Terapi pertuturan
– Rawatan gigi
– Rawatan tampalan gusi
– Pembedahan hidung dan tulang muka
– Pembedahan lain sekiranya perlu.
* Lebih kerap berlaku dalam kalangan bayi lelaki berbanding perempuan
– Nisbah sebanyak 2 (lelaki) :1 (perempuan)
Masalah klef:
* Masalah pemakanan*
* Masalah pendengaran
* Masalah pertuturan dan bahasa
* Masalah gigi dan orthodontik
* Masalah estetik muka terutama bahagian muka tengah
* Masalah kurang keyakinan diri terutama apabila meningkat remaja.
* Masalah saluran pernafasan**
* Masalah pemakanan tidak begitu serius, melainkan bayi mengalami sindrom yang menyukarkannya untuk makan.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Eyra Hazali yang mengumumkan hamil anak ketiga selepas melakukan beberapa ujian kehamilan dan bakal menimang cahaya mata itu dalam masa empat bulan lagi.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali telah memuat naik beberapa foto memaparkan keputusan ujian kehamilan itu.
“Bismillahirrahmanirrahim, tambah sedikit ‘cinta’ lagi dalam keluarga kami, bayi nombor tiga on the way!” katanya.
“Di sini, Eyra minta doa dari semua untuk kami sekeluarga sebab anak dalam kandungan ini akan lahir dalam masa empat bulan lagi. Terima kasih semua,” ujarnya.
Berkongsi kisah kehamilannya, kata Eyra ia merupakan kehamilan kembar diawalnya namun begitu dia dan suami tidak mempunyai rezeki untuk menimang kembar kerana salah satu dari bayinya tidak menjadi.
“Jumpa dengan Dr yang sambut Hayder dulu, Dr tengok scan dan cakap itu bukan ectopic. Rupanya dua anak mama dan papa, tapi takde rezeki, satu tak jadi.
“Tinggallah satu anak mama dan papa. Tak apa, mama papa masih bersyukur atas rezeki ini,” luahnya.
Terdahulu, Eyra telah berkahwin dengan jejaka pilihannya iaitu penjaga gol pasukan negara, Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.