Biar segarang manapun seorang ibu, anak-anak tetap akan manja dengannya. Ada satu aura pada ibu yang membuatkan anak-anak lebih mudah mendengar kata dan selesa dengan ibu mereka. Bukanlah mereka tidak sayangkan si ayah, tetapi dengan ibu ni ada satu connection yang lebih kuat terutamanya anak lelaki.
Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim
Sebab itulah, walaupun ibu kuat berleter dan sebagainya, anak-anak tak pernah bosan. Tetap buat perangai yang sama supaya ibu dapat membebel kepaa mereka.
Sayang sekali jika ibu menggunakan ton suara yang kuat atau suka bercakap bahasa kesat dengan anak-anak. Ia bukan saja membuatkan mereka menjadi anak yang tidak pandai menghormati orang tetapi mempengaruhi tumbesaran mereka.
Sebagai ibu, gunakanlah bahasa yang baik ketika bercakap dengan anak-anak. Dengan cara ini, ia dapat membentuk peribadi anak serta membuatkan mereka lebih yakin dengan diri sendiri.
Melalui perkongsian En Mohd Fhais Salim, sangat penting untuk ibu menjaga pertuturan serta cara bercakap dengan anak. Tambahnya lagi, apa saja yang ibu katakan pada anak biasanya dari hati dan memberi kesan kepada mereka. Ikuti perkongsian lanjut dari bapa ini.
Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim
Sayangnya ibu tak rendahkan suara dengan anak
Ads
1 – Walau anak macam tak dengar apa ibu kata tapi sebenarnya suara ibu la yang paling anak akan ingat berbanding ayah 2 – Walau anak macam tak takut apa ibu kata tapi sebenarnya suara ibu la yang paling beri impak besar pada emosi berbanding ayah 3 – Walau anak macam tak endah apa ibu nasihatkan tapi sebenarnya nasihat ibu la yang paling dekat di hati berbanding ayah. Sesungguhnya, kata-kata seorang ibu datangnya dari hati.
Apa sahaja yang datang dari hati akan senang melekat di hati anak anak. Patut la jika di tanya pada anak siapa mereka lebih sayang. Ramai yang menjawab ibu dahulu, kemudian baru ayah.
Tapi sayang.. Jika ibu tidak menjaga tutur kata, tidak menjaga nada suara, tidak berhati-hati dalam meluah. Sungguh dalam efeknya, boleh terkoyak hati anak anak.
Tiada kata yang lebih tajam dari kata-kata seorang ibu pada anaknya. Pelihara mulut, insyaAllah hati anak pun terpelihara sama.
Ads
Wallahu A’lam.
Sebaik-baiknya sebagai seorang ibu, pilihlah perkataan yang baik ketika bercakap dengan anak. Apa yang keluar dari mulut ibu umpama satu doa. Jika baik yang kita ungkapkan, maka eloklah pada anak kita. Anak-anak sangat menghormati dan menghargai ibunya, jadi jangan calarkan rasa kasih mereka terhadap kita dengan kata makian.
Aduh! Ketika buat ujian UPT tadi, terang dua garis. Anak sulung masih kecil, mungkin tidak faham situasi yang dia akan menjadi anak sulung tidak lama lagi. Tiba-tiba saja ada tanggung jawab untuk menjadi abang atau kakak. Macam mana mahu beritahu kepada mereka tanpa ada rasa serba salah? Anda boleh cuba lima tip ini, mana tahu dapat membantu.
Bawa Bersama Ketika Buat Pemeriksaan Di Klinik
Ada sesetengah Mama dan Papa yang kurang selesa untuk membawa anak pertama ke klinik ketika membuat pemeriksaan kehamilan. Mungkin tidak mahu anak meragam kerana perlu menunggu lama dan sebagainya. Salah satu cara paling mudah dan jelas untuk memberitahu anak anda bahawa mereka akan dapat adik nanti adalah dengan melibatkan mereka seawal pemeriksaan pertama lagi.
Dengan cara ini mereka akan mula faham dan bersedia untuk menerima adik di kemudian hari. Terangkan juga mengapa pertemuan dengan doktor dibuat, biarpun mereka tidak memahaminya ketika pertama kali diberitahu. Namun jika diberitahu berulang kali, mereka akan mula dapat menangkap apa yang cuba anda katakan.
Tunjuk Album Gambar Ketika Mereka Kecil
Jika anda menyimpan foto-foto anak sulung di dalam album khas, tunjukkan kepada mereka. Katakan pada mereka bahawa di dalam foto itu adalah mereka ketika bayi. Sambil itu, berceritalah yang tidak lama lagi akan ada bayi baru dalam keluarga anda. Ceritakan apa perkara menarik jika ada bayi di dalam rumah, sudah tentu mereka akan merasa tidak sabar untuk menyambut kelahiran adik mereka.
Buat Baju T Khas Untuk Anak Sulung
Anda boleh tempah khas baju T yang menulis bahawa mereka adalah abang atau kakak. Biarpun mereka mungkin tidak boleh membaca lagi, anda sendiri boleh beritahu kepada mereka apa maksud tulisan yang ada pada baju T mereka. Beri mereka pakai baju T tersebut berulang kali supaya mereka merasa bahagia dan sentiasa ternanti-nantikan adik baru mereka.
Selalu Beri Mereka Lihat Foto Bayi
Tunjukkan gambar-gambar bayi kepada anak sulung anda. Sebelum mengetahui jantina anak kedua anda, pelbagaikan pilihan foto bayi yang mahu anda tunjukkan kepada mereka. Beritahu mereka, beginilah mungkin rupa adik yang ada di dalam perut anda. Pasti mereka teruja untuk melihat sendiri rupa adik adik baru!
Perut Yang Semakin Membesar
Jelas sekali dengan perubahan fizikal serta perut yang semakin membesar, anda boleh bercerita kepada anak sulung tentang adik mereka. Tunjukkan perut anda dan katakan kepada mereka di dalamnya ada adik. Latih mereka untuk mula sayangkan adik sedari mereka di dalam perut lagi. Melihat perut anda yang semakin membesar akan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri mereka, jadi tugas anda akan menjadi lebih mudah untuk menerangkan tentang bayi dalam kandungan.
Untuk anak-anak kecil yang mungkin agak sukar untuk memahami tentang keadaan ini, anda boleh mula perlahan-lahan. Ceritakan satu per satu tentang kandungan anda dan adik mereka. Paling penting, pastikan mereka bersedia dari segi emosi sebelum anda melahirkan bayi seterusnya. Jagalah perasaan mereka dan sesudah melahirkan, jangan abaikan keberadaan mereka di sekitar anda.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Tak banyak kita tengok keluarga yang betul-betul rapat terutama anak lelaki dan ayahnya. Kalau ada pun jarang-jarang berlaku. Mungkin sesetengah masyarakat kita masih lagi mengamalkan tradisi dimana anak perlu takut dengan ayah atau lebih tepat corak didikan gaya autoritarian.
Namun ada juga yang mengamalkan didikan gaya autoritatif iaitu tegas dalam sesuatu hal namun boleh menjadikan anak-anak sebagai kawan. Rapat dan mesra. Begitulah yang boleh digambarkan bagi keluarga Jozlyn, Johan raja lawak dan Ozlynn wati, pelakon terkenal.
Jozlyn melalui instagramnya berkongsi gambar anak sulung bersama johan meluangkan masa bersama selepas sahur. Ozlyn juga menitipkan beberapa nasihat buat ibu bapa lain agar sentiasa mengawal dan memahami anak-anak agar anak-anak dapat menjadi anak yang soleh.
Lepas sahur awal sementara nak subuh.. lepak..Suka tengok bonding ni.. jarang anak bujang nak melepek kat bapak.. kalau anak perempuan selalu.. tapi betul la.. anak-anak aku sume suka menempel.. pelik betul.. kdg geram.. sb bapak dorg ni seminggu sekali mesti hangkut anak2 tdo bilik aku.. bila aku ckp mane boleh mcm ni.. nanti jadi kebiasaan.. dia akan pelok aku dan terus ckp “ kena share la syg, tgk skrg ni pun mcm cptnya dorg dh besar. Nanti dorg dh kawin tinggal la kita berdua.. haaa masa tu u tgk i, i tgk u..”
Bila fikir balik betul jugak kan.. sape sangka usia semuda ni kami ada anak bujang dan ada 5 org anak dah.. bersyukur sesgt..proses membesarkan anak-anak memerlukan pengorbanan besar ibubapa.
Setiap manusia diberi ujian yg berbeza.. ada org tak ada anak walaupun lama dh kawin, skrg ni kita perlu lihat dari pelbagai aspek dan kena positif.. anak adalah rezeki.. tp bukan senang nak membesarkan anak-anak.. nak mendidik dan membimbing itu juga satu cabaran..
Kami juga pernah melalui fasa yang sukar ..jadi sentiasa bersangka baik pada Allah.. yg penting usaha.. DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.. apapun kita sbg ibubapa kena sentiasa doakn yg terbaik utk anak2 kita.. selain jalankan tanggungjwp membesarkan.. pls pantau anak2 kita.. ambil tahu dgn sape dia berkwn.. bergaul.
Kepada mak ayah yang bagi anak-anak hp di bwh umur 18 tahun.. plss pantau.. makesure apa saja boleh detect kat fon korg.. zaman canggih ni sangat menakutkan.. kalau tengok instagram yang dm aku banyak budak bawah umur.. selagi terdaya aku cuba bantu dorang dari segi nasihat.. bagi semangat.. rata-rata yang dm semua bagitahu kurang mendapat perhatian mak ayah.
Aku tidak menyalahkan mana-mana pihak.. tap cukup apa yang aku boleh katakan aku nasihat mereka seperti anak aku sendiri.. akan aku pastikan dorang jadi anak yang baik soleh dan solehah.. dan aku harap korang.. yang ada anak-anak plsss rajin la berbual.. amik tau tentang apa yang anak-anak “RASA”.. bukan ikut “MASA” yang korang ada.. moga yang baik-baik saja untuk keluarga kita semua aamiin.
Asuhan merupakan satu elemen yang merangkumi aspek mendidik, memberi pelajaran dan membesarkan. Manakala mengasuh bererti memberikan pelajaran, pendidikan dan bimbingan dalam konteks memerhati, menjaga serta mengawal perkembangan fizikal, mental, sosial dan emosi. Seterusnya keibubapaan pula adalah cara, gaya, kemahiran dan ketrampilan menjadi ibu bapa. Secara umumnya, gaya asuhan ibu bapa dapat didefinisikan sebagai kaedah atau cara ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka.
Oleh yang demikian gaya asuhan ibu bapa merupakan salah satu aspek yang penting dalam mempengaruhi kesejahteraan hidup remaja.
Hal ini kerana gaya asuhan ibu bapa mempunyai perkaitan yang kuat dengan pembentukan kendiri remaja termasuklah dari segi pencapaian akademik, cara remaja menyelesaikan masalah, tingkah laku berisiko, kesihatan mental, penghargaan kendiri dan kemurungan (Russell et al., 2010).
Zaman remaja merupakan satu zaman peralihan yang begitu mencabar kerana pada ketika ini adalah merupakan masa remaja untuk mencari identiti dan menilai diri. Remaja dalam pandangan umum ialah satu golongan yang berada pada zaman transisi di antara zaman kanak-kanak dan zaman dewasa. Pada tempoh tersebut, berlaku perkembangan yang pesat dari sudut fizikal, spiritual, daya intelektual, kecenderungan dan kemampuan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Jenis Gaya Asuhan
Menurut Baumrind (1971), gaya asuhan ibu bapa adalah terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya autoritatif, gaya autoritarian dan gaya permisif.
Gaya Autoritatif
Gaya autoritatif adalah ibu bapa yang mengamalkan ketegasan yang diimbangi dengan kesediaan mendengar pandangan anak-anak, bertoleransi, setiakawan, serta sentiasa melibatkan diri bersama dengan anak-anak. Gaya ini dapat membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggungjawab dan meningkatkan kompeten dari aspek kognitif. Anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik cenderung untuk menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, berdedikasi, dapat mengawal diri dan bersikap positif terhadap rakan sebaya, Baumrind (1989).
Gaya Autoritarian
Gaya autoritarian merupakan ibu bapa yang meletakkan jangkaan tinggi terhadap anak-anak dengan mempraktikkan pendekatan kawalan, hukuman, dan peraturan yang ketat yang tidak membenarkan anak-anak mempertikaikannya. Gaya ini menyebabkan anak-anak cenderung untuk berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam, bimbang, cemas, mempunyai konsep kendiri yang rendah dan kurang motivasi untuk berdikari.
Gaya Permisif
Gaya permisif pula merujuk kepada ibu bapa yang mesra, terlalu berlembut dan memenuhi kehendak anak-anak tanpa kawalan. Hal ini akan mengakibatkan anak-anak terlalu bergantung, kurang berdikari dan impulsif. Walaubagaimanapun, anak-anak yang diasuh oleh ibu bapa dengan gaya permisif adalah lebih gembira dan cepat pulih dari sesuatu tekanan atau pun krisis berbanding kanak-kanak yang dibesarkan secara autokratik (Baumrind, 1989).
Sumber: Jozlyn, myhealth portal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak kecil memang ada beberapa bilik yang kosong dan jarang-jarang dimasuki. Yang digunakan hanyalah bilik utama.
Jangan biarkan terlalu lama bilik-bilik tersebut tidak dibuka. Sentiasa kemas dan buka pintu serta tingkap supaya pengudaraan baik dan cahaya dapat memasuki bilik. Kalau boleh jadikan bilik tersebut tempat menggosok dan satu bilik lagi tempat anak bermain. Ikuti perkongsian ini.
Cerita ngeri siang hari. Cerita benar ya 😅
Kat dapur rumah saya. Ada bilik. Dulu tak guna. Tutup sahaja. Sampai satu malam tu mimpi. Lalu dapur dan ada orang duduk dalam bilik tu. Dalam mimpi tu nampak katil baju-baju org tu. Sy pun tegur, eh kemain duduk sini. Sape bagi?
Dia jawab sambil marah. “Dah takde sape duduk sini Aku nak duduk lah”
Lepas dia cakap gitu. Terus terbangun tidur. Esok nya bila lalu dapur mula meremang. Apehal pulak rasa gini. Terus teringat mimpi.
Mula-mula abaikan. Rasa perasaan je kot. Tapi naik seminggu rasa tak sedap. Tengah masak tiba-tiba rasa ada orang kat belakang. Panggil imam tengokkan. Memang ada benda menumpang 🤦♀️
Lepas kejadian tu panggil orang bersihkan bilik. Buat bilik mainan anak. Tak tutup pintu dah. Hari-hari buka mengaji dalam bilik tu. Bukan bilik tu je. Stor pun kemas habis. Hari-hari buka dan masuk. Takde ape nak buat kat stor pun buka juga. Vacuum atau sapu-sapu bilik.
Kesimpulannya. Jangan biarkan bilik kosong dlm rumah. Tak kisah lah letak apa pun situ. Tak dapat masuk hari-hari, dapat 2-3 hari sekali masuk bilik tu pun dah ok. Janji jangan biarkan hidup korang diselubungi misteri 👻
Cerita diatas adalah berdasarkan pengalaman benar saya.
Kredit: Puan Yuyu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...