Hari Jumaat Baby Girl Ke-2 Jumpa Mommy. Hanez Selamat Lahirkan Secara Normal

Share

Pelakon Hanez Suraya selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada jam 9.11 pagi hari Jumaat secara normal.

Hanez atau nama sebenarnya, Hanez Suraya Abdul Aziz melahirkan anak perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana proses melahirkan anak kedua berjalan lancar dengan berat 3.55 kilogram.

“Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari ini, Allah mengurniakan kami rezeki untuk menimang cahaya mata kedua,” kata Hanez.

Kongsinya lagi, keadaannya dan bayi baik-baik saja. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya sekeluarga.

Sebelum ini Hanez pernah berkongsi sepanjang mengandungkan anak keduanya, dia begitu obses dengan drama-drama Korea Selatan dan muzik Kpop.

Hanez juga mengakui sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan tersebut.

Hanez selamat bernikah dengan suami, Romie Razin Adilha Abd Jais pada 14 Mac 2015 di Masjid Putra, Putrajaya.

Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Aleesya pada 29 Disember 2015.

Sumber: mstar

IKLAN