Membuat keputusan untuk menyunatkan anak lelakinya pada awal usia mendapat pelbagai reaksi dari wargamaya.
Namun kata Dr Fitri Haris yang membuat keputusan untuk menyunatkan anak kecilnya itu pada usia dua bulan, setakat ini keadaan anaknya semakin bertambah baik malah cukup mudah diuruskan.
Melalui instagramnya, Fitri berkongsi perihal anaknya selepas tiga hari disunatkan. Dengan berkongsi sekeping gambar, wajah si comel Bilal Habibi nampak semakin ceria.
Bahkan menerusi perkongsian Fitri, pada hari kedua, luka anaknya itu sudah pun kering dan pada hari ketiga sudah boleh dipakai pampers dengan diketatkan seperti biasa. Cukup mudah.
“BILAL HABIBI setelah 3 hari Khatan/Sunat: * Merengek lepas sunat dalam 6 jam pertama sahaja pastu gone tido, susu dan macam biasa * Hari ke 2 dah kering luka * Hari ke 3 dah boleh pakai pampers macam biasa (tak perlu longgarkan sangat) * Hari ke 3 dah boleh senyum-senyum dan happy-happy * Hari ke 3 dah boleh mandi macam biasa”
Ads
Wow cukup mudah! Memang tak rugi sunatkan anak lebih awal seperti yang dilakukan oleh Dr Fitri dan isterinya.
Tidur makin lena
Malah kata Dr Fitri lagi, tidak ada sebarang kesan yang dilihat dari anak kecilnya itu malah keadaannya makin baik dan sihat selepas bersunat.
Ads
“Takde infection apa-apa sebab minum susu je kan (mudah kalau baby), tidur pun lena sangat.
“Nampak besar dan sihat badan lepas sunat juga lebih menyayangi abi (tambah sendiri),” kongsinya berseloroh.
Tidak hanya berkongsi keadaan bayinya bahkan terdahulu, Dr Fitri turut sama berkongsi pengalamannya menyunatkan anak lelakinya itu di sebuah klinik yang cukup berpengalaman.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita mahu menjadi seorang ibu atau bapa yang terbaik untuk anak-anak. Namun bila terlalu marah dengan perangai anak-anak kita pula yang menjerit dan menengkingkan anak-anak.
Biasanya lepas tengking atau marah anak, kita akan menyesal atas keterlanjurannya. Kalau sudah terpukul anak, ada juga yang bukan sahaja rasa menyesal tetapi senyap-senyap menangis kerana rasa bersalah.
Kawal emosi kita. Bimbang terlalu marah atau pukul terlalu kuat akan mencederakan emosi dan fizikal anak-anak sehingga mereka ingat sampai bila-bila.
Elakkan memukul ketika kita marah. Yang penting, mereka mesti tahu kenapa mereka dimarahi. Terangkan alasan kita.
Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki mendera anak angkatnya berusia empat tahun di sebuah pangsapuri di Ampang, Kuala Lumpur. Difahamkan kejadian ini berlaku disebabkan kanak-kanak itu membuang air besar di tilam dan tidak mahu makan
Kejadian itu turut disaksikan adik ipar lelaki terbabit yang tinggal bersama di rumah berkenaan sejak sebulan lalu sebelum melaporkan kepada polis semalam.
Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 30 tahun itu dikatakan bertindak memukul kanak-kanak lelaki itu bermula bulan lalu dan terbaru dia melakukan perbuatan itu jam 7 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita berusia 19 tahun yang juga adik ipar suspek pada mulanya bertengkar dengan kakaknya berpunca dia menegur mereka memarahi mangsa.
Menurutnya, wanita terbabit juga pernah melihat mangsa dipukul oleh suspek.
“Mangsa dijaga oleh kakak pengadu sejak berusia lima bulan yang diserah oleh seseorang yang tidak dikenali secara sukarela.
“Mangsa mengalami kecederaan di badan, kaki serta kesan luka di bahagian kemaluan dipercayai didera dengan menggunakan tangan oleh suspek. Mangsa kini mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohamad Farouk berkata, susulan itu pada jam 5 petang semalam, polis menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing negatif dadah.
“Suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 25 Oktober ini,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kebahagiaan pasangan suami isteri dan keharmonian rumah tangga terletak kepada sikap setiap pasangan bagaimana untuk mencorakkannya. Suami sebagai ketua keluarga kena faham tanggungjawab dan menyediakan nafkah walaupun tak semewah pasangan lain.
Bila lafaz ‘Aku Terima Nikahnya’ itu keluar dari mulut suami, automatik suami kena faham dan isteri pun tahu apa yang perlu dilaksanakannya. Jika di awal perkahwinan diuji dengan pelbagai dugaan itu normal.
Fasa bercinta dan berkahwin tak sama. Bagaimana kita mengawal keadaan itu penting dan ia akan membawa kebahagiaan sehingga akhir hayat dan percayalah bahagia itu akan datang dengan sendirinya.
Perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, selama 10 tahun berkahwin dia tidak pernah meminta isteri membayar bil rumah dan cuba beri ikut kemampuan. Paling penting jika ada rezeki lebih bahagiakan ibu bapa dan isteri dulu, barulah rezeki tak putus.
Sebaik lafaz akad nikah disahkan 10 tahun lalu, terus aku semat dalam hati bahawa aku kini punya amanah dan tanggungjawab besar.
Masa tu gaji kecil sahaja. Gaji diploma. Puan isteri pula gaji lebih besar. Dia degree.
Namun itu tak bermakna tanggungjawab nafkah itu aku boleh abaikan. Nafkah ini dihukumkan wajib oleh Tuhan. Bukan Perdana Menteri yang tetapkan, bukan juga hakim majistret.
Maka sejak bulan pertama perkahwinan, semuanya aku tanggung. Baik dari segi sewa rumah, belanja dapur (sebahagian), belanja hospital, pakaian, bil-bil, bahkan bil telefon peribadi dia pun aku yang bayarkan.
Jika puan isteri aku berkenan nak beli apa-apa, dia akan minta izin aku untuk beli. Biasanya dia beli sendirilah. Aku cuma bagi untuk raya. Bonus raya biasanya memang aku tak sempat rasa. Semuanya aku bagi kat dia untuk pakaiannya.
Aku punya cukuplah mana yang ada. Namun biasanya puan isteri akan hadiahkan aku baju juga untuk beraya. Kalau tak, padan baju Melayu je lah. Hihi.
Tempoh 10 tahun ini, tidak pernah sekali puan isteri aku bayar apa jua bil. Duit barang dapur pertama kali aku beri padanya cuma RM50 sahaja.
“Ini sahaja abang mampu beri untuk barang dapur. Selebihnya awak topup la ya. Nanti ada rezeki lebih, abang tambah lagi.”
“Tak apa la bang. Barang dapur tu biar saya yang urus semua,” balas puan isteri 10 tahun lepas.
“Tak boleh. Ini kewajipan abang. Wajib pada seorang suami memberi nafkah ni. Walau sedikit, sekurangnya ada. Lepas dah depan Tuhan abang nak menjawab kelak,” ujarku padanya.
Sanggup ikat perut utamakan keluarga
Puan isteri hanya mengangguk sahaja. Waktu tu, setiap kali gaji, lepas bayar segala benda baki gaji sekitar RM600 sahaja.
Dengan baki itulah aku nak survive makan minum, minyak kereta, anak-anak nak aiskrim ke, mainan ke, keluar jalan-jalan hujung minggu ke. Memang sesak yakmat.
Kadang anak minta nak beli itu ini pun aku terpaksa menolak. Dalam dada punya la rasa loser tak mampu tunaikan kehendak anak-anak ni.
Namun perangai aku, walau terdesak, walau kesempitan, aku tak pernah minta duit dengan isteri.
Aku rela berhutang dengan kawan-kawan dari minta duit isteri. Rela makan berhutang kat kantin dari minta duit isteri. Sejenis ego seorang suami.
Terharunya tengah bulan isteri pula selit duit dalam dompet
Dulu-dulu, lepas tengah bulan biasanya puan isteri akan intai-intai dompet aku waktu aku tidur. Dia tengok tinggal RM2-RM3 dalam tu, dia letak senyap-senyap RM10-RM20.
Dia tahu dah, harapkan aku minta memang takkan sesekali. Jadi gitu la cara dia bantu aku. Masukkan dalam dompet waktu aku tidur.
Esoknya pergi kerja, tengok-tengok dalam wallet ada lebih 20 ringgit. Padahal sebelum tidur ada 3 ringgit je. Terharu betul masa tu.
La ni, bila aku agak lega, bila boleh bernafas dengan agak teratur, sesekali aku akan bawa kereta puan isteri keluar. Bukan nak bawa sangat sebenarnya, aku lebih selesa naik motor ke mana-mana.
Cuma aku nak tengok minyak kereta. Kalau minyak bawah setengah, memang aku bawa ke stesen minyak dan isi penuh. Topup Touch n Go kereta pula tak pernah bakinya bawah RM50.
Biar puan isteri aku tak perlu fikir apa dah kalau pegang stereng kereta. Bawalah ke mana, minyak ada, Smart Tag dengan Touch n Go pun tersedia.
Setiap tahun ada kenaikan gaji, maka duit dapur puan isteri turut sama bertambah. Dari RM50, kini dah jadi 10x ganda.
Ada rezeki lebih gembirakan ibu bapa dan isteri dulu
Dan sesekali, sebelum aku tidur aku letak duit atas meja untuk kegunaan dia. Duit bulanan tak pernah miss, namun ini sebagai hadiah.
Dia bersiap nak keluar kerja, tengok ada nota ringkas dan duit belanja pula. Siapa tak seronok dapat hadiah ye tak?
Gitulah hidup ini. Ada masa kita sesak, ada masa kita lega. Masa sesak tu, orang terdekat juga yang bantu. Maka bila lega, kita pula bantu dan gembirakan mereka.
Bila ada rezeki lebih, bukan bermaksud kita kalut nak cari yang lain. Sebaliknya Tuhan kirim rezeki lebih pada kita supaya kita layan orang yang setia bersama kita saat sukar dan susah dengan lebih baik.
Bila ada rezeki lebih, gembirakan ibu bapa dan isteri dahulu, baru kita bantu orang lain. Itu yang sebaiknya.
Kerana tiada orang lebih ikhlas dengan kita melebihi ibu bapa dan keluarga kita sendiri. Itulah dia.
Obstructive Sleep Apnea Kanak-Kanak boleh menyebabkan anak berdengkur, tidur ternganga dan sukar bernafas ketika tidur. Ketahui simptom, punca serta kepentingan mendapatkan rawatan awal.