Orang kata kanak-kanak jujur dan tak pandai menipu. Menurut Pakar Psikiatri Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Khadijah Hasanah Abang Abdullah dalam perkongsian Harian Metro bertarikh 15 April 2020, menjelaskan perlakuan itu sesuatu yang normal apabila kanak-kanak itu menginjak usia dua hingga tiga tahun.

“Sebenarnya seawal usia dua tahun mereka sudah mempunyai keupayaan menipu kerana ia berkait rapat dengan perkembangan kognitif terutama fungsi eksekutif otak iaitu menyusun, mengatur dan merancang.”

Apa pula punca anak memilih untuk menipu? Ikuti perkongsian daripada penulis keibubapaan ini.

Hati-Hati Dengan Respon Yang Kita Beri Pada Anak. Jangan Sampai Develop Sifat ‘Menipu’ Pada Anak

Pesan-pesan kat pasangan kita. Jangan menghukum teruk sangat kalau anak dah terbuat silap.

Semalam anak-anak saya pakat meraung sekali. Dramatik betul meraung, macam kena tinggal kat tepi jalan. Puncanya, Aqlan tersepak tab suami saya. Dan skrin tab tu tercabut. Nasib baik melayang atas karpet.

Skrin tab tu dah lama dah longgar. Memang kebetulan sangatlah waktu tu pulak dia nak tercerai dari badan. Sambil meraung, anak sulung saya bagi idea,

“Mama tolong jangan bagitau ayah. Ammar takut ayah marah. Mama ambik duit Ammar ni. Tolong repair. Tapi kan lambat, Tolong Ammar glue-gun kan. Lepas tu jangan bagitau ayah.”

Saya tahan nak tergelak. Cantik dia plan. Barai la tab tu kalau glue-gun nak oi. Saya cakap dalam hati je la tapi. Nasib baiklah anak mengadu kat saya.
Kalau dengan saya pun dia takut nak mengadu, mau tab tu jadi bahan ujikaji kena glue-gun dek 2 beradik ni.

Saya pernah jadi budak-budak. Saya tau macam mana takutnya rasa bila buat salah. Pengalaman kena marah tu, buat ‘kreativiti’ kita sebagai kanak-kanak menjadi-jadi. Dan kreativiti itu jugalah menjadi pencetus, bermulanya keberanian anak-anak kecil untuk menipu.

IKLAN

Jadi, hati-hati dengan statement

‘kanak-kanak tak reti menipu’. Kerana mereka juga manusia. Otak mereka juga beradaptasi untuk survival.

Hati-hati dengan respon yang kita beri pada anak. Jangan sampai develop sifat ‘menipu’ pada anak

Tiga sebab anak menipu :

1) UNTUK DIRI DILIHAT HEBAT

Anak yang dapat pengiktirafan dan perhatian berlebihan ketika mereka dilihat hebatakan belajar untuk menipu lagi di masa akan datang untuk dapatkan lebih pengiktirafan dan perhatian.

2) UNTUK MELINDUNGI DIRI

IKLAN

Perasaan takut kena marah dan dihukum mengaktifkan respon survival anak. Menjadikan mereka kreatif menipu demi menutup salah.

Lagi mudah kita menghukum kesilapan anak, lagi kreatif anak develop penipuan mereka.

3) BERCAKAP SEBELUM BERFIKIR

Boleh jadi juga, mereka tak niat pun nak menipu. Tapi, sebab mulut ‘bekerja’ lebih laju dari otak, benda tak betul pun boleh terlepas dari mulut.

Sebab tu kita mak ayah perlu lebih bersikap terbuka dengan kesilapan yang anak lakukan. Beri nasihat dan beri peluang pada anak untuk belajar dari kesilapan.

Elakkan terlalu overreact. Lebih-lebih lagi kalau tak nampak di depan mata. Bersikap neutral lebih baik dan mendidik.

IKLAN

Kita sebagai mak ayah pun, kena biasakan mengaku silap dan meminta maaf bila buat salah. Supaya anak belajar, tak perlu menipu pun kalau buat salah.
Cuma minta maaf, dan usaha betulkan keadaan.

Petang tu, bila suami saya pulang, Aqlan dengan gentle confront depan ayah. Dia cerita apa yang jadi dari A sampai Z. Mata layu, nampak berat dengan rasa bersalah.

Habis bercerita, dia tunggu respon dari suami saya. Seolah redho kalau kena marah. Syukur alhamdulillah, disebabkan dia jujur dan minta maaf, suami saya tenang menerima. Dan nasihat untuk lebih berhati-hati. Siap dapat pujian lagi. Sebab berlaku jujur dan mengaku silap.

Kredit: Wawa Shauqi

Hati-Hati Dengan Respon Yang Kita Beri Pada Anak. Jangan Sampai Develop Sifat ‘Menipu’ Pada Anak

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Hati-Hati Dengan Respon Yang Kita Beri Pada Anak. Jangan Sampai Develop Sifat ‘Menipu’ Pada Anak

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI