Trend ibu-ibu menggunakan EO bukanlah perkara baru. Sejak dulu lagi kita telah menggunakan camphor, eucalyptus dalam minyak sapuan.
Namun, beberapa laporan menunjukkan sesetengah kandungan EO mampu mengganggu hormon.Pati lavender dan tea tree (melaleuca) telah dikesan mengaruh reseptor estrogen. Ia disedari kerana terdapat beberapa kes kanak-kanak lelaki mempunyai pembesaran payudara (gynecomastia) setelah penggunaannya.
Beberapa kompaun dalam frankincense mengganggu perkembangan sperma. Kompaun seperti eugenol dan chavicol dalam pati tumbuhan madhuca, Ocimum (sekadar beberapa contoh) mengganggu fungsi testosterone lelaki.
Anda mungkin merasakan penggunaan EO lebih natural, jadi ia selamat. Ia pandangan yang SALAH.
Terdapat pelbagai molekul kimia dalam tumbuhan dan sumber natural.
Gunalah berpada-pada. Jangan setiap ketika, setiap hari, setiap batuk bersin tersedu pun cari EO.
Posadzki P, Alotaibi A, Ernst E. Adverse effects of aromatherapy: a systematic review of case reports and case series. International Journal of Risk & Safety in Medicine. 2012 Jan 1;24(3):147-61.
Akunna G, Saalu L, Ogunlade B, Enye L. Spermatotoxicity in animal models exposed to fragrance components. J Med Sci 2014;14(1).
Ahmed M, Al-Daghri N, Alokail MS, Hussain T. Potential changes in rat spermatogenesis and sperm parameters after inhalation of Boswellia papyrifera and Boswellia carterii incense. Int J Environ Res Public Health 2013;10(3):830–4
Jadhav MV, Sharma RC, Mansee R, Gangawane AK. Effect of Cinnamomum camphora on human sperm motility and sperm viability. J Clin Res Lett 2010;1(1):1–10.
Henley, Derek V., et al. “Prepubertal gynecomastia linked to lavender and tea tree oils.” New England Journal of Medicine 356.5 (2007): 479-485.
Rattan, Kamal Nain, et al. “Idiopathic Unilateral Gynaecomastia in Prepubertal Age: A Rare Presentation and Review of Literature.” Journal of Clinical & Diagnostic Research 12.1 (2018).
Diaz A, Luque L, Badar Z, Kornic S, Danon M. Prepubertal gynecomastia and chronic lavender exposure: report of three cases. Journal of Pediatric Endocrinology and Metabolism. 2016 Jan 1;29(1):103-7.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang kata bila anak ada ekzema ibu bapa kena jadi sedikit cerewet. Bukan apa kalau tak dijaga betul-betul boleh jadi masalah ekzema anak itu semakin teruk dan menambahkan ketidakselesaan pada anak.
Oleh itu, sebagai ibu bapa pastikan bahan ini tiada dalam makanan anak!
Ini juga yang dikongsikan oleh Dr Amalina Mohd Daud mengenai kenapa ibu bapa kena elakkan makanan yang ada kandungan ini.
Sejak dah jadi mak-mak ni memang jadi habit bila beli makanan mulalah meneliti bahan-bahan apa guna untuk buat ramuan. Simple guide: Kalau ada bahan yang susah eja susah baca biasa memang saya elakkan.
Namun untuk penghidap ekzema, ada beberapa bahan yg mesti dielakkan supaya tak trigger flare eczema. Kalau tak elak, dalam masa 3 jam lepas makan mulalah ruam naik.
Ada yang datang dengan simptom lain seperti pening, migraine, mudah marah, rasa nak demam, masalah kelakuan. Ni memang anak yg takde ekzema pun kalau lepas beri makanan begini akan hadapi masalah kat atas.
1. Nitrates
Nitrate adalah bahan yang diguna utk preserve daging macam sosej, ham dan bacon. Menurut kajian dari Loblay, 43 peratus penghidap ekzema alah dengan nitrate.
Nitrate pun untuk yang takde ekzema kena elak sebabnya adalah punca penyebab kanser dan kerosakan hati. So lepas ni burger, sosej, ham elakkan ye.
2. Pewarna makanan
Kalau nampak makanan warna pelik-pelik elakkan. Tatrazine menyebabkan ekzema makin teruk. Bukan itu sahaja pewarna makanan mengikut kajian sebabkan anak ada masalah kelakuan dan rendah IQ.
Kalau makanan biasa juga kerapkan baca label sebab ada pewarna diletakkan juga dalam cereal, breakfast cereal, butter, yoghurt, jejari ikan etc. Walaupun warna dia nampak natural kena hati-hati jugak sebab ada diletakkan pewarna.
3. Sulfites
Bahan yg digunakan utk preserve daging, buah kering dan sayuran kering. Walaupun buah kering di pasaran dikira sebagai healthy snack tp ia kaya dgn sulfites dan boleh trigger eczema dan terukkan lagi eczema sedia ada. Elakkan buah-buah dan sayur-sayur kering yang dipreserve dengan sulfites.
4. MSG
35 peratus org eczema alah dengan MSG samaada secara natural (tomato) atau artificial. MSG jugak menyebabkan penuaan sebab mengurangkan kandungan glutathione dalam badan.
5. Salicylates
Salicylates merupakan bahan yg selalu ada dalam buah, sayuran, kekacang, herba. Biasanya alahan pada salicylates bersifat sementara disebabkan ketidakupayaan hati untuk detox, salicylates keluar dari badan.
Jika anda alahan pada salicylates kurangkan makanan yg mengandungi salicylates. Pada masa yg sama improve kesihatan hati dengan mengambil makanan yang mengandungi glycine, vit B6 dan magnesium.
Saya rasa bukan orang eczema je perlu elakkan makanan yg mengandungi bahan kat atas tapi semua manusia kena elak. Ia bukan isu kulit merah tapi makanan sebegini juga menyebabkan masalah kelakuan, masalah IQ dan paling ditakuti antara makanan penyebab kanser.
Seeloknya ubahlah diet kita. Badan nak pakai lama kan. Saya pun nak kena ubah jugak banyak ni. Jom sama-sama ubah.
Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah selamanya. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak sakit. Tapi apakan daya jika Allah bagi ujian itu, maknanya dia tahu kita boleh laluinya walaupun agak berat.
Namun sebagai seorang ibu, mana sanggup lihat anak yang dikandungnya selama 9 bulan sakit dan terlantar tidak seperti kanak-kanak lain yang boleh berlari dan bermain dengan gembira.
Perkongsian dari seorang ibu di Facebook Qaseh Aisy, mengenai anaknya yang mesra dipanggil Harith ini pastinya akan menyentuh hati sesiapa saja apabila anak sulungnya kini hanya mampu terlantar dan bergantung pada bantuan mesin.
Maafkan mama
Andai aku diberi peluang akan mama belikan semua keperluan Harith dengan usaha mama sendiri. Tapi maafkan mama, tak kesemua mesin harith harganya ratus-ratus.
Sunction mesin 8 biji dah meletup, mesin infusion pump dah yang kedua. Semuanya harga ribu-ribu. Siapa cakap semuanya mudah untuk mama telan seorang. Tapi mana masih tak mampu nak belikan kerusi roda dengan tilam khas untuk Harith.
Jangan risau sayang
Tak apa, jangan risau tau sayang. InsyaAllah makin yakin rezeki Allah tu pasti ada tau. Mama akan usaha. Jangan tanya kenapa tak minta bantuan kerusi roda. Minta dah berpuluh kali bila sampai surat tak layak.
Jangan ditanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kami memang tak layak. Hanya zakat sahaja kami dapat RM300 sebulan.
Yakin bantuan Allah
Mama jenis bukan suka meminta-minta untuk keperluan Harith. Selagi mama mampu usaha untuk anak-anak mama, InsyaAllah mama yakin Allah pasti akan bantu.
Sekarang Harith duduk atas sofa dulu ye sayang. Nanti mama ada duit yang cukup untuk Harith mama akan belikan untuk Harith. Mama sayang Harith dunia akhirat mama, sayang mama tidak akan pernah habis untuk Harith.
Apabila bayi jatuh katil, pasti anda jadi kelam-kabut, adakalanya sampai tidak tahu nak buat apa, bukan? Ini 5 langkah penjagaan yang perlu anda lakukan.
Alamak! Bayi jatuh katil
Pastinya hati seorang ibu (dan bapa) akan berasa kasihan apabila bayi terjatuh dari katil, kerusi mahupun sebarang tempat tinggi. Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan bayi tidur bersama ibu bapanya. Keadaan ini berbeza dengan negara luar yang kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi.
Jadi, isu bayi jatuh katil, khususnya katil dewasa adalah perkara yang sering berlaku. Sama ada anda melihat dengan sendiri si manja terjatuh dan bergegas cuba menyelamatkan mereka, atau hanya sedar selepas dengar bunyi terjatuh, ia sudah tentu membuatkan anda rasa bersalah.
Dalam keadaan panik, persoalan paling utama akan menerjah fikiran anda, “Apa yang perlu anda lakukan?”
Bayi jatuh katil, ini 5 langkah penjagaan ibu perlu buat
Terjatuh dari katil dewasa bukan sahaja boleh menjejaskan keadaan si manja akibat hentakan ke lantai, namun wujud risiko bahaya lain. Bayi anda mungkin terjatuh ke atas barang-barang seperti timbunan pakaian atau beg plastik.
Sekiranya si manja terjatuh dari katil, lakukan langkah penjagaan ini dengan segera:
#1. Angkat dengan segera
Jatuh sudah tentu akan memberi impak sakit kepada individu yang mengalaminya, tanpa mengira usia. Apabila si manja jatuh, mereka pastinya akan terkejut dan menangis. Tambah mengejutkan bayi jika anda turut menjerit saat melihat mereka terjatuh.
Jadi perkara paling penting untuk anda lakukan adalah segera angkat dan mendukung mereka. Berikan kucupan dan usaplah badan si manja untuk membantu menenangkan diri mereka.
#2. Periksa badan
Apabila keadaan bayi jatuh katil sudah tenang, anda disarankan untuk memeriksa bahagian kepala dan badan si manja. Ini bagi melihat jika terdapat sebarang kecederaan, benjolan, pendarahan, luka atau calar.
Jangan pula anda terus memeriksa badan si manja saat mereka masih lagi menangis, atau ia hanya menjadi kerja yang sia-sia kerana anda akan berdepan kesukaran untuk melakukannya.
Sekiranya terdapat benjolan, anda boleh cuba untuk merawatnya dengan merendamkan sehelai kain bersih dengan air suam dan dituamkan di bahagian tersebut. Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang minyak atau krim, kerana wujud risiko untuk si manja mengalami kerengsaan kulit.
Jika terdapat luka berdarah, lap dan tekankan bahagian tersebut dengan kain bersih selama 10 minit. Sekiranya pendarahan berterusan dan tidak berhenti, sila bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
#3. Berikan susu
Seandainya anda berjaya melakukan langkah penjagaan #1 dan #2 dengan baik tanpa sebarang masalah, anda boleh menyusukan si manja, sama ada susu badan mahupun susu formula.
Dalam keadaan yang kenyang selepas menyusu, ia akan memudahkan proses untuk bayi tidur kembali.
#4. Kenal pasti tanda bahaya
Walaupun bayi anda mungkin sudah berhenti merengek dan menangis serta berjaya ditidurkan kembali, namun anda masih perlu berwaspada. Kenal pasti tanda-tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi selepas terjatuh dari katil seperti:
Bertenang dan segera bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.
#5. Hindari aktiviti lasak
Dalam keadaan yang tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil, mereka mungkin akan cenderung mengantuk dan kurang daya tumpuan.Terdapat kemungkinan juga wujud kesakitan pada bahagian kepala atau leher yang berterusan untuk tempoh masa beberapa hari.
Anda mungkin tidak perlu bimbang dengan keadaan itu jika si manja masih aktif seperti biasa. Tetapi pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi. Buat seketika, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak.
Jika mereka mengalami perubahan pada pola tidur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar kanak-kanak.
Tingkatkan langkah pencegahan
Bayi jatuh katil bukanlah 1 perkara yang menggembirakan. Tetapi apabila ia berlaku, pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran anda untuk mencegah perkara ini daripada berulang, bukan?
Dalam apa jua keadaan, seorang bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, tidak sepatutnya dibiarkan sendirian di atas katil dewasa tanpa pemantauan. Selain berdepan risiko terjatuh dari katil, mereka juga mungkin boleh terhantuk dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.
Pemeriksaan doktor
Bertindak segera dan sentiasa memantau keadaan si manja – ini dapat mengurangkan kesan risiko akibat bayi jatuh katil. Anda mungkin perlu memerhatikan perkembangan bayi untuk tempoh beberapa bulan bagi memastikan kesan jangka panjang daripada kecederaan otak tidak berlaku.
Jika wujud kebimbangan dan keraguan mengenai keadaan si manja, rujuklah doktor bagi mendapatkan kepastian.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!