Biasanya anak sulung, dia lebih cemburu dengan kehadiran adik baru. Namun berbeza pula dengan anak pelakon Eyra Hazali, Hayder Qhalish yang begitu penyayang terhadap adiknya, Muhammad Endra Haqimie yang dilahirkan pada 29 April lalu.

“Hayder Je Boleh Pegang..” Comel Gelagat Anak Sulung Eyra, Marah Ambil Adiknya

Gelagat comel abang Hayder mencuri perhatian ramai kerana orang lain tak boleh ambil baby. Terbaru menerusi instagram hes.journal, Hayder dilihat sedang meriba adiknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HNxEH (@hes.journal)

Namun, apa yang menarik perhatian ialah Hayder dilihat seakan tak puas hati dan kata ‘NO’ tiap kali orang nak ambil Endra.

“Hayder Je Boleh Pegang..” Comel Gelagat Anak Sulung Eyra, Marah Ambil AdiknyaSeolah-olah enggan melepaskan adik apabila orang lain ambil. Malah yang comelnya Hayder siap merajuk dan menangis semata-mata nak meriba Endra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Melalui perkongsian tersebut, ramai yang memuji Hayder dan sesuailah dia jadi abang long untuk adik.

“Sayang seorang abang dengan adiknya”

“Hayder Je Boleh Pegang..” Comel Gelagat Anak Sulung Eyra, Marah Ambil Adiknya

“Comelnya abang dia jaga adik”

“Hehehee comel lah abang Hayder ni and semoga menjadi seorang abang yang penyayang.”

IKLAN

Tip Tak Mahu Anak Buat Perangai Bila Dapat Adik Baru

Pa&Ma kongsikan pada ibu bapa bagaimana untuk ‘tackle’ hati anak bila tahu dia akan dapat adik baru. Semoga perkongsian ini bermanfaat!

1) seboleh-bolehnya, si ayah cuba untuk ambil cuti paling kurang seminggu lepas baby baru dilahirkan. Jangan biarkan ibu sorang yang handle situasi ni. Lagi-lagi badan tengah lemah sebab baru lepas bersalin.

So, ayah kena banyak duduk dan setelkan anak sulung. Dari segi keperluan dia, emosi dia. Biar perhatian ayah 100% diberikan pada anak sulung.

2) Banyakkan atau kerap peluk, belai dan cium anak sulung. Ini cara yang efektif untuk legakan emosi anak.

IKLAN

Dengan pelukan mampu tenteramkan perasaan dia, boleh terus create bonding atau attachment kita dengan dia sama macam sebelum dia dapat adik baru.

Pelukan yang erat pada anak memang satu signal kata kita tetap sayangkan dia walau dia dah dapat adik baru

3) Elakkan dari marah dan marah anak. Setiap perbuatan nakal atau tantrum dia sebenarnya hanya untuk tarik perhatian kita pada dia.

Dia tahu hanya dengan cara macam tu, baru kita bagi perhatian pada dia. Dia tak kisah kalau kena marah sekalipun. Janji kita tengok dia.

Sebab tu lagi kita tegur atau marah, lagi galak dia buat perangai. So, kita kena cuba jadi cool. Kalau boleh ignore atau buat tak nampak dengan kenakalan dia, kita buat je tak nampak.

IKLAN

Kalau tak terkawal juga, guna cara yang zaty share pagi semalam. Doa je kuat-kuat kat depan dia. InshaaAllah menjadi.

4) selalu kenalkan anak sulung dengan adik baru dia. Selalu cakap yang adik baru dia akan jadi kawan dia bila dah besar nanti.

Selalu bagitahu anak sulung yang kita sayang kedua-dua/semua anak-anak kita. Cerita kat anak sulung yang kita terpaksa layan adik baru sebab baby masih kecil dan perlukan kita untuk menyusu, tukar diapers dan sebagainya.

Sumber: Instagram hes.journal ; Eyra Hazali

Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

“Hayder Je Boleh Pegang..” Comel Gelagat Anak Sulung Eyra, Marah Ambil Adiknya

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI