Sepanjang hamil dan melahirkan anak ini, tiada langsung kelainan. Proses tumbesaran juga normal ketika bayi.
Dilahirkan pada minggu ke-38 menerusi indius berat anak kecil ini ialah 2.3kg. Anak sulung keluarga ini dinamakan Muhammad Faris Fakhri atau lebih mesra dengan panggilan Along.
TUMBESARAN TIDAK SEPERTI YANG SEPATUTNYA
Ibunya, Fazlina Isahak berkata kelainan berlaku apabila anak kecil ini tidak menunjukkan tumbesaran seperti sepatutnya. “Apabila makin membesar perkembangannya tidak mengikut seperti yang sepatutnya. Lebih kurang setahun sebulan tukar klinik, pindah tempat lain, nurse tengok perkembangan tak sama. Faris terus kena refer pakar,” kata Fazlina.
Ads
Setelah dua hingga tiga kali berjumpa pakar, doktor meminta kami membawa Faris menjalani fisioterapi dan cara kerja dari umur 1 tahun 3 bulan hingga sekarang. Selain itu, Faris juga perlu jumpa pakar kanak, rehab dan pakar tulang.
BAHAGIAN HADAPAN KEPALA TIDAK BERCANTUM
Setelah dua kali melakukan MRI, didapati bahagian hadapan kepala Faris terbuka sikit, tidak tertutup sepenuhnya. Ini adalah punca Faris tidak seperti kanak-kanak yang lain. “Saya seolah-olah tidak percaya & sukar nak terima kenyataan sebab nampak anak normal. Suami pun sama, rasa anak normal macam anak-anak lain. Sampai sekarang dia anggap macam tu,” kata Fazlina.
Ads
KEDUA BELAH KAKI & TANGAN KIRI LEMAH
Kini pada usia 6 tahun, Faris membesar dengan sihat, cuma kedua-dua belah kaki & tangan kirinya agak lemah. Perkembangannyadi sekolah sangat baik sehingga gurunya mencadangkan anak kecil ini bersekolah di aliran perdana.
Antara bentuk terapi yang diperolehinya Faris ialah fisioterapi 2kali sebulan/ sebulan sekali & terapi cara kerja di Hospital Taiping dan turut melakukan ururan tradisional di kampung.
Sudah menjadi rutin harian Fazlina untuk menguruskan Faris dengan mendukung/ mengangkat ke mana-mana. JIka di luar rumah, kerusi roda akan digunakan. Faris juga perlu dimandikan, dipakaikan pakaian.
Fazlina juga akan memantau Faris makan kerana Faris boleh makan sendiri dengan sebelah tangan. Setiap hari juga dia akan membuat terapi, mengajar Faris membaca Al-Quran, melukis dan mewarna.
Ads
Menjadi positif itu tidak mudah. “Masa awal mengetahui Faris disahkan Cerebral Palsy, masa nak buat kad oku dan mendapatkan kerusi roda untuk Faris, kami masih tidak percaya kerana menganggap Faris anak yang normal, cuma tak boleh jalan sahaja.
“Namun apabila mendapatkan rawatan di hospital jumpa pakar, kami agak terkejut jumpa banyak lagi anak-anak istiwewa lagi ‘teruk’ keadaan.
“Masa tu rasa bersyukur dengan keadaan anak, sihat, boleh bercakap. Sekurang-kurangnya dia boleh bagi tahu sakit ke apa-apa berbanding dengan anak-anak lain yang terbaring dan tidak boleh bercakap,” kata Fazlina kepada Pa&Ma bagaimana dia menjadi positif. Katanya lagi, sokongan daripada ahli keluarga dan orang di sekeliling amat membantu memberikan semangat untuk terus mendidik dan memberikan yang terbaik buat Faris.
Menurut Amyra Rosli melihat Aqeef Anaqi membesar dengan sempurna satu kepuasan buatnya dengan Amar Baharin. Lagi-lagi bila hero kecilnya ini dah pandai macam-macam dan banyak akal.
Menerusi perkongsian Amar di instagramnya kebetulan tahun ini sambutan hari lahir Aqeef Anaqi jatuh ketika mereka sedang mengerjakan umrah. Alang-alang dah ada di sana terus membawa Anaqi masuk melawat makam Rasulullah.
Rezeki Anaqi, dipermudahkan masuk ke kawasan Raudah
Menurut Amar, dia percaya bahawa rezeki anaknya membuat perjalanan menuju ke kawasan Raudah dipermudahkan. Baginya, itulah hadiah yang paling terindah.
“Alhamdulillah mendapat syafaat bila birthday boy Aqeef Anaqi bersama-sama jemaah lain dengan mudah memasuki kawasan Raudah. Rezeki Anaqi syukur alhamdulillah…”
“MasyaAllah bertuahnya Anaqi kecil-kecil dah pergi rumah Allah. Suci sangat muka..”
Ruangan komen Amyra dan Amar semuanya penuh dengan ucapan selamat hari jadi dan juga doa, agar Anaqi membesar menjadi anak yang soleh serta taat kepada ibu bapa.
Sumber: Amyra Rosli & Amar Baharin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi yang sedang membesar memang mudah dijangkiti penyakit. Namun ada antara penyakit yang dialami tidaklah terlalu merbahaya. Walaubagaimanapun sebagai ibu bapa adalah penting untuk sentiasa menjaga kesihatan si kecil yang mana imunitinya masih lagi sedang berkembang.
Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam satu perkongsiannya di Facebook menjawab persoalan dari seorang ibu tentang masalah mata bayi berumur yang sering berair seperti menangis.
Menurut Dr Zubaidi selalunya perkara ini bukanlan sesuatu yang membimbangkan kerana kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini akan sembuh selepas berumur setahun. Ikuti penjelasan lanjut mengenai masalah ini yang diterangkan secara jelas untuk makluman para ibu dan ayah.
MASALAH MATA ANAK BERAIR SEPERTI MENANGIS
“Assalamu’alaikum. Dr. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan ini. Saya merupakan seorang ibu pada seorang anak perempuan. Alhamdulillah sekarang umur anak saya hampir mencecah 8 bulan.
Saya ada satu soalan yang ingin ditanya kepada doktor. Sudilah sekiranya doktor berkongsi pengetahuan bagi soalan saya. Untuk pengetahuan doktor, mata anak saya sering mengeluarkan cecair seperti (menangis). Ia berlaku sejak dari kecil iaitu selepas kelahiran. Pada mulanya saya fikir ia hanya perkara biasa dek kerana cuaca sejuk di Jordan ketika itu. Sehingga kini ia masih lagi berair walaupun umurnya sudah hampir 8 bulan.
Sebagai seorang ibu, sudah pasti ia menjadi satu kebimbangan buat saya. Saya sudah berkali tanya kepada beberapa orang doktor berkaitan perkara ini. Jawapan yang sayaterima adalah kerana saluran air mata anak saya kecil menyebabkan air mata tidak dapat mengalir dengan baik lalu keluar menjadi titisan air mata.
Saya juga ada terbaca artikel doktor berkaitan perkara ini. Alhamdulillah saya berasa tenang. Cuma saya ingin tahu. Adakah saluran mata anak saya akan kembali normal seperti biasa seiring pertambahan umurnya? Bagaimana dengan penyakit retinoblastoma? Adakah ia boleh dikesan dari awal? Terima kasih doktor.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Terima kasih kerana puan menulis kepada saya. Saya memahami kerisauan puan. Semoga dengan penerangan saya dapat membantu meredakan kerisauan puan.
Sebagai seorang ibu sudah tentu masalah pada anak menyebabkan hati menjadi risau. Apatah lagi mungkin masalah ini mungkin disebabkan oleh sesuatu yang lebih bahaya,seperti kanser yang selalunya boleh meragut nyawa.
Sumbatan pada saluran air mata
Namun walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan bahawa mata anak puan yang sering mengeluarkan cecair seperti menangis itu, berkemungkinan besar hanya disebabkan oleh sumbatan pada saluran air mata beliau. Ia bukanlah sesuatu masalah yang serius. Ia berlaku pada sebilangan kecil bayi dan keadaannya akan bertambah baik apabila mereka semakin membesar.
Untuk pengetahuan puan, mata kita sentiasa dibasahi oleh cecair bagi mengelakkan ia menjadi kering. Cecair yang banyak dan melimpah, terutama apabila kita bersedih atau kesakitan, disebut sebagai airmata.
Pada kebiasaannya air mata akan mengalir masuk ke dalam saluran airmata (lacrimal duct atau tear duct), selepas ia dikeluarkan dari kelenjar airmata (tear gland). Ia akan masuk melalui dua bukaan (puncta) yang berada di kelopak mata sebelah atas dan kelopak mata sebelah bawah, berhampiran dengan hidung.
Bukaan ini menghubungkan dengan saluran airmata melalui saluran yang kecil, dinamakan canaliculi. Jika berlaku sumbatan sama ada pada puncta, atau canaliculi atau tear duct, air mata tidak dapat disalurkan keluar ke dalam hidung, menyebabkan ia melimpah sebagai airmata.
Selain dari sumbatan pada saluran airmata, limpahan tersebut mungkin disebabkan oleh:
1. Kecacatan pada sistem saliran air mata, sama bukaan (puncta), canaliculi, atau saluran airmata. Kebiasaannya kecacatan berlaku apabila tiada bukaan, sama ada pada kelopak mata yang atas atau kelopak mata yang bawah atau kedua-duannya. 2. Jangkitan kuman pada saluran airmata. 3. Lebihan tulang yang menghalang saluran air mata akibat kecederaan trauma
Sembuh selepas bayi berumur setahun
Selalunya ia bukanlan sesuatu yang membimbangkan kerana kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini akan sembuh selepas berumur setahun. Tiada lagi limpahan air mata kerana apabila mereka membesar, saluran air mata tersebut itu juga akan membesar, memudahkan air mata mengalir masuk ke dalam saluran tersebut.
Bagi sesetengah kanak-kanak, limphan air mata adalah minima, tetapi ada juga limpahan airmata terlalu banyak sehingga membasahi bulu mata, dan pipi. Ia dapat dilihat terutamanya apabila bayi itu baru dilahirkan sehingga umurnya berusia sebulan.
Oleh itu saya mencadangkan agar puan membawa anak puan untuk pemeriksaan doctorpakar mata jika masalah ini berlangsung selepas berumur setahun. Ini bagi memastikan masalah ini bukan disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti masalah penyakit glaucoma yang lebih berbahaya.
Kadang-kala ia boleh menyebabkan jangkitan kuman, sehingga kelopak airmata menjadi merah dan melekat antara satu sama lain, sehingga terdapat lendiran berwarna kuning kehijauan. Keadaan ini dnamakan “dacryocystitis” apabila jangkitan kuman berlaku pada keseluruhan saluaran airmata.
Faktor penyebab
Limpahan airmata ini boleh berlaku sesekali. Oleh itu ibubapa mengadu keadaan ini kadang-kala telah sembuh tetapi berulang-ulang. Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman saluran pernafsan seperti jangkitan kuman pada hidung dan tekak, yangmenyebabkan lebih banyak lendiran yang keluar di dalam hidung, menghalangkan cecair dari mata masuk ke dalam hidung.
Banyak cara rawatan yang boleh membantu mengurangkan masalah ini, antaranya rawatan ‘mengurut saluran air mata’. Caranya ialah dengan menekan perlahan-lahan bahagian hidung bagi membantu saluran ini lebih membuka dan memudahkan aliran airmata.
Jika ia tidak berkesan, mungkin rawatan yang lebih agresif boleh dilakukan oleh doctor mata bagi membuka bukaan dan saluran airmata.
Selain dari masalah sistem saluran airmata, limpahan air mata boleh disebabkan oleh lagi masalah penyakit yang lebih serius iaitu penyakit glaucoma di kalangan kanak-kanak dan kanser mata (retinoblastoma).
Glaucoma
Glaucoma adalah penyakit yang menyebabkan kerosakan saraf mata (optic nerve) apabila terdapat tekanan yang tinggi di dalam mata, menekan saraf mata sehingga menyebabkan tisu pada saraf mata menjadi rosak dan akhirnya menyebabkan kebutaan. Masalah glaucoma ini selalunya berlaku pada orang dewasa, namun ia boleh berlaku pada bayi dan kanak-kanak juga.
Glaucoma juga menyebabkan bayi atau kanak-kanak mengalami ‘limpahan air mata’ sehingga kelihatan seperti menangis, tetapi jika tiada limphan air mata ini, tidak bermakna kanak-kanak itu tidak mengalami penyakit glaucoma. Maknanya ‘limpahan air mata’ bukanlah suatu ciri utama bagi penyakit ini. Selain dari itu kanak-kanak ini sangat sensitif terhadap pancaran cahaya dan mereka cuba mengelakkan diri dari melihat cahaya yang terang. Pada bahagian permukaan mata (cornea) juga kelihatan berwarna kelabu dan tidak seperti permukaan mata yang normal.
Selalunya doctor mata akan memeriksa tekanan pada dalam mata (intraocular pressure)dan tekanan ini sangat tinggi. Doktor juga akan memeriksa bahagian dalam mata untuk melihat masalah pada saraf mata (optic nerve). Selalunya dilakukan setelah bayi atau kanak-kanak ini diberikan bius pengsan (general anesthesia) agar mereka tidak berasa takut dan bergerak ketika pemeriksaan dlakukan.
Retinoblastoma pula adalah kanser mata yang berlaku pada permukaan retina. Ia bermula semasa dalam rahem lagi apabila berlaku proses mutasi pada DNA di sel-sel retina. Tanda-tanda awal bagi penyakit kanser ini ialah terdapat warna putih pada anak mata (seperti mata kucing) apabila disuluh dengan lampu suluh. Mata juga akan kelihatan seperti juling dan bila kanser semakin membesar, mata akan menjadi merah.
Jika retinoblastoma tidak dirawat, ia akan membesar dan memenuhi ruang dalam mata. Apabila ia menyumbat saluran cecair dalam mata, ia menyebabkan tekanan dalam mata (intraocular pressure) akan meningkat sehingga menyebabkan rasa sakit dan kebutaan.
Retinolastoma boleh merebak ke bahagian lain seperti kelopak mata, dan tulang mata. Malah ia boleh merebak jauh pada organ lain seperti paru-paru, hati dan tulang belakang. Namun retinoblastoma adalah penyakit kanser mata yang jarang berlaku pada bayi dan kanak-kanak.
Oleh itu saya mencadangkan puan membawa anak puan untuk pemeriksaan mata oleh doctor pakar mata setelah beliau berumur setahun, jika puan masih berasa risau dengan keadaan mata anak puan. Puan boleh terus membawa anak puan tanpa menunggu umurnya setahun jika puan mendapati keadaan mata anak puan bertambah teruk atau ada tanda-tanda seperti mana yang saya sebutkan tadi.
Seperti yang disarankan oleh Dr Zubaidi, jika ini yang berlaku kepada bayi anda, sebaiknya membawa mereka untuk melakukan pemeriksaan mata jika bayi sudahpun berumur setahun. Namun jika keadaan mata anak semakin teruk, dapatkan segera rawatan daripada doktor pakar.
Pelakon, Nazrief Nazri belum bersedia untuk mendedahkan nama dan wajah anaknya walaupun sudah 2 bulan menimang cahaya mata.
“Sudah dua bulan isteri bersalin. Saya pun baru selesai mendaftarkan nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Buat masa ini kami hanya kongsi nickname anak iaitu Noah A.
“Orang pun tak tahu nama penuh anak kami… Cukuplah kami panggil baby Noah di laman sosial.
Menurutnya lagi, dia dan isteri bukan hanya menjaga privasi keluarga malah keluarga jugak menasihati agar tidak mendedahkan nama penuh anak untuk mengelak dari terkena penyakit Ain.
“Sebenarnya saya dengan isteri adalah orang yang sangat menjaga privasi tapi kita sedar sebagai public figure, beberapa perkara berkongsi juga dengan pengikut.
“Sebenarnya keluarga tak bagi dedah nama penuh anak sebab takut macam-macam orang boleh buat (benda tak baik)
“Salah satu sebab kami nak elakkan penyakit ain dan perkara-perkara tak elok dekat babt.
“Itulah sebabnya kami guna nickname dekat baby, bukan saja-saja nak rahsia nama tau!
Nazrief menimang cahaya mata sulung setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama isteri, Aizatul Aqma Hamdan.
Cahaya mata sulung lelaki mereka dilahirkan pada 19 Julai lalu disebuah pusat perubatan di Putrajaya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)