Suami isteri mana yang tak teruja menanti kelahiran anak pertama. Begitu juga bagi Anzalna Nasir dan suaminya yang bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka tidak lama lagi.
Teruja dengan kelahiran ini, aktres cantik ini sudahpun mempersiapkan sebuah bilik tidur yang baru dihias indah. Anzalna menerusi instagramnya berkongsi foto bilik tidur yang baru siap dihias buat anak lelakinya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“His room is ready!” tulisnya ringkas di instagram.
Setiap sudut ruangnya dihias indah dengan tema warna kelabu dan putih. Di satu sudut lagi diletakkan patung teddy bear bersaiz besar, bewarna putih. Cukup selesa malah perinciannya kemas, tersusun dan minimalis, sesuai untuk menyambut si comel.
Paling menarik, Anzalna turut memuat naik video keseluruhan bilik buat si comelnya ini. Tulisnya, “Kami sudah bersedia untuk berjaga malam dan lakukan apa saja boss!” Sangat cute!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna memuji bilik tidur tersebut, ada juga yang menyamakannya seperti bilik pengantin.
“Lawanya…Macam bilik pengantin,” tulis netizen.
“Selalunya nampak baby boy colour biru je, yang ni cantik”
Ads
Sedang sarat hamil lapan bulan, bayi lelaki di dalam kandungan Anzalna bakal dilahirkan pada bulan hadapan. Peminat pastinya tak sabar menantikan kelahiran si cilik boss!
Kredit: @anzalnanasir88
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru berusia 2 tahun 6 bulan, anak kepada selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini akhirnya bebas daripada menggunakan botol susu.
Anak ke dua kepada selebriti ini pada awalnya agak sukar untuk tidak menggunakan botol susu namun dengan penjelasan dari mummynya, akhirnya Alisa Aisyah berjaya bercerai botol susu dan kini hanya minum susu melalui cawan sahaja.
Hanis Zalikha turut berkongsi bagaimana proses yang dilakukanya dan tip tersebut dikongsi menerusi akaun Instagram @TheAlisaAisyah.
Bye bye minum susu botol 🍼
Mommynis nak share journey ni sebab lama tak sharing sini and banyak benda dah terlepas pastu terlupa terus. Alisa tak minum susu botol dah, dan dah tak bangun malam dah selama beberapa bulan.
Proses bermula dengan:
1. Minum susu botol siang & malam. Pastu Mommy cakap “Alisa, we only drink milk at night okay. If you are thirsty we drink water, if you are hungry you must eat”. Merengek beberapa hari and done terima kenyataan.
2. Minum susu botol malam sahaja, 2-3 kali semasa tidur. Pastu lampin dia bocor, kita kejut dia tidur, “Alisa look! This is what happened when you drink too much milk while sleeping! See all wet?!” Muka mamai dia macam oh no! Sejak itu, kalau dia merengek malam terus tepuk tapi never sua botol. Terpaksa consistent dengan apa kita cakap.
3. Minum susu botol hanya untuk nak lelap tidur. Pastu ada satu ketika dia termuntah susu (sebab dia selsema berkahak), maka Mommy pun “Alisa, drinking milk from a bottle made you puke!”. Sejak dari tu offer susu dalam cawan sebelum dia tidur. Dan kalau dia nak susu bila-bila, bertegas tawarkan dia guna cawan.
4. Kini minum susu hanya pakai cawan. Selera makan bertambah. Tidur nyenyak sehingga 7am.
5. Dah tak minum susu botol? Baru boleh potty train bebila 🤭
So always communicate cause and effect to your children. Sentiasa terangkan sebab dan akibat satu-satu perkara. They’re very smart and they will appreciate every explanation. This is for those who asked 🥰
Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah di atas kejayaan Alisa bercerai botol susu. Ada juga yangmengambil tip yang dikongsi oleh Hanis Zalikha sebagai panduan di masa hadapan. Good job Alisa!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya. Walau dalam apa cara dan keadaan sekalipun, semua ibu bapa mahu memberikan yang terbaik buat anak mereka. Didikan akademik yang sempurna juga aspek keagamaan yang begitu kuat, yakin dan percaya pada Allah yang satu.
Pelakon, Saharul Ridzwan turut berkongsi mengenai keletah anaknya, Muhammad Luth Ali yang bertanyakan mengenai kewujudan Allah di Instagramnya semalam. Bijaknya Ali berkata-kata. Malah jawapan dari anak kecil seusia itu juga tidak disangka-sangka.
Kata Saharul lagi, memberitahu anak kecil mengenai Allah, lebih-lebih lagi bagi anak kecil yang masih tidak mengenal Allah sememangnya amat sukar. Namun dia punya cara sendiri untuk memberitahu anak sulungnya, Ali yang kini berusia 4 tahun mengenai hal ini.
“Perbualan saya dengan Ali lepas maghrib tadi.
“If one day when Allah take baba, you must take care of mummy and adik. Thats why you need to solat, and learn betul-betul okay”
“If mummy and baba gone, I will cry because who will cook and suap me and adik?”
“Allah will take care of you, and adik. InShaaAllah”
“Mummy, if mummy and baba gone to Allah , I will ask Allah to send mummy and baba back here,” kata Ali lagi pada ayahnya.
Bijaknya Ali. Jawapan dari anak kecil yang tidak mahu berpisah jauh dengan ibu dan ayahnya. Comel.
Tak cukup dengan persoalan itu kata Saharul, anak sulungnya itu turut bertanya mengenai kewujudan Allah. Kata Saharul Ridwan dia terdiam sekejap untuk menjawab namun mencari ayat yang paling sesuai untuk diberikan buat anak kecilnya itu. Ini jawapan bapa penyayang ini pada anaknya.
“Kemudian, soalan seterusnya, sangat powerful dan memerlukan saya berfikir bagaimana cara untuk jawab.
“Baba, Is Allah so small? Thats why we cannot see Allah? But Allah can see us right, where is Allah?”
“Masya Allah. Terdiam sekejap saya fikir nak jawab, akhirnya saya bagitahu Ali, “Allah is in your heart, my heart, and everyones heart, thats why we must sayang Allah, like Allah sayang kita”.
“Bagi saya ini jawapan paling sesuai untuk dia faham pada umur dia sekarang. SALAH mungkin jawapan saya. Cetek sungguh ilmu saya,” katanya lagi.
Namun kata Saharul lagi, mak ayah memikul tanggungjawab yang maha besar untuk memberitahu dan meyakinkan anak kecil kita mengenai kewujudan Allah.
“Besar tanggungjawab kita sebagai ibu dan ayah untuk bagi “keyakinan” kepada anak anak supaya tahu bahawa Allah itu wujud dan hanya Allah yang satu. Persoalan-persoalan begini mungkin tidak ada di tadika ataupun playschool.
“Tugas kita mencari macammana nak jawab. Semoga Allah bagi kefahaman yang benar pada kita semua. Amin Ya Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, bintang utama drama Sabarlah Duhai Hati ini juga turut memohon tip dari pengikutnya di Instagram akan cara meyakinkan anak kita mengenai kewujudan Allah. Banyak perkongsian menarik yang boleh kita jadikan panduan untuk mendidik anak kita.
“Atau ada jawapannya yang lebih senang untuk anak kita faham? Boleh kongsikan? Semoga kita semua termasuk saya dapat belajar sesuatu,” tulisnya.
Wargamaya kongsi tips
Dan ini pula tip perkongsian yang diberikan oleh pengikut Saharul di Instagram. Jom kita cuba pada anak-anak kita di rumah.
“Saya selalu suruh anak saya rasa angin …..bawa dia naik kereta …kemudian rasa angin”.
“Sama dengan explaination saya bila anak-anak tanya “mama, kenapa kita tak nmpak Allah?” Allah ada dalam hati Ammar sambil pegang dada anak.”
“Saya pernah mengajar disebuah tadika, aada murid bertanya sama soalan camni..”teacher..camne Allah itu ada??”terkedu saya jawab, “Allah itu ada..dengan nikmat yang kita syukuri, ada dalam hati setiap manusia. Umpamanya kita tahu angin itu ada, kita dapat merasainya..tapi tak dapat melihat angin” itu jwpan saya.”
“Kita boleh umpamakan kepada anak-anak contoh. Kalau kita duduk depan kipas kita dapat rasa angin yang bersepoi sepoi tapi kita tak dapat lihatnya. Nikmatnya angin walaupun kita tak dapat melihatnya betapa dekatnya Allah dengan kita .. Allahuallam”.
Semoga Allah terus membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi anak yang baik bila besar nanti.
Semoga kita juga sama-sama dapat menjadi ibu bapa yang cemerlang, bantu anak mengenal Allah, sama seperti yang dikongsikan oleh Saharul Ridzwan ini.
Terdahulu, Saharul Ridzwan mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Qaabila Deena Emir pada tahun 2016 dan kini pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata pelengkap bahagia bersama.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Perasaan risau pasti timbul bila melihat anak lelaki suka bermain permainan untuk kanak-kanak perempuan. Puas dipujuk dan alih perhatian si cilik untuk bermain permainan yang sesuai dengan kanak-kanak lelaki ternyata mereka tak petah dan akan berbalik semula bermain dengan anak patung dan alatan memasak. Keadaan tersebut ada ketikanya kelihatan lucu namun sebagai ibu pasti terbit perasaan risau dengan anak lelaki yang semakin membesar itu.
Tak usah risau atau gusar dengan keadaan tersebut, saat mereka bermain dengan permainan yang dianggap feminin, anak lelaki anda masih tetap maskulin. Ini caranya:
Memasak sebenarnya bukanlah pekerjaan yang feminin kerana dalam dunia hari ini ramai tukang masak dan chef terdiri daripada orang lelaki. Jadi ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan oleh ibu bapa. Ajak si kecil anda menonton filem Chef yang mengisahkan seorang ayah yang menjadi chef di sebuah trak makanan miliknya dan ketika cuti sekolah dia akan mengajak anak lelakinya untuk membantu. Selain itu anda juga boleh ajak si kecil anda menonton program realiti masakan seperti Masterchef Junior yang memaparkan kanak-kanak memasak tanpa mengira gender.
Bermain dengan anak patung memang sukar untuk anda larang tambahan lagi jika anak anda bermain dengan kawan perempuan atau kakak mereka. Dengan bermain anak patung, anak anda sebenarnya akan memiliki pengalaman untuk mengasuh dan menjaga bayi. Apa yang perlu anda tegaskan adalah peranan mereka sebagai seorang lelaki atau ayah kepada anak patung tersebut supaya mereka tidak keliru dengan personaliti mereka kelak.
Kanak-kanak lelaki dan perempuan memang suka bermain pondok-pondok kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Mereka juga boleh menerokai kreativiti mereka dengan membuat sendiri rumah mereka daripada kusyen, kain atau bantal yang ada. Mereka juga belajar untuk memastikan rumah mereka bersih dan baik. Apa yang perlu ditekankan untuk anak lelaki adalah mereka perlu membuat kerja-kerja seperti pembaikan atau mengangkat barang-barang berat yang ada dalam rumah permainan mereka. Meskipun hal tersebut boleh juga dilakukan oleh kanak-kanak perempuan, tapi kanak-kanak lelaki yang lebih sesuai untuk lakukan itu semua.
Seperti juga dengan chef, pendandan rambut juga ramai terdiri daripada kalangan lelaki. Oleh itu tak jadi masalah untuk si kecil anda suka mendandan sama ada diri sendiri, kawan-kawan atau mendandan anak patung mereka. Apabila anda juga termasuk dalam permainan mereka bertegaslah mengatakan rambut anda mahu dipotong atau dandan oleh abang kacak itu dan bukan dengan kakak cantik. Anda juga boleh membawa mereka ke kedai dandanan rambut yang majoriti pemotong rambutnya adalah lelaki. Di tempat itu, anak anda boleh melihat sendiri bagaimana sikap dan personaliti pendandan rambut lelaki.
Selain bermain masak-masak, mendandan dan bermain anak patung, kanak-kanak juga suka bermain dengan wang. Bukan perempuan sahaja yang suka membeli-belah kan, lelaki pada zaman kini juga suka dengan aktiviti sedemikian. Untuk menegaskan peranan anak lelaki anda dalam berbelanja mengikut gendernya, anda boleh minta mereka menjadi seorang ayah dan minta mereka membeli barang-barang keperluan rumah. Atau jadi pemilik restoran yang melayan pelanggan dan seterusnya mengambil bayaran daripada anda sebagai pelanggan tentunya menyeronokkan.
Sebagai ibu bapa, ketegasan anda perihal sikap yang perlu ada oleh anak lelaki bukan sahaja ketika mereka bermain, malah dalam aktiviti seharian lain juga. Memberi komen atau pujian yang menghasilkan kesedaran tentang gender mereka seperti, “Wah, kuatnya anak mama ni, boleh tolong mama angkat bakul kain.” Pasti memberikan impak yang bagus untuk si kecil anda.
Selain itu, dedahkan mereka dengan aktiviti lasak di luar rumah seperti bermain bola, berlari bersama kawan-kawan di taman permainan tentu juga menyeronokkan mereka. Jika ada kesempatan anda boleh libatkan mereka dengan kelab seperti taekwondo, silat dan sebagainya.
Sebaiknya hindarkan anak anda daripada menonton rancangan televisyen yang boleh membuatkan mereka keliru akan personaliti sebenar seorang lelaki yang banyak dipaparkan pada hari ini.
Peranan ayah juga penting, ajaklah anak lelaki anda bermain bersama kerana daripada ayahlah anak-anak belajar tentang dunia lelaki. Ia juga boleh merapatkan lagi hubungan antara anak dan ayah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.