
Sebagai ibu ayah, tengok anak demam, batuk dan susah bernafas memang buat hati tak senang. Naluri pertama mesti nak tahu sama ada ini selesema biasa atau sesuatu yang lebih serius. Ini Tapi hati-hati, kadang-kadang gejala yang nampak macam influenza biasa sebenarnya boleh jadi Human Parainfluenza Virus (HPIV). Virus ini sering disalah anggap kerana simptomnya hampir sama dengan influenza, namun ia berbeza dari segi punca, rawatan dan risiko terutama kepada kanak-kanak bawah usia lima tahun.
Walaupun ramai lebih mengenali influenza, HPIV juga merupakan antara penyebab utama jangkitan saluran pernafasan dalam kalangan kanak-kanak. Jadi sebelum panik, ibu ayah perlu mengetahui perbezaannya supaya langkah awal yang diambil lebih tepat dan anak mendapat rawatan sewajarnya.
Human Parainfluenza Virus (HPIV) ialah sekumpulan virus yang menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan. Virus ini merupakan antara punca utama penyakit croup dalam kalangan kanak-kanak, iaitu keadaan di mana kotak suara (laring) dan saluran pernafasan menjadi bengkak sehingga menyebabkan batuk kasar seperti bunyi anjing menyalak.
HPIV sangat mudah berjangkit melalui titisan daripada bersin atau batuk, sentuhan dengan permukaan yang tercemar serta hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti. Virus ini juga boleh kekal hidup di udara sehingga kira-kira sejam bergantung kepada keadaan persekitaran.
Ramai ibu bapa menganggap demam dan batuk semestinya influenza. Hakikatnya, terdapat beberapa perbezaan penting yang perlu diketahui.
Walaupun simptomnya hampir sama, kedua-dua jangkitan ini memerlukan pemantauan yang berbeza terutama jika melibatkan bayi dan kanak-kanak kecil.
Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah:
Bagi bayi serta kanak-kanak bawah lima tahun, HPIV boleh menyebabkan komplikasi seperti bronkiolitis dan pneumonia sekiranya jangkitan menjadi lebih teruk atau tidak mendapat rawatan awal.
Artikel trending: Scoliosis Pada Anak: Jangan Abaikan Badan Senget, Kenali Tanda Awal & Cara Mengesannya
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah
Jika simptom masih ringan, beberapa langkah berikut boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan anak:
Gunakan humidifier atau bawa anak ke bilik mandi yang dipenuhi wap air suam selama 10 hingga 15 minit bagi membantu melegakan saluran pernafasan. Elakkan penggunaan wap yang terlalu panas kerana boleh menyebabkan risiko melecur.
Menangis boleh menyebabkan saluran pernafasan menjadi semakin sempit. Peluk, dukung dan tenangkan anak supaya pernafasannya lebih stabil.
Berikan susu, air kosong atau cecair lain mengikut umur anak dengan lebih kerap bagi mengelakkan dehidrasi akibat demam.
Paracetamol atau Ibuprofen boleh digunakan untuk membantu menurunkan demam mengikut dos yang sesuai. Jangan sesekali memberikan aspirin kepada kanak-kanak kecuali atas arahan doktor.
HPIV berpunca daripada virus, bukannya bakteria. Oleh itu, antibiotik tidak berkesan melainkan doktor mengesahkan terdapat jangkitan bakteria yang lain.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Dapatkan rawatan segera sekiranya anak menunjukkan mana-mana tanda berikut:
Jangan berlengah mendapatkan pemeriksaan kerana komplikasi boleh berlaku dengan cepat terutama pada bayi dan kanak-kanak kecil.
Walaupun HPIV tidak sepopular influenza, virus ini tetap boleh menyebabkan masalah pernafasan yang serius kepada kanak-kanak. Tiada ubat khusus atau vaksin untuk merawat HPIV ketika ini, maka rawatan lebih tertumpu kepada mengurangkan simptom dan membantu badan melawan jangkitan secara semula jadi.
Sebagai ibu ayah, mengenali simptom awal, memahami perbezaan antara HPIV dan influenza serta mengetahui tanda-tanda kecemasan boleh membantu memastikan anak menerima rawatan pada waktu yang tepat. Simpan maklumat ini sebagai rujukan dan kongsikan kepada ahli keluarga atau ibu bapa lain supaya lebih ramai peka terhadap risiko jangkitan HPIV.
Sumber: klinikanda_wansamelawati