Sebelum ini Farah Lee, Blogger dan Instafamous pernah mendirikan rumah tangga bersama personaliti dan penerbit terkenal Ally Iskandar, dan mendapat seorang cahaya mata. Namun perkahwinan mereka berakhir dengan cara yang baik. Tapi bukan mudah bagi Farah Lee sebagai ibu muda untuk menggalas tanggungjawab ini serentak.
I know I was (and always) so packed, sometimes bila kerja banyak sangat dan badan penat, senang marah Maream. So selagi boleh lama tinggal dia kat school/PA omma akan. Supaya dapat settle banyak kerja dan focus pada dia bila berjumpa.
Selalu nak bawak Maream kerja sama-sama tapi dia too attached especially bila ada orang ramai. Bila kat luar, perangai dia lain macam, saja menguji kesabaran. Siapa pernah jumpa kitaorg mesti tahu. Bawak pergi event, lagi lah. Physically and emotionally, penat, sangat. I perasan dia sangat takut hilang I dan perhatian. Pergi playground ke memana, dia takkan menonong sorang2 walaupun ramai kawan. Maybe because she experienced the loss before, I don’t know..
So I learnt to MAKE TIME, sebab nak tunggu ada masa takkan pernah ada. Penat stress pun I cuba tenang, still keluar berdua, spend time bersama. But I can’t deny, I have to admit, appearance I takkan mampu cover role ayah dalam kehidupan sehariannya. Tipu kalau I kata I boleh bagi kasih sayang keduanya, sebab kasih ibu dan ayah takkan sama. Tapi I percaya, kurang situ Tuhan akan lebihkan di lain, kerana Adilnya Dia
Ads
To those who are struggling, note that I struggled too, and still am. Maream juga (as a mom, I know she’s struggling with her emotions). Apatah ini bukan keputusan kehidupan yang sendiri kehendaki. I diuji dengan my own ujian yang I percaya I mampu hadapi, you guys diuji dengan ujian yang pastinya you guys mampu jalani. Cry, if you feel like crying. Let it out if you feel like sharing. Time heals, only if you allow it to heal.
Maream, I’m far from perfect to be a good mom to you. Many times I failed. But one thing I can promise, I will never fail trying. Moga berjaya omma pulangkan Maream ke Syurga. 사랑해, 우리 마리암
Ads
Ada netizen yang bersetuju dengan penulisan Farah Lee, tak kurang juga ada yang memberikan kata-kata semangat. Semoga Farah Lee kuat untuk membesarkan Maream Esabel.
Pemergian pasangan samada suami atau isteri tanpa apa-apa pesan bukan sesuatu yang mudah. Lagi-lagi dengan anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir Allah ini.
Jika dah sampai masanya, tak cepat atau tak lama sesaat pun Allah ambil. Jadi yang masih hidup kita perlulah sentiasa reda dan bersedia. Kematian ini bukan untuk orang tua saja, kadang yang masih muda, tiada apa-apa penyakit pun boleh pergi dulu.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu kepada lima cahaya mata, pemergian suami tanpa pesan benar-benar buatkan mereka sekeluarga terkejut. Apa yang menyedihkan, salah seorang anak lelaki yang ketika itu bersama arwah suami seolah-olah tergamam melihat abahnya tiba-tiba rebah ketika sedang mengisi minyak motor.
Tiba-tiba rebah semasa isi minyak motor
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok atas nama eizaamir82, wanita berkenaan berkongsi kisah pahit yang telah mengubah hidupnya kerana kehilangan suami tersayang, Mohd Khamis tiga tahun lalu.
Mengimbas kembali detik sedih itu, Allahyarham suami bersama seorang anak lelakinya pada ketika itu berada di stesen minyak untuk mengisi minyak motosikalnya, namun secara tiba-tiba rebah sebelum dipangku oleh pekerja di stesen minyak berkenaan dan orang awam.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan, arwah suami dilihat cuba berpaut pada pekerja stesen minyak itu dan terus diangkat ke tempat lebih selamat.
Waktu kejadian itu, lebih menyayat hati, anak lelaki arwah seolah-olah terpinga-pinga dan hanya melihat tubuh abahnya.
Keesokan harinya pada hari Jumaat yang mulia, bapa kepada 5 orang anak telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Kini, tanggungjawab membesarkan anak terletak di bahu isteri.
Apa yang lebih membanggakan, dua anak arwah kini belajar di sekolah tahfiz dan ternyata didikan seorang ibu itu sungguh hebat. Walaupun tanpa seorang lelaki bernama suami dan ayah, jika betul cara didikan ibu, anak-anak ini pula yang akan menjadi tiket ibu bapanya ke syurga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Suami yang baik bukan hanya ‘melambakkan’ wang ringgit kepada si isteri tetapi menghargainya. Sama ada ditunjukkan melalui perbuatan mahupun perkataan, usaha ini tetap akan dihargai isteri. Melalui perkongsiannya di laman Facebook, Ustaz Wan Asrul Al- Kalantani berkongsi kisah tentang isteri yang sudi menerima dirinya dan berkongsi segala susah senang bersama.
Pada awal perkahwinan, mereka diuji dengan masalah kewangan. Hidup tidak senang tetapi permaisuri hatinya tetap menyokong dan memberi semangat kepada Ustaz Wan. Walaupun sering diajukan soalan gurauan untuk berkahwin seorang lagi, dia sentiasa mengingati jasa isteri yang sekian lama bertahan dan berkongsi kemudahan dan kesukaran bersama dirinya.
TAK MINAT KE?
Sang faqir seringkali diajukan oleh sahabat-sahabat, kebanyakannya dalam bentuk gurauan, dengan soalan ;
“Bila hendak tambah cawangan lagi? Kalau ada 2 mudah uruskan urusan…”
Lazimnya sang faqir akan tersenyum sahaja.
Adakala ada dari kalangan sahabat begitu bersungguh untuk berpoligami dan kalimat yang sering mereka garis tebalkan adalah Sunnah, sang faqir akan soalkan semula,
“Berapa banyak sunnah Sayyiduna Rasulillahi Sallallahu Alaihi Wasallam yang antum dah istiqomah setakat ini?”
Ada yang tersenyum siput, ada yang menjawab dengan yakin dan ada yang hanya terdiam.
Adakah sang faqir tidak berminat untuk berpoligami? Jawapan persoalan itu sebenarnya harus hadir dalam bentuk Iman dan Empati (bukan simpati). Apabila jawapan sang faqir berikan, ada juga yang berbunyi;
“Ala, jenis takut bini nie… Tak mau mengaku…”
Sang faqir hanya boleh tersenyum.
Izinkan sang faqir berkongsi sebuah cerita benar kisah seorang wanita hebat di sisi sang faqir, tatkala susah, tatkala senang.
Sang faqir bernikah dengan isteri sang faqir yang tiada meminta sebarang hantaran dan dengan mas kahwin sebanyak rm88.80 sahaja serta sebentuk cincin belah rotan berharga rm90.
Seawal pernikahan kami, kami diuji dengan kesusahan yang tiada tergambar bagi pasangan yang baharu menikah.
Seawal pernikahan, yang waktu itu masih belajar, diuji akan kami dengan masalah kewangan, sehinggakan 10 sen yang bergolek masuk ke longkang dari poket, kami kejar, dek kerana tiada wang yang cukup untuk membeli makan. Dan ketika itu, sang faqir hanya mampu menahan air mata melihat isteri sewaktu itu ALLAH hadirkan benih ke dalam rahimnya. Saat itu, wanita ini bersuara,
“Abang, jangan risau, Nur ok, kita susah sama-sama. Nur selalu dengan abang. ALLAH selalu dengan kita.”
Kata-kata semangat ini masih segar sehingga saat ini yang diucapkan ketika sebulan sang faqir sakit terbaring sakit, tidak mampu bangun dan bekerja, malahan wanita inilah yang bekerja dan dalam masa yang sama menjaga kebajikan sang faqir yang terbaring lemah. Apatah lagi dalam keadaan membawa benih di dalam rahim.
Kami diuji ALLAH dengan jiran langsung tidak mengambil tahu hal ehwal kami. Kami dipandang seumpama kucing kurap. Ketika sang faqir dalam keadaan yang lemah dengan keadaan ini, wanita ini bersuara,
“Takpe abang, biarlah orang tak pandang kita, asal kita tak buat pun benda salah, kita buat yang betul saja.”
Ketika sang faqir diuji ALLAH dengan hal keadaan semua majikan tidak mahu menerima sang faqir bekerja, wanita ini bersuara,
“Macam nie, abang jaga anak di rumah, biar Nur yang kerja, kita makan apa yang ada saja. Nanti ada rezeki, abang pula kerja. Abg sabar ye.”
Sewaktu sahabat lain sedang gembira menyambut majlis konvokesyen meraikan tamat zaman pengajian. Wanita ini sedang sibuk di rumah menjaga suami yang terbaring sakit walaupun pada hakikatnya dia sepatutnya berada di majlis tersebut kerana kecemerlangannya, apabila ditanya, kenapa tak pergi ikut rombongan konvo, jawab wanita ini,
“Abang lebih penting bagi Nur, lebih penting dari segalanya. Nur nak duduk di sisi abang.”
Sewaktu sedang sarat hamil membawa Hafidz Nuruddin di dalam kandungan, dek kerana ingin mengumpul wang sendiri supaya tidak menyusahkan sang faqir apabila dirinya dalam pantang kelak, wanita ini sanggup mengambil upah membuat urutan dan bekam sehingga beberapa kali hampir pitam. Apabila dilarang, wanita ini bersuara,
“Nur kerja untuk kita semua, kita sama-sama susah, kita sama-sama senang. Apa-apa jadi kat Nur, abang guna duit Nur, jaga anak-anak kita.”
Jadi, dengan pengorbanan demi pengorbanan ini, adakah suatu yang baik dan elok untuk sang faqir merasakan poligami itu baik untuk sang faqir?
Sebagaimana keadaannya Sayyidina Rasulillahi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak menduakan Sayyiditina Khadijah At Thohirah sewaktu dalam hayat beliau, kerana pengorbanan dan kesetiaan Sayyiditina Khadijah Radhiyallahu Anha, seperti itulah keadaannya sang faqir kepada isteri tersayang.
Maka, tidak berpoligami bukan bermaksud tidak menyokong sunnah dan berpoligami juga bukan bermaksud hidup dalam sunnah.
Imbangilah sesuatu keadaan dengan waras, empati dan kasih sayang.
Sunnah Sayyiduna Rasulillahi Sallallahu Alaihi Wasallam bukan poligami semata-mata.
Siti Aafiyah, anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia menjadi kesayangan ramai. Dato’ Sri Siti Nurhaliza mensasarkan untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
Beliau yang dilahirkan 11 Januari 1979 menerima kehadiran permata hati pertama pada iaitu Siti Aafiyah yang kini sudah berusia satu tahun selepas 11 tahun menanti.
Kata Siti kepada Gempak, hasrat pada awal perkahwinan ialah untuk memiliki anak yang ramai.
“Selepas berkahwin, saya memang teringin untuk mendapat cahaya mata yang ramai. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian.
“Alhamdulillah, selepas menanti lama baru saya dikurniakan dengan kehadiran Siti Aafiyah.”
MAHU TAMBAH BILANGAN ANAK SEBELUM USIA 43 TAHUN
Isteri kepada Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa ini juga menyatakan hasrat untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
“Insya-Allah, jika diizinkan Allah dan ada rezeki, saya mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
“Sebelum itu, saya harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihar terlebih dahulu.
“Saya mohon doa yang baik-baik dari semua peminat, Insya-Allah,” kata Siti.
SEBAK LIHAT AAFIYAH MEMBESAR
Siti yang ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersama kelab peminatnya, Sitizone di The Pearl Kuala Lumpur menyatakan rasa sebak melihatkan perkembangan si kecil Aafiyah yang kini semakin membesar.
“Masa itu terlalu cepat berjalan. Rasa macam sekejap sahaja, kini Aafiyah sudah boleh berjalan. Jujur saya akui saya rasa sebak dan gembira melihat dia membesar depan mata.
SYUKUR ATAS PENGALAMAN MENJADI IBU
Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini juga memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan Ilahi memberi peluang menjadi ibu. Siti turut mendoakan pasangan yang masih menantikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga.
“Naluri ibu, saya rasakan semuanya pasti dapat fahami apa yang saya sedang hadapi sekarang. Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki untuk saya merasai pengalaman menjadi ibu.
“Saya juga mendoakan agar semua ibu bapa yang menanti cahaya mata di luar sana turut dikurniakan rezeki yang sama, Insya-Allah,” katanya lagi.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.