Uncategorized

“I Want To Puasa, I Want Pahala” Mahu Kutip Pahala Ramadan, Gelagat Yusof Iskandar Puasa Dipuji Wargamaya!

Share

Baru berusia enam tahun, anak sulung pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusof Iskandar sudah pun berlatih berpuasa dan kini menyempurnakan puasa penuh pada Ramadan ke tujuh baru-baru ini.

Menurut perkongsian pasangan ini di Instagram rasmi @theyusofiskandar, Yusof sendiri yang mahu mencuba berpuasa kerana mahu memperoleh pahala.

Menerusi Instagram, turut dimuat naik video perjalanan puasa Yusof dari detik bersahur hingga berbuka puasa sebagai kenangan.

“Yusuf terjaga Subuh tadi menangis, Daddy tanya why, dia jawab “I want to puasa, I want pahala”.

“Daddy terus bawak turun sahur and support dia the whole day,” tulisnya.

Menariknya melalui perkongsian video yang dimuat naik pasangan ini, Yusof pada awalnya begitu semangat bangun sahur pun begitu banyak mendiamkan diri kerana keletihan sepanjang hari.

Beberapa jam sebelum berbuka, Yusuf berpeluang ke bazaar Ramadan bagi menghilangkan rasa keletihannya hingga tertidur di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Sehinggakan detik berbuka, ternyata anak bijak dan kuat semangat ini begitu teruja untuk meraikan puasa pertamanya. Syabas Yusof!

“Yusuf satu hari nanti tengok video ni okay, your first day of puasa on your own will.

“9 April 2022. Alhamdulillah good practice sayang,” kongsinya lagi.

Tidak hanya berpuasa, bahkan Yusof juga mengikuti ayahnya bertarawih sepanjang bulan puasa ini. Hebat!

Dalam pada itu, kejayaan Yusof berpuasa itu turut sama menerima ucapan tahniah dari seluruh pengikut anak kecil ini. Rata-rata sebak dan terharu dengan usaha gigih Yusof demi mendapatkan pahala.

Cekal hati dan begitu bersemangat demi memperoleh pahala di bulan Ramadan. Yusof seharusnya dijadikan inspirasi dan contoh bagi anak-anak kecil kita untuk turut sama berpuasa.

Menarik:

Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN