Keibubapaan

Ibu Ayah Jangan Terlepas Info Ini! STR 2026 Pembayaran Fasa 3 Bermula Ogos, Ini Jumlah Bayaran Bagi Setiap Kategori

Share

Ibu ayah, jangan terlepas info penting ini!  Bantuan tunai kerajaan melalui STR 2026 bakal memasuki fasa seterusnya. Buat keluarga yang bergantung pada bantuan ini untuk urusan anak-anak, keperluan sekolah dan perbelanjaan harian, pastikan semakan serta kemas kini maklumat dibuat supaya tidak terlepas bayaran yang layak diterima.

TERKINI: Pembayaran STR 2026 Fasa 3 dijangka disalurkan bermula Ogos 2026. Bagi penerima baharu yang permohonannya diluluskan, tarikh pembayaran akan dimaklumkan kemudian.

Semakan status bayaran boleh dibuat melalui laman rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Jangan lupa, semua pemohon perlu mendaftarkan akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026 walaupun sudah mempunyai akaun MySTR sebelum ini.

Selain itu, permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut-turut perlu dibuat kemas kini bagi memastikan maklumat keluarga masih tepat dan permohonan tidak terjejas.

INI JUMLAH BANTUAN SARA & STR 2026

RINGKASAN JUMLAH BANTUAN SARA 2026 :
-Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
-Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
-Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan)
-Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA)

RINGKASAN JUMLAH BANTUAN STR 2026
-Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan bulanan bawah RM2,500 : RM700-RM2200 setahun
-Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan bulanan RM2501-RM5000 : RM200-RM950 setahun
-Kategori Warga Emas Tiada Pasangan berusia 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan bulanan bawah RM5000 : RM600 setahun
-Kategori Bujang 21-59 tahun dengan pendapatan RM2500 ke bawah : Tiada

RINGKASAN JUMLAH BANTUAN STR + SARA 2026

*Pendapatan bulanan ≤ RM2,500
-Tiada anak: RM1,900
-1–2 anak: RM2,400
-3–4 anak: RM2,900
-5 anak ke atas: RM3,400

*Pendapatan bulanan RM2,501 – RM5,000
Tiada anak: RM1,400
1–2 anak: RM1,650
3–4 anak: RM1,900
5 anak ke atas: RM2,150
Warga emas bujang: RM1,200
Bujang (pendapatan ≤ RM2,500): RM600

Sumber: Ringkasan Belanjawan 2026 (Laman web rasmi MOF)

Tarikh Pembayaran STR 2026 Fasa 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi tahun 2026 akan mula disalurkan bermula OGOS 2026! Namun tarikh sebenar akan dikemaskini kelak setelah pengumuman rasmi.

Berikut adalah butiran penting STR Fasa 3 untuk 2026:

Tarikh pembayaran bermula: OGOS 2026

Kaedah pembayaran: Dikreditkan terus ke akaun bank penerima untuk yang mempunyai akaun. Bagi yang tiada akaun bank (termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan), bayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan.

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Jumlah bantuan:

  • Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah: RM200 hingga RM600
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000: RM150 hingga RM250 (bergantung kepada bilangan anak)
  • Warga emas berpendapatan RM5,000 dan ke bawah: RM150.
  • Bujang (pendapatan RM2,500 ke bawah): Tidak menerima bayaran dalam bentuk tunai (STR), sebaliknya akan menerima bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan sebanyak RM50 sebulan (dikreditkan ke dalam MyKad).

Selain daripada bayaran STR Fasa 3, terdapat juga beberapa bantuan iringan yang disalurkan dalam tempoh yang sama:

  • SARA 2026 (Bulanan): Bermula 9 Januari 2026 (RM100-RM200 untuk isi rumah/warga emas, RM50 untuk bujang).

NOTA: Anda boleh menyemak status kelayakan dan jumlah tepat yang bakal diterima melalui portal rasmi MySTR.

Jadual Bayaran STR Fasa 3 2026

Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa bayaran STR Fasa 3 tahun 2026 akan mula disalurkan pada OGOS 2026 kepada penerima sedia ada. Bagi penerima baharu, pembayaran pula akan mula dikreditkan namun maklumat terkini masihrmula [TARIKH AKAN DIKEMASKINI].

Berikut ialah tarikh bayaran STR Fasa 3 (2026) :

1. Ada Akaun Bank

  • Penerima Sedia Ada:

    Mulai Ogos 2026 secara berperingkat. [TARIKH AKAN DIKEMASKINI].
  • Penerima Baharu / Rayuan:
    Mulai Ogos 2026 secara berperingkat.[TARIKH AKAN DIKEMASKINI].

2. Tiada Akaun Bank

  • Penerima Sedia Ada:
    Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). [TARIKH AKAN DIKEMASKINI].
  • Penerima Baharu / Rayuan:
    Tuntutan tunai di cawangan BSN [TARIKH AKAN DIKEMASKINI].

3. Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)

  • Penerima Sedia Ada:
    Tuntutan tunai di cawangan BSN mulai [TARIKH AKAN DIKEMASKINI].
  • Penerima Baharu / Rayuan:
    Tuntutan tunai di cawangan BSN mulai [TARIKH AKAN DIKEMASKINI]

Cara Daftar Akaun MySTR

Laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) baru sahaja dikemaskini.

Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.

Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal MySTR .
  2. Klik pada butang “LOG MASUK”.
  3. Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
  4. Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
  5. Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
  6. Klik butang ‘Daftar Akaun’.

Log Masuk Akaun MySTR

Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
  2. Klik butang “Log Masuk”
  3. Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
  4. Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
  5. Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
  6. Selesai.

Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah:

Kemas Kini Maklumat & Permohanan Baru STR 2026

Kemas kini maklumat Permohonan STR bagi kelayakan fasa 4 boleh dilakukan
bermula 16 JUN 2026 SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2026.

Permohonan baharu STR 2026 boleh dikemukakan melalui:

Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:

  • Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
  • Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
    • Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
    • Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA

Trending artikel: Bantuan MamaKerja Kini RM10 Juta! Lagi 5000 Ibu Bekerja Terima Insentif RM1,000

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Sementara itu, pemohon STR yang tidak kemaskini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026. Kemas kini STR 2026 boleh dikemukakan melalui langkah berikut:

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai STR 2026 seperti semakan status bayaran STR, cara mohon, kemaskini atau portal MySTR, sila hubngi pegawai yang bertugas di:

  1. Portal Rasmi STR; atau
  2. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00
  3. petang); atau
  4. Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00
  5. petang); atau
  6. Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
  7. Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.

Sumber: ecentral

Published by
Nor Yusoff