Bila anak jadi kurang menyusu, ibu ayah risau jika berat badan anak akan menurun. Pakar diet mendedahkan dua kemungkinan yang menjadi sebab kepada masalah ini.
Bayi yang sudah mula makan iaitu berusia enam bulan ke atas lama kelamaan akan kurang berminat untuk menyusu. Kalau biasanya bayi minum 6oz dengan kekerapan empat hingga lima kali sehari ia boleh berkurangan kepada 4oz sebanyak dua atau tiga kali sehari sahaja. Ada bayi yang kurang menyusu tetapi dia tiada masalah dengan makanan pejalnya.
KURANG MENYUSU TAPI ADA SELERA MAKAN YANG BAIK
Menurut Nur Baidurah Bazid, Pakar Diet, Hospital Pakar KPJ Kajang, bagi bayi yang kurang menyusu selepas makan makanan pejal dan tiada masalah selera untuk memakan makanan pejal, kurang minum susu tidak menjadi masalah sekiranya pengambilan tenaga daripada sumber makanan pejal tersebut mencukupi.
Ads
Salah satu penentu ukuran pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah kenaikan berat badan, mengikut Carta Pertumbuhan (Growth Chart). Kurang minum susu tidak menjadi masalah sekiranya pengambilan tenaga daripada sumber makanan pejal mencukup.
Namun, sekiranya anak tersebut mengalami penurunan berat badan dikhuatiri kemungkinan makanan pejal yang diambil tidak mencukupi untuk menyokong keperluan tenaganya.
Ads
MAKANAN TINGGI SERAT
Mengenai pilihan makanan pejal, saya perlu tahu dengan lebih terperinci jenis makanan yang diberikan kepada si kecil ini. Berkemungkinan makanan yang diberi tinggi seratnya sehingga menyebabkan si kecil berasa terlalu kenyang lalu tidak mahu atau kurang minum susu, sedangkan kandungan tenaganya tidak mencukupi.
MENGANDUNGI CECAIR TINGGI
Ads
Makanan atau minuman yang mengandungi cecair tinggi juga boleh menyebabkan si kecil cepat kenyang atau kenyang terlalu lama. Hal ini juga boleh menyebabkan dia kurang minum susu. Perlu difahami, kenyang tidak bermaksud makanan tersebut mengandungi tenaga atau nutrisi tinggi. Begitu juga sebaliknya.
Bagi ibu bapa yang mendapati bayi yang mengalami masalah ini, rujuk mereka kepada Pegawai Dietetik (Dietitian) yang berdekatan untuk nasihat yang lebih lanjut. Dalam pengurusan diet atau pemakanan, analisa terperinci terhadap pengambilan pemakanan amat penting sebelum saranan boleh dibuat. Hal ini kerana, pengambilan diet seseorang individu berbeza dengan individu yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa yang tidak faham tentang apa beza tangisan bayi yang easy going, high need baby ataupun infantile colic. Sebagai ibu bapa terutama bagi yang baru mendapat cahaya mata tentu sekali tidak dapat membezakan tangisan mereka. Ada yang melihat anak baru menangis terus dianggap high demand baby.
Sebenarnya tangisan bayi diketegori kepada beberapa jenis tangisan dan tangisan bayi juga menentukan bagaimana kita sebagi ibu bapa perlu memahami mereka untuk mendidik mereka. Daripada tangisan bayilah ibu bapa akan belajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan bayi.
1. EASY GOING
💧Ciri tangisan dan karektor💧 📍Menangis sekitar 2 jam/24 jam. 📍Mudah di tenangkan. Tak perlu sebarang teknik tertentu untuk mententeramkan mereka. 📍Jarang menangis beria-ia. Malah ramai yang hanya merengek walau sedang benar lapar. 📍 Tiada masalah ditinggalkan sendirian. Boleh ‘bermain’ sendiri.
😴 Stail Tidur 😴 📍 ‘Sleep anywhere, anytime’ kerana kawalan pusatnya yang tinggi. Kawalan pusat ialah kebolehan beralih dari fasa berjaga ke fasa rehat. Maka mereka juga boleh sambung tidur sendiri dengan mudah jika terjaga. 📍 Tak perlu sebarang peralatan tidur spefisik untuk terlelap. Boleh terlelap sendiri.
2. HIGH DEMAND
💧Ciri tangisan dan karektor💧 📍Tegang (intense) 📍Sangat aktik 📍Pengekstrak tenaga penjaga 📍Kerap menyusu 📍Mahu respon segera (menggesa) 📍Kerap terjaga 📍Sukar di puaskan 📍Tidak terjangkakan 📍Sangat sensitif 📍Tidak suka di letakkan 📍Tidak pandai menghiburkan dan menenteramkan diri sendiri 📍Adaptasi rendah terhadap perkara baru 📍Boleh bertenang dengan banyak mendukung, mendakap, menggendong, mendodoi dan sebagainya. Namun perlu teknik khas jika mahukan mereka kekal tenang bila diletakkan.Teknik meniru sensasi alam rahim paling berkesan.
😴 Stail Tidur 😴 📍 Kawalan pusat rendah bermaksud tidak tahu ‘tidur sendiri’. Perlu dibantu setiap kali. 📍Majoriti perlukan gabungan 2 atau 3 alat bantu tidur mirip alam rahim untuk kekal lena contohnya: bedung + bunyian white noise atau bedung + bunyian white noise + buaian, akibat adaptasi pada dunia baru yang rendah.
3. SAWAN TANGIS (INFANTILE COLIC)
💧Ciri tangisan dan karektor💧 📍Kumpulan paling lemah adaptasi pada perkara baru 📍Paling banyak menangis tapi mereka SIHAT. Sekurang-kurangnya 3 jam dalam sehari dan akan berkurangan selepas usia 3 bulan. Sawan tangis(infantile colic BUKAN kembung). Mereka cuma suka nangis. 📍Sangat sukar di tenteramkan walau banyak mendukung dan mendakap. Sangat perlu teknik khas yang meniru alam rahim untuk boleh diam kerana cara rahim saja yang mereka kenal.
😴 Stail Tidur 😴 📍 Sangat perlu bergantung kepada KESEMUA sensasi alam rahim dan selalunya mesti BERTERUSAN sepanjang tidur: bedung + bunyian white noise ‘on’ sepanjang tidur + hayunan ‘on’ sepanjang tidur + hisapan (e.g puting untuk rileks sebelum lena) untuk sekurang-kurangnya sepanjang 3 bulan.
👪Tip Keibubapaan Bagi Semua Kategori👪
🚩Pemahaman tentang personaliti bayi adalah untuk bantu ibubapa faham ‘jenis’ bayi yang mereka miliki serta cara berkesan mententeramkan dan membantu bayi lena. TIADA bayi yang lebih baik dari bayi yang lain.
🚩’Baik’ dan ‘Buruk’ anak pada akhirnya, SANGAT DIPENGARUHI oleh cara ibubapa membesarkan mereka.
🚩 Bayi ‘easy going’ memang ‘sempoi’ dan mudah mesra dengan ramai orang, dalam banyak situasi. Namun terlalu ‘easy’ boleh mengundang risiko seperti gagal mengesan bahaya. Contohnya, individu yang tak patut di dekati atau terlalu mudah beralah kerana enggan mencetus pergaduhan. Sebahagian ibubapa terkurang beri perhatian kepada anak ‘easy’ lantaran kurangnya mereka meragam dan pandai pula ‘buat hal’ sendiri. Ini boleh memberi kesan jika berpanjangan di mana anak boleh merasa kurang di beri perhatian, memendam rasa, tidak mahir menonjolkan diri, menyuarakan pendapat dan menuntut kemahuan.
🚩Bayi high demand dan colic memang ‘menyusahkan’. Ini kerana mereka sangat tahu apa yang mereka mahukan dan tidak akan berhenti menuntut apa yang mereka mahu. Mereka sangat vokal memberitahu apa yang mereka suka dan tak suka. Maka ibubapa boleh memilih untuk menjadi a) ibubapa yang tidak sensitif, dingin dan bermusuhan dengan anak atau b) sensitif, empati dan positif.
Kajian pasukan Sweden yang diterbitkan Acta Paediatrica, mengkaji 50 bayi colic bersama 100 bayi bukan colic. Bayi-bayi di jejaki hingga usia mereka 4 tahun. Hasilnya? Tiada beza ketara dalam corak tidur, makan dan perangai normal kanak-kanak kesemua mereka kecuali ; majoriti kanak-kanak bekas bayi colic sangat beremosi dan bertantrum. Ibubapa pula di kehendaki melengkapkan borang kaji selidik yang mengandungi lebih 50 soalan dan corak jawapan mendapati kanak-kanak bekas bayi colic yang sangat beremosi ini mempunyai persekitaran membesar yang berputar sekitar rasa tak puas hati dikalangan ahli dan rutin hariannya.
Dalam kajian lain oleh pasukan Anne Stright ke atas 1300 kanak-kanak Amerika dari lahir hingga usia gred 1 pula mendapati, pelajar paling cemerlang sikap, ketrampilan diri serta akademik di dalam kelas adalah bekas bayi-bayi colic yang dibesarkan dengan corak keibubapaan yang betul dan positif.
Mengapa ini terjadi? Ini kerana bayi high demand dan colic lebih peka dengan respon dan layanan ibubapa kepada mereka. Maka, mereka paling terkesan dengan apa yang di terima dari ibubapa mereka. Jika apa yang mereka terima itu bersifat positif, maka rasa saling percaya dan hormat akan di bina. Bila ia ada, maka sikap mereka lebih mudah diselaraskan ke arah yang ibubapa mahukan.
Oleh;
Uswatun Hasanah Mohd Habib Konsultan Tangisan Bayi
Penulis Buku Mengapa Bayi Anda Menangis
THB Edu Assc USA
Sumber:
The Happiest Baby on the Block, MD Harvey Karp
Difficult Babies Can Turn Into Super Kids, Gwen Dewar, PHD
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik, pejam celik dah lebih 3 bulan kehadiran Adam Fateh Lee dalam hidup Adam Corrie dan isterinya. Rasa masih baru lagi berita kelahiran si comel Fateh ni.
Sejak masuk 3 bulan macam-macam Fateh dah dapat perkara baru yang buatkan Adam Corrie dan Fazema rasa teruja.
Melalui perkembangan yang dikongsikan oleh abah dan maknya, Fateh dah mula pandai membebel dan main air liur. Lepas ni makin berserilah rumah bila Fateh dah makin pandai.
Ada yang menyatakan selama 10 tahun abah dan mak Fateh tunggu, inilah pengalaman yang sangat dinantikan mereka.
Malah ramai juga yang memuji cara Adam Corrie yang sentiasa dekat dengan Fateh. Mana taknya sibuk penggambaran sekalipun, masa dengan Fateh sentiasa dimanfaatkan.
Rajin melayan dan bercakap dengan Fateh antara yang dipraktikkan oleh Adam Corrie sejak anaknya lahir. Ini antara rangsangan awal yang paling baik untuk perkembangan si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ada yang mempertikaikan status buah hati Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya iaitu Tiara Zinnirah sama ada sah menjadi mahramnya atau tak selepas pasangan ini mengambil anak angkat Mei lalu.
Menurut Achey walaupun sebelum ini isterinya gagal menghasilkan susu badan sendiri tapi Allah mempermudahkan urusannya sekeluarga.
“Saya boleh menarik nafas lega apabila status Tiara dah sah.
Dedah Achey, dia punyai alternatif sendiri apabila isterinya gagal menghasilkan susu badan sendiri.
“Isteri saya berusaha untuk memberikan susu badan untuk anak angkat saya namun kurang berjaya.
“Jadi, doktor sarankan agar berhenti kerana risau akan menjadi punca kanser payudara.
“Pilihan lain yang saya ada hanyalah kakak saya yang kebetulan sedang menyusu badan, jadi dialah ibu susuan Tiara.
“Selain itu, biras saya pun menjadi ibu susuan Tiara. Jadi tiada masalah untuk halalkan hubungan Tiara dan keluarga kami. Kedua-dua keluarga muhrimnya,” kata Achey.
Achey juga menyatakan sebelum itu dia dah pun mendapat pandangan ustaz dan mufti berhubung perkara ini sebab ia sangat merisaukannya.
Dapat pandangan ahli agama
Menurut ulamak, Tiara perlu sekurang-kurangnya lima kali puas susuan dan syukur dapat lapan kali.
“Urusan ini selesai pada Aidiladha lalu dan semuanya berjalan lancar. Tiara sudah jadi darah daging saya,” tambahnya.
Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak tujuh tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat sebelum Syawal lalu.
Sumber: Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.