Anak-anak dalam fasa membesar sememangnya lasak. Akal pun panjang. Ada saja idea nak bermain yang pelik-pelik. Sebenarnya anak yang banyak akal dan lasak ni, bijak orangnya. Mereka cuba mentafsirkan imaginasi mereka kepada sesuatu yang lebih realistik.

Sebab itulah, sofa boleh jadi kubu. Periuk belanga ibu boleh jadi set drum. Batang penyapu jadi gitar. Dalam bilik air pula, mereka buat buih. Habis satu botol sabun dituang ke lantai! Eh, macam-macam lagi lah idea bernas tu. Tak kira lagi yang main alat solek si ibu atau dituangnya bedak penuh satu bilik. Conteng dinding, koyak kertas.

Artikel Menarik: [Anak Buat Salah, Kita Marah. Sedangkan Diri Sendiri, Sana Sini Langgar Peraturan]

 

Tidak salah kalau ditegur anak-anak ini, tetapi janganlah sampai diherdik marah. Apa yang mereka buat, menunjukkan otak mereka berkembang dengan baik. Menurut pemilik akaun Facebook, Mohd Fhais, ibu ayah yang tidak boleh menerima bahawa anak kecil memang nakal dan lasak, sebenarnya belum merdeka. Sebab apa belum merdekka? Kerana mereka ini masih mahu menjajah hidup anak-anak dengan memaksa anak berkelakuan baik mengikut citarasa sendiri.

Mak ayah kalau tak boleh terima bahawa budak kecil memang nakal dan lasak maknanya mak ayah tu belum merdeka lagi.

Lagipun kenakalan dan kelasakan anak-anak ni bukti bahawa perkembangan fizikal dan minda mereka pada tahap yang baik.

Sebab apa belum merdeka?

Sebabnya mak ayah masih lagi mahu menjajah hidup anak-anak dengan memaksa anak berkelakuan baik mengikut citarasa mak ayah sendiri.

IKLAN

Sedangkan setiap anak kecil perlu di beri kebebasan untuk meneroka dan mempelajari survival skil sendiri.

Memang ada masanya cara anak kita meneroka dan belajar ni agak kasar dan ganas sedikit.

Mereka panjat tempat tinggi, mereka guling tak kena tempat, mereka main 24 jam, mereka melompat sesuka hati dan mereka berlari tanpa risau tersadung.

Ini la fitrah jadi budak kecil. Ini memang Learning Method yang Allah dah sediakan khas buat kanak-kanak bawah 6 tahun.

Mereka tak boleh belajar dengan membaca, menulis dan menghafal. Tapi mereka belajar melalui pengalaman, Experience Based Learning. Lagi banyak pengalaman mereka, lagi banyak la mereka belajar.

Apa kita kena buat?

IKLAN

Kita pantau, pantau dan pantau mereka membesar. Supaya mereka jauh dari perkara yang tak baik dan keselamatan mereka terjaga.

Percayalah selagi mak ayah tak boleh terima rumah tak cantik dan bersepah selagi itu la mak ayah tak akan jadi mak ayah yang merdeka.

Akan selalu rasa stress, rasa marah dan rasa tak tenang sebab duk ulang ulang runsingkan benda yang sama.

Ubah mindset mak ayah.

Rumah tak kemas tu tanda anak sihat. Kalau anak tak sihat dia tak akan lasak. Sebab nak jadi lasak ni tulang dan otot badan kena kuat.

Kalau anak tak sihat dia tak akan boleh melompat, memanjat dan berguling sana sini. Tu bukti dia tahu apa fungsi tubuh badan dia.

IKLAN

Kalau anak tak sihat dia tak akan boleh buat kita marah dan geram sebab nak buat kita geram ni dia kena panjang akal dulu, kalau minda tak cerdik mana mungkin akal boleh panjang. Betul tak?

Makin lasak anak kita, makin bijak otak dia akan jadi. Serius!

Jom jadi mak ayah yang merdeka!

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Rumah cantik pun tak bermakna kalau minda anak-anak tak cantik.

Artikel Menarik: [Hati Tenang, Rumah Tangga Bahagia. Amalkan Surah Yusuf & Thaahaa Lepas Solat]

Biarkan anak-anak explore apa yang mereka mahu. Selagi tidak melampaui batas, biarkan mereka bebas untuk belajar sesuatu yang baharu. Anak-anak yang selalu ‘ditahan’ dari melakukan sesuatu akan membesar sebagai penakut dan tidak kreatif. Benar, kalau nak ditahan sabar tu agak payah tapi tak salah kalau kita mencuba kan?

Sumber: Mohd Fhais

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI