Sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi tahap tidak sihat iaitu 201 ke atas di sesuatu kawasan, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu diumumkan sebagai sebahagian daripada pelan tindakan kecemasan menghadapi jerebu bagi melindungi keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah.
Ads
“Garis panduan kita jelas. Jika bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti luar dilarang. Sekiranya IPU melebihi 200, PdPR akan dilaksanakan.
“Maknanya, murid-murid akan mengikuti pembelajaran secara dalam talian dari rumah,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Digital Ultilisation and Technology Awards (DUTA) 2024.
Ads
Beliau turut memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pendidikan telah memberi arahan dan penjelasan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri agar mengambil tindakan segera berdasarkan bacaan IPU setempat.
Ads
Sementara itu, semakan Kosmo! pada portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua kawasan mencatatkam bacaan IPU tidak sihat setakat pukul 4.14 petang ini adalah Johan Setia, Klang (154) dan Nilai, Negeri Sembilan (116).
Sumber: Kosmo Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas pemergian dua kanak-kanak berusia 11 tahun dan dua tahun selepas sambutan Hari Raya lalu, kini seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 12 dari Kluang meninggal dunia pukul 7 pagi semalam, selepas disyaki turut menjadi mangsa strok haba.
Menurut laporan Harian Metro, bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
Ujar bapanya lagi, anak kedua daripada empat beradik itu, mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau, kira-kira 10 malam sejak Ahad lalu.
Malah menurut bapanya lagi, Airiel Syahren dan adiknya serta ibu mereka turut demam biasa dan sudah pun diberikan ubat demam.
Bagaimanapun sehingga jam 10 malam Ahad itu, bapanya mula khuatir selepas mendengar bunyi seperti tergolek lantas ke bilik menempatkan anak keduanya itu.
“Saya meminta mereka tidur di ruang tamu kerana bilik itu sejuk. Selepas itu, saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati anak kekejangan.
“Selepas menelefon talian 999, panggilan disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dan petugas meminta saya menunggu ambulans sampai.
“Dalam tempoh itu, anak saya tetap meronta-ronta sampai terberak, terkencing. Adiknya pun jadi macam itu tetapi sekejap sahaja,” kongsinya.
Menurut Syahrol lagi, pada pukul 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK yang menyuruhnya segera datang ke wad. Ketika meninjau di tabir katil, dia terkejut anaknya sedang diberikan rawatan kecemasan.
“Ketika meninjau di tabir katil anak, saya terkejut apabila mendapati pihak doktor sedang memberikan rawatan kecemasan pada Airiel.
“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak.
“Saya tak sanggup lagi nak melihat anak saya terseksa kerana mata putihnya sudah merah dan saya bercakap dalam hati saya izinkan anak saya ‘pergi’,” katanya.
Ujarnya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat. Tambahnya lagi, anak ketiganya Aidil Syahren, 9, kini stabil dan masih berada di wad.
“Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
PKP yang memasuki fasa ketiga ini sebenarnya sudah pun membuatkan kita redha malah semakin kuat semangat untuk membantu kerajaan menangani wabak jangkitan Covid-19 ini. Pun begitu masih ada di kalangan masyarakat kita yang bersikap mementingkan diri dan tidak ambil kisah akan arahan yang dikeluarkan kerajaan untuk berada di rumah. Hal ini pastinya tambah memburukkan keadaan.
Sikap sebegini yang membuatkan rasa kurang senang terutama di kalangan pekerja barisan hadapan yang bertungkus lumus saban hari malah terpaksa berpisah dengan keluarga demi menyelamatkan insan lain. Perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari di facebooknya yang berdepan dengan jumlah kes yang tiba-tiba meningkat sepatutnya membuka mata semua.
Rakyat perlu kekal di rumah sebagai tanda menyokong para pekerja barisan hadapan sekaligus membendung usaha kerajaan dalam membendung wabak ini. Itu yang sewajarnya kita lakukan.
Saya perasan ramai yang duk cerita banyak kereta mula membanjiri Bandar Seremban sejak awal pagi tadi. Hingga ada yang beritahu PKP seolah-olah dah makin longgar.
Mulalah seharian hati ni rasa tak sedap. Serba serbi tak kena.
Tup-tup sekejap tadi dapat berita 41 kes baru positif dikesan kat Seremban ni!
Bukan 4 kes. 41 woih!
Lemah seluruh sendi badan lalu tersandar ke kerusi masa mula mula tahu berita ni tadi. Satu demi satu wajah rakan-rakan sekerja dekat hospital sana tiba-tiba menerpa ke dalam fikiran.
Ada antara kami yang dah sebulan terpisah dengan isteri.
Ada yang baru seminggu menimang cahaya mata.
Ada yang isterinya sedang sarat mengandung.
Walaupun begitu, mereka tetap cekalkan hati.
Walaupun berada dalam suasana kerja berisiko tinggi untuk terkena jangkitan maut, mereka cekalkan hati.
Walaupun ada yang diarah untuk jalani kuarantin, mereka cekalkan hati.
Walaupun risau setiap kali tiba waktu pulang, takut takut terbawa pulang bencana ke rumah, mereka cekalkan hati.
Malangnya kecekalan tu dibalas dengan sampah busuk oleh sebahagian manusia degil yang tak reti patuh arahan berkurung!
260 kes positif di Seremban, 2 zon merah
Kawan-kawan,
Di Seremban ni sahaja kita dah ada 260 orang pesakit positif. Dua kawasan diletakkan dalam zon merah. Manakala 2 lokasi lagi dah dikategorikan sebagai zon jingga. Lain-lain lokasi hampir kesemuanya termasuk dalam kategori zon kuning.
Sekiranya masih lagi bersikap sambil lewa dan bangga dengan sikap pentingkan diri sendiri, ketahuilah yang kita akan menzalimi lebih ramai orang lebih lebih lagi petugas kesihatan.
Bersedialah untuk menerima lebih banyak kes positif, dikenakan perintah berkurung yang lebih keras serta melihat pertambahan jumlah kematian di kawasan kita ni.
KKM dah berusaha sehabis baik. Namun kita hanya boleh menang jika semua kelompok berikan kerjasama serta patuhi arahan.
Tolong kongsikan pesanan ini pada ahli keluarga dan sahabat agar mereka terus beringat dan berhati-hati. Bukan nak menakutkan,tetapi saya harap kita sama-sama jangan ambil mudah.
Dr Ahmad Luqman Bukhari, Seremban.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita sering dikaitkan dengan tabiat suka membeli belah. Sudah lumrah wanita, terutama apabila ada jualan murah atau untuk menyokong bisnes kawan. Berbelanja umpama satu terapi buat wanita, tetapi bukan bermakna mereka lupa diri dan boros. Ada sesetengah wanita, hanya teringatkan suami dan anak-anak ketika shopping.
Setiap apa barangan yang dibeli adalah untuk keluarganya. Sebagai suami yang baik, janganlah dihalang si isteri untuk shopping sekali-sekala. Reda dan anggaplah ia sebagai satu ganjaran yang anda berikan padanya atas segala pengorbanan yang pernah dia lakukan untuk anda.
Ikuti apa kata pendakwah bebas, Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat tentang sebab dan perbezaan bagi setiap wanita yang suka bershopping.
Terdapat tiga kategori membeli-belah si isteri yang perlu suami ambil tahu:
1. SHOPPING KEPERLUAN – Biasanya untuk beli barangan keperluan rumah dan untuk keluarga. Shopping yang ini mudah diterima suami dan tidak menimbulkan masalah.
2. SHOPPING AKSESORI – Saja-saja beli dan tidak mengikut keperluan. Kalau isteri shopping aksesori, jarang suami nak faham. Lumrahnya memang itulah fitrah wanita sukakan perhiasan manakala lelaki fitrahnya tidak begitu memerlukan perhiasan. Biasanya jika isteri beli barangan ini, akan ditegur oleh suami.
3. KEPUASAN FITRAH DIRI – Keadaan ini perlu suami fahami kerana dengan melayan isteri membeli-belah boleh membahagiakannya. Mereka akan terasa dihargai walaupun hanya berbelanja sedikit atau hanya window shopping dalam suasana yang membahagiakan.
Suami Atau Isteri, Fahami Nasihat Ini
ISTERI
*Rujuk pada suami secara rasional untuk berbelanja. Elak keluarga dengan kawan-kawan kerana wanita cenderung untuk berbelanja boros tanpa kawalan.
*Berbelanja sudah menjadi tuntutan fitrah dan sebagai terapi yang membahagiakan. Tetapi seeloknya keluarlah dengan suami.
*Sebaik-baiknya aturkan jadual untuk bershopping. Contohnya, mungkin boleh keluar ‘balanja besar’ dua kali sebulan dengan bajet tertentu.
*Memang sifat wanita suka belikan barang untuk orang yang mereka sayangi, tetapi sebolehnya elakkan daripada membuatkan suami terasa tidak dihormati kerana berbelanja tanpa kebenarannya.
SUAMI
*Fahami fitrah kewanitaan isteri dan temani dia ketika membeli-belah. Tidak semestinya keluar duit isteri bahagia, kadang-kadang cara anda melayani mereka juga boleh buat isteri bahagia.
*Layankan keinginan mereka untuk bershopping, tetapi kawal keinginan mereka dengan cara yang tidak menyakitkan hati dia.
*Temani isteri shopping, raikan sebahagia fitrahnya dan nasihatlah dengan positif.
*Belikan sesuatu yang istimewa untuk isteri untuk meraikannya, mana tahu dapat bantu mengurangkan tabiat suka membeli-belahnya itu.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...