Karakter untuk lelaki yang bergelar ayah, selalunya cukup sinonim dengan sifat garang macam singa dan tegas. Bagaimanapun seorang ayah perlu tahu cara mendidik anak perempuan. Bukan mudah mendidik anak perempuan. Anak perempuan terkenal dengan sikap lemah lembut dan sensitif.

Ayah Kena Tahu Cara Didik Anak Perempuan

Mendidik anak perempuan dan lelaki berbeza caranya ekoran mempunyai personaliti yang berbeza. Oleh itu, ibu bapa perlu peka dalam mendidik anak-anak. Bagi seorang ayah, pastinya ia memerlukan cara tertentu untuk mendidik anak perempuan.

Tak perlu bersikap garang. Ini rahsianya. Ikuti perkongsian oleh  Taufiq Razif agar menjadi panduan bersama.

Ayah Kena Tahu Cara Didik Anak Perempuan, Tak Perlu Garang Macam Singa

Tak Perlu Garang Macam Singa

LIMA RAHISA ANAK PEREMPUAN YANG SEORANG AYAH WAJIB TAHU 

1. Mereka tengok cara anda layan ibu mereka

Sesekali tu wajar juga untuk suami isteri berbalah di depan anak kita dengn syarat bertikam lidah dengan cara yang terbaik.

Tidak meninggi suara, berbincang dengan tenang dan gunakan bahasa yang sopan. Dari situlah anak perempuan kita belajar tentang Conflict Resolution.

2. Mereka nak rasa keberadaan ayahnya

IKLAN

Sosok ayah ini biasanya seorang yang workaholic dan sangat fokus pada kerja masing masing.

Sesekali kenalah tinggalkan sebentar kerja kita. Layan anak kita sepenuhnya. Tak perlu lama. Cukup 15 minit untuk satu kali sesi pun dah memadai untuk penuhkan tangki emosi anak perempuan. Peluk cium je mereka dan pandang tepat ke anak mata mereka. Itu pun sudah boleh membuatkan jiwa mereka terisi sepenuhnya!

“SHE CARES ABOUT SPENDING TIME WITH YOU. PLAYING WITH YOU. BEING WITH YOU!”

Ayah Kena Tahu Cara Didik Anak Perempuan, Tak Perlu Garang Macam Singa

3. Mereka nak kita faham dunia mereka

Anak perempuan yang sudah remaja, mereka mahu ayahnya kenal dunia mereka. Cuba sensitif dengan isu dan trend terkini, tak terlalu rigid dengan pendapat sendiri dan cuba fahami dunia daripada kacamata anak anak perempuan kita.

IKLAN

Insya Allah anak perempuan kita akan rasa lebih difahami dan didengari. Barulah senang mereka nak dinasihati!

4. Mereka nak kita lindung mereka

Walaupun anak perempuan kita mungkin tak suka dikongkong tetapi mereka masih perlukan seorang pelindung!

Pelindung yang mereka idamkan adalah pelindung yang boleh mendengar cerita mereka, memberi kata kata yang membangun jiwa dan menjadi orang yang pertama yang bersama ketika jatuh bangun mereka.

5. Mereka nak ayahnya penjadi Pengkagum nombor 1 mereka

IKLAN

Mereka akan makin bersemangat jika ayahnya ‘perasan’ dan acknowledge pencapaian mereka.

Mereka nak kita bagi pujian ikhlas daripada hati dan mereka nak kita rasa terharu dengan usaha dan penat lelah mereka berkorban untuk banggakan kita.

Menangislah dengan penuh bangga di depan anak perempuan di atas penat lelah mereka untuk membanggakan kita kerana tangisan kebanggaan seorang ayah adalah hadiah paling indah!

Terima kasih pada semua suami dan ayah di seluruh dunia! You are awesome!

Kredit: Taufiq Razif

Artikel berkaitan: “Baru Merasa Ada Anak Perempuan” Lama Idam Baby Girl, Rupanya Fiza Frizzy Tak Lepas Kirimkan Doa Dari Kawan-Kawan!

Anak Nak Bermanja Tapi Takut Ayah Garang. Jadilah Pelindung Yang Boleh Jadi ‘Geng’

Nak Didik Anak Perempuan Memang Mencabar, Tapi Kalau Tahu Rahsianya Semua Jadi Mudah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI