Seorang bayi Siti Nur Hafifah Muhammad Azhari, 9 bulan yang berjaya diselamatkan dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, semakin sihat dan ceria.
Menceritakan detik cemas semasa kejadian, ibu saudara bayi berkenaan, Suzanliana Mahmood, 37, berkata, dalam kegelapan diselubungi asap tebal, ibunya mencari ke semua anak-anaknya sebelum menjerit meminta tolong.
“Naluri keibuan, walaupun tidak nampak, kerana asap tebal, Alhamdulillah beliau dapat jumpa anak-anak dan meminta anak-anaknya diselamatkan terlebih dahulu.
“Alhamdulillah, sekarang semua anak-anak sihat dan semakin ceria. Cuma selepas kejadian Hafifah dan Siti Nur Safiyah batuk-batuk, manakala ibunya muntah cecair hitam. Kami terus ke Hospital Kuala Lumpur dan mereka di tahan wad selama sehari sebelum dibenarkan pulang,” katanya.
Ads
Sementara itu, anak sulung guru di pusat tahfiz itu, Muhammad Azhari Mahmod, 40, Siti Nur Fatimah,12 turut menceritakan detik cemas semasa kejadian.
Siti Nur Fatimah segera mengejutkan ibu dan adik-adiknya. Dalam keadaan panik, Fatimah begitu cemas dan bimbang keselamatan mereka kerana ketika itu api semakin marak.
Ads
“Masa tu dengar letupan kuat sangat macam bunyi guruh, macam bunyi mesin basuh rosak. Saya terus bangun kejutkan mak dengan adik-adik. Adik dua tahun dengan pakcik. Dia turun (selamatkan diri) dari melalui tangga yang disediakan bomba.
Ads
“Hari kejadian itu juga, hari terakhir saya UPSR. Alhamdulillah lepas cikgu tenangkan saya, saya boleh jawab peperiksaan (Kertas Sains 1 dan 2),” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dia bukan penjenayah. Dia bukan ancaman. Dia hanya seorang budak 10 tahun cedera akibat kekerasan guru, yang masih belajar erti betul dan salah.
Namun pada satu hari di sekolah tempat yang sepatutnya paling selamat selepas rumah tubuh kecil itu menjadi mangsa tindakan orang dewasa yang hilang kewarasan emosi.
Akibat satu kesalahan kecil, menyembunyikan beg rakan, seorang murid menerima hukuman yang tidak sepatutnya diterima oleh sesiapa pun, apatah lagi seorang kanak-kanak.
Memang benarm guru bertindak sebagai tindakan untuk mendisplinkan murid berkenaan namun siapa sangka, akibat tindakan tanpa kawalan yang betul telah memberikan kecederaan kepada murid berkenaan.
Walaupun kejadian ini berlaku bukan di Malaysia, ia harus jadi pengajaran buat semua terutama pendidik. Tidak salah untuk mengajar anak tentang hukuman dan displin namun harus bertindak dengan rasional.
Sebagaimana yang berlaku disebuah sekolah di Thailand. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera dengan mengalami keradangan tulang rusuk akibat kekerasan guru berkenaan. Moga jadi iktibar buat semua.
Guru wanita terbabit bertindak di luar batas apabila meletakkan lutut di perut mangsa dan menyepak kakinya, hingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami keradangan tulang rusuk.
Ramai orang dewasa sering bersembunyi di sebalik ayat, “Saya nak ajar disiplin.” Namun budak 10 tahun cedera akibat kekerasan guru ini membuktikan bahawa disiplin tidak pernah lahir daripada lutut, tendangan atau kekerasan.
Disiplin lahir daripada bimbingan, komunikasi dan kawalan emosi. Dalam kes ini, tindakan guru tersebut bukan lagi mendidik ia sudah menjadi penderaan fizikal.
Lebih memilukan, insiden ini hanya terbongkar selepas ibu mangsa memuat naik aduan di media sosial. Kesakitan yang ditanggung anaknya bukan sekadar luka kecil, tetapi kecederaan yang memerlukan perhatian perubatan.
Kes budak 10 tahun cedera akibat kekerasan guru ini membuka mata masyarakat bahawa masih wujud salah guna kuasa dalam institusi pendidikan.
Guru terbabit akhirnya menangis dan memohon maaf. Keluarga mangsa pula memilih untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang.
Namun persoalannya, adakah satu permohonan maaf mampu memadam ketakutan seorang kanak-kanak terhadap orang dewasa?
Anak kecil yang pernah mengalami budak 10 tahun cedera akibat kekerasan guru berisiko untuk:
Ini bukan cerita tentang satu tamparan atau satu tendangan. Ini cerita tentang kesan psikologi yang boleh terbawa sehingga dewasa.
Keradangan tulang rusuk atau costochondritis ialah keadaan di mana bahagian tulang rusuk dan rawan di sekitarnya mengalami keradangan akibat tekanan atau trauma fizikal.
Antara simptom yang boleh dialami oleh kanak-kanak:
Pada kanak-kanak, risiko kecederaan ini lebih tinggi kerana struktur tulang masih dalam fasa perkembangan. Trauma fizikal bukan sahaja menyebabkan kesakitan sementara, tetapi boleh memberi kesan jangka panjang.
Dan yang lebih membimbangkan trauma emosi selalunya lebih lama sembuh berbanding trauma fizikal.
Hari ini seorang budak lelaki 10 tahun. Esok mungkin anak kita atau cucu kita.
Jika kita terus menganggap kekerasan sebagai “cara mendidik”, kita sedang melahirkan generasi yang belajar bahawa kuasa mengalahkan empati.
Anak-anak tidak perlukan guru yang garang. Mereka perlukan orang dewasa yang waras, tenang dan berjiwa besar.
Kerana mendidik tidak pernah memerlukan kekerasan. Yang diperlukan hanyalah hati yang masih manusia.
Tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan restoran, namun perlu mematuhi penjagaan kesihatan sewaktu negara sedang berdepan wabak koronavirus (Covid-19).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada peruntukan atau hukuman dikenakan ke atas ibu bapa yang membawa kanak-kanak ke kawasan awam berkenaan kerana ia tidak diwartakan.
Bawa jika perlu
“Tidak ada tegahan untuk tidak benarkan kanak-kanak pergi membeli mainan, beli-belah dan sebagainya bersama ibu bapa mereka.
“Cuma sering kali saya nasihatkan, kalau boleh jangan bawa kanak-kanak kerana mereka golongan berisiko tinggi dan ibu bapa kena jaga kepentingan anak mereka walaupun dipakaikan pelitup separuh muka.
“Tidak ada hukuman kerana tidak diwartakan yang kanak-kanak tidak boleh dibawa ke restoran dan pusat beli-belah tapi kerana anak-anak berisiko tinggi dengan jangkitan Covid-19, kita galakkan tidak bawa anak bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.
Boleh bawa anak beriadah, cuma ikut SOP
Tegasnya, kerajaan juga tidak menetapkan halangan untuk kanak-kanak beriadah di taman permainan dan pusat beriadah, namun perlu mematuhi jarakan sosial selain tidak berhimpit-himpit.
Ditanya sama ada panggung wayang sudah dibenarkan beroperasi, beliau berkata, perkara itu belum diputuskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Teruskan pemeriksaan SOP di seluruh negara
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat sebanyak 69,370 pemeriksaan di seluruh negara bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP dengan melibatkan seramai 16,712 anggota.
Pada masa sama beliau berkata, PDRM telah menahan 61 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
“Daripada jumlah ini, sembilan individu telah direman dan 52 individu telah dikenakan kompaun.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti di pub dan kelab malam (44 individu), aktiviti refleksologi atau urut (empat) dan aktiviti yang menyukarkan jarakan sosial,” tambahnya.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah bergelar ibu kepada dua anak lelaki, pelakon Anzalna Nasir mengakui masanya kini lebih tertumpu kepada keluarga terutama dalam membesarkan anak-anak.
Menurut Anzalna atau nama sebenar, Nur Anzalna Md Nasir, 34, anak-anak merupakan punca utama kenapa dia mengambil keputusan untuk memperlahankan karier seninya sebagai seorang pelakon dan semakin jarang kelihatan di kaca televisyen.
“I still love being a mother. Penat yang puas! Dapat tidur tiga jam pun, bangun pagi tetap bertenaga bila tengok muka anak-anak.
“Paling best bila anak-anak dah besar nanti kita boleh cerita ragam mereka daripada baby sampai ke besar sebab kita sendiri yang menjaga mereka.
“Ada maid atau tidak, tugas menjaga anak 100% pada saya dan suami. Tak nak anak membesar di tangan orang lain (punca kenapa saya tidak shooting drama),” tulisnya dalam perkongsian di InstaStory.
Hasil perkongsian hidup dengan Hanif Zaki, Anzalna mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia tujuh bulan.
Walaupun baharu memiliki dua anak, namun Anzalna berkata rumahnya tetap ‘kec0h’ dengan ragam dan keletah anak-anaknya.
“Anak dah dua ni kecoh juga. Baru dua tau… hahahaha. Kadang terfikir macam mana my mum and dad jaga kami lima beradik without helper. Hebattt!” tulisnya lagi.
Sekadar info, Anzalna memulakan kerjaya seni selepas bergelar finalis Dewi Remaja 2009/2010.
Antara drama lakonannya yang menjadi perhatian ialah seperti Memori Cinta Suraya, Dendam Aurora dan Love You Mr. Arrogant.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.