Seorang wanita hamil terpaksa berjalan kaki selama 40 minit menyeberangi Tambak Johor dari Singapura ditemani anak berusia dua tahun selepas pas lawatan anaknya tidak dilanjutkan.
Jessie berkongsi kisah itu di Facebook miliknya dan dimuat naik portal World of Buzz sebelum tular di laman sosial.
Katanya, perjalanan mengambil masa 6 jam dari Singapura ke Kastam Johor, Imigresen dan Kompleks Kuarantin termasuk 40 minit berjalan kaki menyeberangi Tambak Johor.
Menurutnya, dia telah membuat permohonan permit kemasukan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada 23 April dan menerima respon pada 25 April.
Beliau yang juga guru pendidikan awal kanak-kanak menjelaskan bas Malaysia yang diatur untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Singapura akan tiba pada 2 Mei.
Justeru, beliau terpaksa pulang ke Johor dan berasa sedih melihat anaknya perlu berjalan kaki.
“Saya mulakan perjalanan dari Singapura sekitar jam 8 pagi. Disebabkan hamil, saya terpaksa melihat anak berjalan jauh.
Ads
“Sebaik tiba, kami jalani pemeriksaan kesihatan oleh petugas perubatan dan dibawa ke sebuah hotel di Johor untuk jalani kuarantin.” katanya suami bekerja dan tidak dapat menemaninya.
Shera Aiyob, pengacara Pa&Ma TV musim ketiga berkongsi cerita di isntagramnya apabila anak beliau, Nadi Anaqi sendiri yang meminta untuk tidur berasingan. Beliau turut berkongsi, sebelum ini sudah mencuba untuk meletakkan tempat tidur anaknya secara berasingan, tapi Anaqi sendiri yang menolak.
Beliau yang mendirikan rumahtangga bersama Zahiril Adzim, pelakon dan juga mengacara bersamanya dalam Pa&Ma musim ketiga di Astro Prima & Maya HD, setiap selasa dikurniakan seorang anak lelaki, Nadi Anaqi (6 tahun lebih).
Hari ini dalam sejarah (hidup kami).
Anak Mommy minta tidur katil sendiri. Macam mimpi. Selalu kita suruh bukan main taknak lagi. Tapi katil je sendiri, bilik tetap sekali. Heh.
Biarlah.
Pelan-pelan.
Percubaan mengasingkan ni dari awal lagi dah dibuat tapi tak menjadi. Nak paksa tak sampai hati. Biarlah kami sempit berhimpit janji happy.
Dan sekarang bila dia minta sendiri, Mommy pula emosi. Apahal??
Ramai yang mengalami situasi yang sama, bila nak asingkan anak terasa emosi. Ada juga Netizen berpendapat, mungkin itu ruang untu Shera dan Zahiril memberikan Anaqi adik baru memandangkan Anaqi hampir memasuk umur 7 tahun.
Kes tular seorang ibu yang kehilangan bayinya baru-baru ini meruntun hati dan emosi seorang ibu. Ibu mana yang mahu meninggalkan anaknya sendiri. Tak mungkin!
Bagi mengelakkan kes yang sama berulang lagi atau bimbang kita leka pada persekitaran, seorang doktor perubatan, Dr Ita Jusnita berkongsi tip menetapkan ingatan atau reminder ini menggunakan aplikasi Waze yang sentiasa menjadi pembantu kita sepanjang memandu.
Sekurang-kurangnya dengan ingatan ini, sebaik sampai ke destinasi, Waze membantu. Mak ayah wajib tetapkan di telefon sekarang!
5 LIFE SAVING STEPS- BAGAIMANA WAZE MUNGKIN MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA KANAK-KANAK
Baru-baru ini seluruh Malaysia hiba di atas musibah yang melanda seorang ibu yang juga merupakan Doktor Perubatan, yang saya pasti tidak sengaja dan bukan atas kehendak dirinya, terlupa bahawa bayinya ditinggalkan di dalam kereta. Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya.
Ini bukan kes baru. Pernah beberapa kali juga musibah ini kita dengar berlaku. Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan risiko kejadian ini berulang?
Saya juga baru mengetahui fungsi di aplikasi Waze ini atas tunjuk ajar seorang sahabat (credit to Kak Muhaida).
Saya berpendapat ianya wajar dikongsi dan mungkin dapat MENYELAMATKAN NYAWA ANAK-ANAK.
Aplikasi Waze boleh set “Child Reminder” dan peringatan akan keluar apabila anda sampai ke destinasi.
Saya tunjuk 5 langkah untuk set reminder ini di ruang gambar dan caption.
Langkah #1 Buka aplikasi Waze dan klik icon 3 garisan seperti dalam gambar.
Langkah #5 Boleh customise mesej yang anda mahu. Saya pilih untuk Waze remind saya dengan tanya di mana anak-anak saya, Fateh dan Faisal? Dengan mesej ini, ianya membuatkan saya berfikir sejenak, di mana anak-anak saya ketika itu?
Mesej akak pop-up sejurus kereta sampai dan BERHENTI di destinasi. Contoh di video akhir. Tonton sehingga video tamat ya.
Baru-baru ini tular sekeping gambar dimana seorang budak cedera apabila termakan umpan milik bapanya. Menurut sumber, kanak-kanak tersebut mungkin tidak dapat membezakan umpan dan makanan kerana mangsa masih kecil.
Rata-rata netizen termasuk kaki pancing menasihati agar meletakkan barang yang merbahaya di tempat yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Memasukkan objek ke dalam mulut, bukanlah satu penyakit; ia perkara semula jadi dan cara bayi anda mempelajari dunia sekeliling mereka. Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita adalah untuk mengawasi mereka setiap masa dan seberapa yang boleh, memberi mereka persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa bayi berumur 6-18 bulan menghabiskan 30 minit sehari memasukkan pelbagai objek ke dalam mulut, menggigit, menghisap, dan meleleh air liur pada sebarang objek yang mereka dapat. Walaupun secara puratanya tempoh masa mereka memasukkan objek ke dalam mulut tidak begitu lama jika dibandingkan dengan tempoh bayi tidur, namun apa yang ibu bapa harus berwaspada adalah masa 30 minit ini terjadi sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh guna yang memberi manfaat sama menang kepada kecenderungan petatih anda untuk memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan pada masa yang sama tidak membimbangkan anda:
1. Rumah yang selamat untuk bayi.
Jangan tinggalkan barangan peribadi anda bersepahsepah di atas lantai rumah.
Beli bekas yang selamat untuk bayi untuk menyimpan barang-barang yang anda suka letak merata-rata seperti kunci, telefon pintar, duit syiling dan butang-butang. Jauhkan bekas tersebut dari kanak-kanak (letakkan lebih dari 1.75 meter daripada aras lantai).
Jangan lupa bahawa produk-produk beracun seperti bahan pencuci, peluntur dan bahan mencuci yang lain hendaklah disimpan jauh daripada kanak-kanak. Jangan lupa juga untuk melabelnya.
Periksa di bawah kerusi dan di antara kusyen, meja dan permaidani agar tidak terdapat bahan-bahan berbahaya dan pastikan anda kerap melakukannya.
Wayar dan kabel-kabel tambahan hendaklah dipasang di dinding dengan kemas, diikat dengan sempurna dan diletakkan jauh dari penglihatan kanak-kanak dan tidak boleh dicapai. Tutup soket elektrik dengan palam keselamatan atau penutup keselamatan yang tertutup rapat apabila soket tidak digunakan.
Kunci barang-barang tajam dan berbahaya yang biasa terdapat di dalam laci di ruang tamu atau kabinet dapur.
Kabel-kabel telefon sentiasa menjadi ancaman penjerutan, gunalah telefon tanpa wayar buat seketika. Langsir dan kain penutup juga boleh menjadi ancaman – anda hanya perlu mengikatnya cukup tinggi agar tidak dicapai oleh kanak-kanak.
baby-putting-object-in-mouth
Barang-barang yang berbahaya bagi bayi dan petatih: Duit syiling, butang, permainan dengan bahagian-bahagian kecil, permainan yang keseluruhannya boleh dimasukkan ke dalam mulut bayi, guli, belon, pengikat rambut kecil, gelang getah, pen atau penutup marker, bateri kecil jenis butang, magnet peti ais dan ketulan makanan haiwan.
2. Jadi ibu bapa yang cerewet.
Pastikan anda memilih permainan yang sesuai untuk umur anak anda.
Lazimnya pengilang permainan akan melabelkan produk mereka dan ini dapat membantu anda mengenalpasti jenis permainan yang sesuai untuk bayi anda.
Pastikan permainan yang anda beli dibuat dengan sempurna dan tidak mudah rosak.
Kenalpasti dan ketahuilah mekanisma permainan yang anda beli. Perhatikan bahagian-bahagian kecil, komponen yang mudah tanggal dan bucu-bucu tajam.
Sentiasa awasi kanak-kanak kecil bermain. Jangan lupa juga untuk menyimpan semua permainan di dalam bekas selepas bermain.
Jangan membiarkan anak yang lebih dewasa berkongsi permainannya dengan bayi kerana permainan kanak-kanak yang lebih dewasa mungkin tidak sesuai untuk bayi anda. Begitu juga dengan makanan. Adakalanya, adik beradik suka berkongsi makanan atau gemar menyuap bayi makan. Ia adalah cara yang baik untuk mengajar mereka menjadi bertanggungjawab tetapi pastikan anda menerangkan kepada mereka apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan dan sentiasa awasi mereka!
3. Sentiasa selia.
Selia semasa waktu makan, pastikan anda dan pasangan anda atau pengasuh sentiasa ada untuk menyelia.
Seorang kanak-kanak harus duduk tegak semasa waktu makan, mereka tidak seharusnya makan sambil bermain, berlari atau berjalan, dan elak juga daripada memberi makan di dalam kereta.
Jika anda ingin memberi anak anda makanan pepejal, gigit sedikit untuk menjadikannya saiz kecil sebelum memberi kepada bayi anda atau potong menjadi saiz yang boleh digigit iaitu tidak melebihi ½ inci.
Masak makanan keras seperti karot atau brokoli sehingga lembut dan boleh dikunyah. Elakkan sama sekali kacang, bijian atau bertih jagung, tidak berbaloi mengambil risikonya.
Kerap menghidrasi anak anda apabila makan tetapi elak daripada minum sambil makan, sebaliknya beri minuman antara suapan.
Adalah penting untuk menghentikan pemberian makanan bayi dan memberi anak anda makanan yang lebih pejal – ia perlu dilakukan secara berperingkat dan dengan selamat.
Adalah lebih baik untuk memberitahu kepada mereka yang terlibat dalam penjagaan anak anda mengenai jenis makanan yang boleh dan tidak boleh diberi kepada bayi anda sehingga dia boleh mengunyah atau boleh menerima makanan pepejal dengan sempurna.
AAP telah menyenaraikan bahan-bahan makanan berikut sebagai bahaya tercekik bagi kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun: hot dog, gula-gula keras, gula-gula getah, kacang-kacang dan bijian, ketulan keju, anggur yang tidak dipotong, bertih jagung, ketulan mentega kacang tanah, sayur mentah, dan kismis.
Kemungkinan besar sepanjang tahun pertamanya, anak anda telah memasukkan pelbagai jenis objek ke dalam mulutnya. Tetapi ingatlah bahawa bukan semua perkara itu menyeronokkan dan satu permainan. Tercekik benar-benar mengancam anak anda dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, ambillah langkah berjaga-jaga, sentiasa menjaga keselamatan dan berwaspada, ketahui mengenai keputusan yang diambil berkenaan anak kesayangan anda. Juga tidak merugikan untuk mempelajari beberapa pengetahuan asas mengenai resusitasi kardiopulmonari (CPR) kanak-kanak dan teknik menyelamat atau pertolongan cemas kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa anak anda jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Tidak kira samada bayi, petatih, atau kanak-kanak sekolah, rumah anda harus menjadi tempat di mana anak anda boleh menjelajah dengan selamat. Lagipun, menyentuh, memegang, memanjat, dan menjelajah merupakan aktiviti-aktiviti yang membantu tubuh dan minda anak anda berkembang, dan ia harus digalakkan.
Bila kandungan sudah masuk trimester ketiga, especially bila due date dah makin dekat, kebanyakan ibu mula rasa cemas dan tertanya-tanya adakah cara bagi membantu percepatkan bersalin secara natural?