Kehamilan

Ibu Hamil Mudah Terkena Carpal Tunnel Syndrome. Kebas, Sakit Menyengat Jari & Tangan Akibat Saraf Tertekan

Share

Carpal Tunnel Syndrome atau Sindrom Terowong Karpus memang menyakitkan. Wanita hamil tidak terkecuali!

Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberikan kesedaran kepada kesakitan yang mungkin dianggap biasa tetapi sebenarnya perlu diberikan perhatian. Sehinggakan pada tahap yang teruk, ia memerlukan pembedahan.

Tanda-tanda carpal tunnel syndrome

Kesakitan berpunca daripada saraf median yang membekalkan rasa kepada tangan dan jari akibat tekanan berpanjangan.

Pemendapan air pada tangan & jadi punca kepada ibu hamil. Pergerakan berterusan, tekanan/ gerakan pada pergelangan, kecederaan, postur tidak sesuai atau kepatahan juga turut menyumbang kepada terjadinya sindrom ini.

Hadkan pergerakan dan berehat boleh mengurangkan kesakitan.

Ubat-ubatan, fisioterapi, suntikan & pembedahan antara rawatan yang diberikan kepada pesakit carpal tunnel syndrome.

Sumber:  Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan 

IKLAN