
Bolehkah ibu hamil makan durian? Setiap kali musim durian tiba pasti persoalan seperti ini muncul, sama ada ibu mengandung boleh menikmati buah kesukaan ramai itu atau sebaliknya.
Ada yang mengatakan durian boleh membahayakan kandungan, manakala ada juga yang percaya ia selamat dimakan. Jadi, apakah fakta sebenarnya?
Hakikatnya, sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan wanita hamil tidak boleh makan durian. Buah ini mengandungi pelbagai vitamin, mineral serta antioksida yang boleh memberi manfaat kepada tubuh jika diambil secara sederhana.
Satu cawan durian segar atau sejuk beku, kira-kira 243 gram, mengandungi sekitar 357 kalori. Selain itu, ia turut membekalkan kira-kira 66 gram karbohidrat, 13 gram lemak dan 3.6 gram protein.
Durian juga mempunyai sifat antibakteria dan antikulat secara semula jadi. Oleh itu, ia boleh dimakan oleh wanita hamil selagi pengambilannya tidak berlebihan.
Namun begitu, seperti makanan lain, durian bukanlah buah yang boleh dinikmati tanpa kawalan. Pengambilan secara berlebihan boleh memberi kesan yang kurang baik, terutama kepada golongan ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.
Anemia berlaku apabila paras hemoglobin dalam darah menjadi rendah sehingga menyebabkan gejala seperti cepat letih, pening, sakit kepala dan sukar tidur.
Bagi wanita hamil, keadaan ini boleh meningkatkan risiko komplikasi kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Durian mengandungi asid folik yang penting untuk membantu pembentukan hemoglobin. Oleh sebab itu, pengambilan durian dalam kuantiti sederhana boleh membantu memenuhi keperluan asid folik sepanjang kehamilan.
Selain asid folik, durian juga kaya dengan folat yang memainkan peranan penting dalam pembentukan tisu badan.
Nutrien ini membantu menyokong perkembangan otak serta tulang belakang bayi, sekali gus menjadi antara sebab mengapa folat sangat diperlukan sepanjang tempoh kehamilan.
Masalah sembelit sering dialami oleh wanita hamil akibat perubahan hormon yang berlaku sepanjang kehamilan.
Kandungan serat dalam durian boleh membantu melancarkan sistem penghadaman dan bertindak sebagai julap semula jadi. Serat juga membantu mengurangkan tempoh pendedahan usus kepada bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Selain vitamin dan mineral, durian turut mengandungi zink, triptofan serta organo-sulfur yang mempunyai sifat antioksida.
Antioksida membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas dan bahan pencemar, sekali gus memberi manfaat kepada ibu serta bayi dalam kandungan.
Durian turut membekalkan pelbagai mineral penting seperti zat besi, magnesium dan tembaga.
Mineral-mineral ini diperlukan oleh tubuh sepanjang kehamilan kerana ia membantu menyokong fungsi badan serta menyumbang kepada aliran darah yang baik kepada janin.
Walaupun ibu hamil makan durian dibenarkan, terdapat beberapa golongan yang dinasihatkan supaya lebih berhati-hati atau mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.
Secara keseluruhannya, ibu hamil makan durian adalah dibenarkan dan dianggap selamat berdasarkan bukti saintifik yang ada, asalkan diambil dalam jumlah sederhana.
Durian sememangnya mengandungi pelbagai nutrien yang bermanfaat, namun pengambilan berlebihan boleh meningkatkan pengambilan kalori dan gula yang tidak diperlukan.
Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes gestasi atau berada dalam kumpulan berisiko, sebaiknya berbincang dengan doktor sebelum menikmati durian.
Paling penting, nikmatilah raja buah ini secara berpada-pada supaya ibu kekal sihat dan bayi dalam kandungan terus membesar dengan baik.
Baca lagi: Fattah Amin, Amira Othman Timang Cahaya Mata Sulung. “Jadi Anak Soleh Penyejuk Mommy Daddy”
Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil
RM100 Sebulan Untuk Rakyat Selangor, Semak Kelayakan Anda Sekarang!
Sumber: Youtube Pa&Ma