Alamak, dah pukul 2 pagi, tapi mata masih lagi segar. Susahnya bila tak boleh tidur. Pada waktu ini, kita mesti tertanya-tanya, apa sebenarnya yang membuatkan kita mempunyai masalah tidur malam?
Sebenarnya, tidur mempunyai hubungan yang kompleks dengan aktiviti kita sepanjang hari. Tidak dinafikan, ramai yang tidak sedar bahawa makanan yang diambil pada waktu siang boleh membuatkan kita sukar untuk tidur malam.
Tetapi, untuk wanita yang hamil, masalah tidur boleh membawa bahaya yang tersendiri. Malah, kekurangan tidur boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada diri dan juga kandungan.
Masalah tidur malam sering dikaitkan dengan komplikasi seperti preeklampsia yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Jadi, jika anda tak boleh tidur malam, inilah masanya untuk memandang masalah ini dengan serius.
Tak boleh tidur malam? Makanan anda mungkin puncanya!
Wanita yang mengandung selalunya akan rasa penat dan letih sepanjang hari. Selalunya, tidur tidak akan menjadi masalah kerana ibu yang berbadan dua ini amat mudah untuk terlelap.
Walaupun begitu, ada juga yang rasa terlalu penat hingga sukar untuk melelapkan mata, lebih-lebih lagi apabila sudah melepasi trimester pertama. Sebab itulah ramai yang sukar tidur malam!
Pada awalnya, ibu mungkin rasa penat disebabkan perubahan hormon, terutamanya hormon progesteron ketika hamil. Dalam masa yang sama, kehamilan juga akan membuatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah menurun.
Ads
Namun, selepas trimester pertama berakhir, ibu akan rasa penat disebabkan stres pada badan. Perut yang makin membesar dan memberat juga akan membuatkan ibu rasa letih secara fizikal. Inilah yang akan membuatkan ibu hamil susah tidur malam! Malah, wanita yang mempunyai masalah tidur sebelum ini akan rasa lebih sukar untuk tidur ketika hamil.
Tak boleh tidur malam? Ambil 5 makanan ini!
Jika anda inginkan tidur yang lebih lena, ada beberapa makanan yang amat sesuai dan berkhasiat untuk ibu hamil:
1. Susu suam atasi masalah tak boleh tidur malam
Susu suam merupakan minuman yang amat berkhasiat untuk ibu hamil. Segelas susu mengandungi sejenis asid amino yang penting iaitu tryptophan. Tryptophan boleh menambah penghasilan melatonin, satu hormon yang dapat membantu kita tidur dengan lebih nyenyak. Untuk tidur yang lebih lena, cuba tambahkan sesudu madu ke dalam minuman anda.
2. Makan pisang untuk elak kaki kejang
Kejang kaki ketika hamil merupakan salah satu punca ibu mengandung mengalami masalah tidur malam. Pisang mengandungi potassium yang dapat membantu melegakan masalah kejang kaki. Jadi, jika anda susah tidur malam disebabkan masalah ini, cuba masukkan pisang ke dalam diet anda setiap hari.
Ads
3. Bayam, murah dan berkhasiat
Bayam merupakan sayuran kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja ia mudah didapati, harganya juga murah dan boleh digunakan di dalam pelbagai lauk-pauk masyarakat kita. Namun, tahukah anda bayam boleh mengurangkan stres dan melegakan kegelisahan?
Bayam mengandungi magnesium, sejenis bahan yang boleh melegakan tekanan dan membantu ibu hamil untuk tidur lebih lena. Magnesium bukan terkandung di dalam bayam sahaja. Ia juga boleh didapati di dalam sayuran hijau yang lain.
4. Makan telur untuk tidur lebih lena
Kadar gula dalam darah yang naik turun juga boleh menjadi punca masalah tidur malam bagi ibu mengandung. Telur merupakan satu makanan yang kaya dengan protein. Ia juga dapat membantu menstabilkan tekanan darah dan membuatkan ibu mengandung tidur lebih nyenyak. Cuba makan telur rebus dengan roti bakar untuk nutrisi lengkap pada waktu pagi.
5. Teh hijau untuk masalah tak boleh tidur malam
Ads
Teh hijau merupakan minuman yang mempunyai pelbagai khasiat. Walau bagaimanapun, pastikan anda pilih teh hijau yang tidak mempunyai kafein! Teh hijau mengandungi theanine, sejenis bahan yang mempunyai 1001 kelebihan untuk ibu mengandung. Ia dapat membantu anda untuk tidur lena di samping mengurangkan stres.
6. Ikan salmon, kaya asid lemak omega-3
Salmon merupakan makanan super yang amat berkhasiat untuk ibu mengandung. Bukan sahaja ia mengandungi asid lemak omega-3 untuk membantu menyokong perkembangan bayi, ia juga merupakan ‘ubat’ tidur yang sangat mujarab. Bukan itu sahaja, ikan salmon juga amat baik dimakan pada waktu malam kerana ia boleh membantu menstabilkan kadar gula dalam darah sepanjang malam.
7. Ubi kayu untuk bantu masalah pencernaan
Siapa sangka ubi kayu boleh membawa banyak manfaat kepada ibu hamil. Mereka yang mempunyai masalah tidur boleh cuba makan ubi kayu bakar untuk mendapatkan sumber magnesium dan potassium untuk keperluan harian. Malah, ia juga kaya dengan serat yang boleh membantu melegakan segala masalah pencernaan.
Kesimpulan
Masalah tak boleh tidur malam boleh mendatangkan pelbagai isu kesihatan kepada ibu mengandung. Ia bukan sahaja dapat mengganggu kualiti hidup, masalah tidur juga boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes jenis 2, serangan jantung, depresi dan juga peningkatan berat badan.
Menurut kajian, ibu hamil yang tidak mendapatkan tidur secukupnya pada trimester 1 dan 2 lebih berisiko untuk mengalami masalah kesihatan sewaktu menginjak ke trimester 3. Oleh sebab itu, ibu yang mengandung perlu menjaga tidur masing-masing untuk kemaslahatan bayi dalam kandungan. Selain itu, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda mempunyai masalah tidur sebelum mengandung.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak lelaki manja? Layankan je. Masa kecil dia manja. Sikit-sikit ibu, sikit-sikit ayah. Ada je request dia. Tapi ibu ayah ketahuilah bahawa bila dia dah besar esok, dia bakal jadi jauh lebih dewasa dari kita.
Jarang dah nak panggil ibu, ibu tolong itu ini. Banyaknya buat sendiri. Baru betul lelaki sejati pada dia.
Lebih banyak buat hal sendiri, dengan kawan-kawan dan dunia dia. Serius, kita akan terasa jarak lifestyle kita dengan dia nanti.
Konon-konon dah matang, nak peluk cium kita pun dia dah malu nanti. Sekarang pun berperang juga la nak cium dia, asyik ngelak je.
Perasan tak setiap kali di kedai makan atau ke mana-mana tempat, gajet dengan anak sukar nak berpisah. Jika tak dapat, mulalah anak buat drama sehingga ibu bapa pun jadi tak tenang.
Jadi pilihan terakhir terpaksa jugalah beri gajet untuk pastikan anak diam, ibu bapa pun boleh makan dengan selesa. Sebenarnya menurut Puan Ruby Atika, ada beberapa cara mudah untuk uruskan anak ketika di kedai makan. Berikut antara perkongsiannya.
Apa cara supaya tak payah bagi hp masa di kedai makan?
1) ibu mesti bawa buku kecik mcm buku 555 tu dan sebatang pensel/pen dalam handbag. Jadi masa di kedai, anak boleh conteng-conteng. Boleh ajak anak lukis orang lidi, lukis ulat gonggok, lukis robot, lukis keretapi..
2) buku 555 tu, boleh juga koyak kertasnya sekeping dua. Buat lipat-lipat pula. Lipat jadi jet terbang, jadi kapal, jadi love, jadi bunga.
Gambar Hiasan
3) kalau anak yang besar sikit, buku 555 tu boleh ajak anak main binggo.
4) guna duit syiling, ajak anak surih pada kertas dlm buku 555 tu. Nanti nampak gambar bentuk duit pada kertas.
5) main teka duit syiling ada di tangan mana? Kiri ke, kanan?
6) perhatikan gambar-gambar yang ada pada duit kertas. Sembang-sembang pasal warna duit dan gambar-gambar yang ada bagi setiap duit tu.
7) ayah campak duit syiling ke atas dan tekup di tangan. Anak dan mama kena teka duit kepala ke, ekor. Kalau makanan dah sampai, lagi banyak boleh buat. Sebab dah bersembang pasal makanan pula.
Ada orang yang bimbang anaknya buat perangai di kedai makan. Mungkin ibu bapa patut bersedia dengan mainan yang anak suka, sebelum ke kedai makan. Tak kira la Lego ke, kereta ke, torch light ke..
Tapi kalau duduk saja di kerusi terus mula dengan hp, memang susah dah nak tarik balik hp tu. Dia mesti akan marah punya.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Tak dinafikan ada sesetengah anak kecil memang suka ‘buat’ orang. Mereka rasa benda itu seronok untuk dibuat. Kadang-kadang ibu ayah pun mereka pukul jika ada rasa tak puas hati tentang sesuatu. Anak mungkin tak tahu perbuatan itu tak elok, jadi kita sebagai ibu ayah kena ajar mereka.
Sekiranya perkara ini sering berlaku sehingga mempengaruhi tingkah lakunya, perlulah dilakukan sesuatu untuk mengatasinya. Di dalam perkongsiannya, Faizatul Iman berkongsi tip untuk mengendalikan masalah ini.
Hari ni saya belajar tentang tips bagaimana nak urus jika anak memukul kawan atau kita. Kadng-kadang anak mula memukul selepas berumur setahun ke atas. Anak pada usia ini memang selalu berbuat begitu. Cara bijak yang kita boleh amalkan;
1️⃣ Ambil kaki atau tangannya dan terangkan kegunaannya yang betul. “Izzah, Allah gives you hand to eat, to draw, to hold thing and to sayang sayang, usap usap ummi macam ni, to hug. Bestkan.”
2️⃣ Ambil tangannya dan gosokkan pada bahagian kawan/kita yang disakiti tadi. “Allah gives hands to sayang-sayang, kesian ummi pain Izzah pukul. Meh kita gosok dan tiup kat kaki Ummi ni. Baca doa dan blow sihatkanlah kaki Ummi Allah.”
Sumber foto: www.freepik.com
3️⃣ Ajar anak minta maaf pada kawan. “Jom, minta maaf dekat kawan ye. Ikut ummi. Izzah minta maaf. Izzah tak sengaja.”“I’m sorry/ saya minta maaf” Kita juga minta maaf pada penjaga anak yang disakiti anak kita.
4️⃣ Ambil tangan anak kita dan gosok pada dirinya dan nyatakan, “Izzah anak baik, anak solehah good girl. Allah sayang”
5️⃣ Ulang dengan penuh sabar bila insiden terjadi lagi.
Sumber foto: www.freepik.com
Fasa anak memukul sewaktu berumur 2 tahun tiada kena-mengena dengan akhlak. Pada usia ini anak agak memikirkan dirinnya sahaja. Mereka belum pandai bergaul lagi. Skil interpersonal mereka belum lagi develop. Ini sebahagian dari proses membesar. Jadi sangat penting kita ajar dan tunjukkan fungsi yang betul untuk tangan, mulut dan kakinya.
Sumber foto: www.freepik.com
Walaupun ianya proses membesar sebagai ibu bapa yang bijak dan soleh solehah, kita mestilah mahu menggunakan masa ini untuk mengajar anak betul betul tentang akhlak dan adab yang baik. Dengan memberi penerangan membantu develop pemikiran anak lebih cepat.☺️
Begitulah, FAIZATUL IMAN BINTI MAKPOL Jom install adab dan akhlak yang baik dalam diri anak.🥰 #ImanParentingJourney
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.