Masa kini, banyak kelahiran dilalui secara pembedahan caesarean disebabkan komplikasi-komplikasi tertentu. Walau apa pun cara kelahiran bayi, semuanya ada risiko tersendiri. Samalah halnya dengan kelahiran caesarean.
Jika terlalu kerap melahirkan anak secara caesarean, maka makin tinggi risikonya. Disebabkan itulah sering kedengaran orang berkata had untuk kelahiran caesarean cuma empat sahaja. Persoalan tentang berapa kali ibu hamil boleh melahirkan anak secara pembedahan tiada jawapan yang jelas.
Menurut kenyataan Dr. Marra Francis, satu atau dua kali kelahiran caesarean tidak mempunyai sebarang risiko nyata kepada ibu atau bayi. Namun, apabila ia melibatkan kelahiran caesarean untuk kali ketiga dan berikutnya, akan ada risiko komplikasi yang nyata.”
Mari kita fahami risiko-risiko yang mungkin boleh timbul daripada kelahiran secara pembedahan caesarean yang kerap.
Ads
Parut di tisu organ dan rahim
Setiap kali melahirkan anak secara pembedahan caesarean yang mana ia melibatkan bahagian perut, maka anda akan mendapat parut di bahagian berkenaan. Apabila kerap bersalin secara caesarean, maka makin banyak parut di bahagian itu yang akhirnya akan menyebabkan pembedahan caesarean di masa akan datang menjadi lebih payah dikendalikan.
Ads
Masalah berkaitan uri
Kekerapan pembedahan caesarean boleh mengakibatkan gangguan kepada uri. Oleh sebab itulah, doktor sering risau tentang masalah uri seperti uri melekat dan uri lekang.
Kecederaan pundi kencing atau usus
Komplikasi sebegini jarang kedengaran, namun risikonya tetap ada kepada mana-mana ibu hamil yang kerap melahirkan anak secara caesarean.
Ads
Pendarahan banyak
Pendarahan yang banyak boleh berlaku apabila anda menjalani pembedahan caesarean, sama seperti risiko-risiko lain dan akan meningkat bila semakin kerap anda bersalin secara pembedahan. Kekerapan bersalin secara pembedahan menyebabkan anda berisiko mengalami pendarahan banyak dan meningkatkan risiko histerektomi (satu prosedur pembedahan untuk membuang rahim sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya).
Apa-apa pun, sebagai manusia anda tidak dapat menjangka proses kelahiran bayi. Mungkin anda seboleh mungkin mahu melahirkan bayi secara normal, namun jika keadaan memaksa, anda perlu reda. Apa yang penting, anda tahu dah fahami risiko-risiko yang bakal berlaku.
Sehubungan itu, anda perlu mematuhi nasihat doktor untuk menjarakkan kehamilan seterusnya. Dibimbangi jika anda terpaksa melahirkan anak berikutnya melalui pembedahan caesarean juga. Di sinilah akan berlaku konflik kerana ada peningkatan risiko kepada anda dan bayi di dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap bayi yang masih menyusu memerlukan amaun susu yang secukupnya bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mereka. Oleh itu, sudah menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan perkara ini terjamin.
Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui petanda si kecil anda sudah cukup minum susu!
Petanda si kecil anda sudah cukup minum susu!
#1. Berat badan bayi meningkat
Pertama sekali, ibu bapa dapat mengetahui bahawa si kecil sudah cukup minum susu sekiranya berat badan bayi meningkat dengan sihat. Ia boleh diukur melalui kenaikan berat badan mereka sebanyak 400 g sehingga 1 kg setiap bulan.
#2. Lihat pada jumlah dan warna najis bayi
Anda juga boleh menilainya dengan melihat kepada jumlah dan warna najis bayi yang dikeluarkan setiap hari.
Bayi yang normal dan cukup minum susu selalunya akan mempunyai najis berwarna kuning cerah dan cair dan menggunakan sekurang-kurang 1 lampin dalam sehari.
Jika si kecil langsung tidak membuang air besar dalam satu hari, ia mungkin menunjukkan bahawa mereka tidak dapat susu yang cukup.
#3. Perhatikan gerak dan bunyi yang dibuat oleh bayi
Anda juga boleh lihat pergerakan bahagian antara leher dengan dagu bayi ketika mereka sedang menyusu.
Perhatikan jika dagu bayi kelihatan turun lebih jauh ke bawah selama beberapa saat sebelum kembali ke posisi yang asal. Ini menunjukkan bahawa bayi cukup minum susu.
Selain itu, cuba dengar bunyi yang dikeluarkan oleh bayi. Jika anda terdengar bunyi seakan “glug, glug, glug’’ atau “slurp, slurp, slurp’’ semasa mereka menyusu, ia juga merupakan petanda bayi cukup minum susu.
#4. Payudara menjadi lembut dan kempis
Para ibu juga boleh melihat perubahan pada diri anda. Untuk mengetahui jika si kecil anda cukup minum susu atau tidak, perhatikan payudara anda.
Sebelum menyusukan bayi, payudara selalunya berasa penuh dan kembung. Selepas menyusukan bayi, ia akan berubah menjadi lembut dan kempis.
Selain itu, petanda si kecil kenyang dengan susu adalah penyusuan badan tidak lagi menyakitkan bagi anda.
#5. Bayi kenyang susu akan tidur lena
Bayi yang kenyang atau cukup minum susu akan tidur dengan lena. Bagi orang lama, keadaan ini dipanggil sebagai ‘mabuk susu’.
Jika bayi anda kerap tertidur setiap kali selepas menyusu badan dan mereka kelihatan begitu nyenyak, ini menunjukkan si kecil anda sudah cukup minum susu.
Pun begitu, ini semua hanyalah petanda asas yang dapat dilihat pada luaran sahaja.
Untuk mendapatkan lebih kepastian, sila bawa bayi anda berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut okay!
Kredit: Hello Doktor, Info Ibu Hamil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi seorang ibu bekerja bukanlah satu tugas mudah. Anda perlu lebih menjaga diri atau ada 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin akan dialami. Jom ketahuinya.
Bukan mudah tugas seorang ibu bekerja
Memegang tugas seorang ibu dan memiliki kerjaya bermakna anda akan berdepan dengan banyak isu tentang anak-anak selain tugasan hakiki kerja, sudah pasti ia menyebabkan tekanan. Sekiranya ibu bekerja yang sibuk berasa tertekan, ini akan menyebabkan timbul isu kurang fokus dalam pekerjaan.
Keadaan tersebut pastinya cenderung menurunkan kadar produktiviti. Tanpa sedar, tuntutan kerja dan tanggungjawab keibuan akan memberikan kesan kepada badan. Selain tekanan, ketidakseimbangan ini boleh sebabkan masalah kesihatan seperti penyakit fizikal.
Masalah kesihatan mempengaruhi ibu bekerja
Sebagai ibu, pasti anda mahu menjadi yang terbaik buat anak-anak. Tetapi dalam masa yang sama, anda tetap perlu menjaga kesihatan diri.
Berikut 8 masalah kesihatan yang berisiko untuk anda alami:
Sakit belakang
Duduk berjam-jam di meja kerja boleh menyebabkan ketegangan otot leher, belakang dan bahu. Balik ke rumah, perlu mendukung anak pula. Itu antara punca sakit belakang yang anda alami.
Kurangkan risiko anda daripada mengalami sakit belakang dengan bergerak sebanyak mungkin. Sekurang-kurangnya, setiap jam, bangun dan berjalan-jalan di sekitar kawasan kerja anda. Lakukan regangan pada bahagian bahu dan leher. Untuk meregangkan bahagian belakang, angkat dan pegang antara kedua belah tangan ke belakang badan.
Sakit kepala
Ini antara masalah kesihatan yang paling kerap menyerang. Biasanya disebabkan kurang tidur, tekanan, kurang penghidratan yang banyak menjejaskan ibu yang mempunyai kerjaya. Sebaiknya, anda perlu menjaga kadar pengambilan cecair agar mencukupi. Sentiasa pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Jika sakit kepala menyerang sewaktu di tempat kerja, urut dengan perlahan bahagian sisi kepala. Masih tidak baik? Apa kata anda rehat beberapa minit dengan mencari tempat yang tenang daripada bunyi bising, ini antara pencetus masalah sakit kepala.
Ketidakselesaan usus
Antara masalah kesihatan berkaitan ketidakselesaan usus atau irritable bowel syndrome (IBS) yang sering melanda ibu bekerja adalah seperti sembelit atau cirit-birit. Ia boleh berlaku disebabkan dehidrasi, tabiat pemakanan yang tidak baik dan sudah tentu, tekanan.
Elakkan masalah ini dengan memperbanyakkan pengambilan probiotik yang baik untuk kesihatan usus dan serat daripada buah, sayuran dan bijirin. Banyakkan minum air sepanjang berada di pejabat dan pastikan anda meluangkan masa beberapa minit untuk berehat daripada menghadap skrin.
Kegelisahan
Memikirkan banyak tugasan kerja dan rumah yang perlu dilakukan akan membuatkan anda berasa terbeban dan gelisah. Keadaan tersebut boleh mengakibatkan badan sukar berehat dan menjejaskan proses pencernaan. Kerja dan tugas seorang ibu tidak akan pernah terhenti. Jadi berikan sedikit masa untuk diri anda sendiri. Anda boleh biarkan si kecil bermain di laman rumah sambil anda menikmati minum petang bersama pasangan.
Untuk elakkan wujud rasa gelisah ketika di tempat kerja, senaraikan isu penting yang perlu diutamakan dan letakkan had untuk perkara lain.
Saluran susu tersumbat
Bagi ibu yang lakukan penyusuan eksklusif, mungkin sukar untuk mengepam susu pada waktu bertugas. Payudara yang tidak dikosongkan dengan betul boleh sebabkan masalah bengkak susu, saluran susu tersumbat dan masititi iaitu jangkitan bakteria pada tisu buah dada. Berbincanglah dengan pihak pengurusan tempat kerja anda tentang keperluan anda untuk memperuntukkan masa mengepam susu atau ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Jika masalah bengkak berlaku di tempat kerja, urutkan payudara sekitar saluran susu tersumbat.
Sakit pelvis
Otot ligamen serta tisu penghubung yang meregang semasa proses bersalin mengambil masa lama untuk pulih kepada keadaan asal dan boleh sebabkan kesakitan. Keadaan itu pastinya menyebabkan ketidakselesaan buat ibu bekerja yang perlu duduk di meja kerja selama berjam-jam.
Hindari masalah kesihatan ini dengan meluangkan 10 minit untuk melakukan senaman Kegel dan senaman abdomen bagi menguatkan otot bahagian tersebut.
Sindrom terowong karpal
Carpal tunnel syndrome berlaku apabila tisu penghubung menjadi longgar. Ia boleh menjejaskan keseluruhan badan. Buat ibu yang menyusu, anda akan lebih terdedah untuk mengalami masalah ini. Biasanya sindrom ini wujud kesan daripada pergerakan berulang, seperti menaip.
Kurangkan risiko dengan elak meletak pergelangan tangan di papan kekunci semasa menaip. Perbuatan itu memerlukan anda melentur pergelangan tangan ke atas. Sebaliknya biarkan pergelangan tangan anda berada pada kedudukan yang sama di atas meja dan letakkan pelapik jika perlu. Jika perlu semasa di tempat kerja, pakai pembalut pergelangan tangan untuk memastikan ia berada pada kedudukan neutral semasa menaip.
Kekurangan nutrien
Kekurangan nutrien seperti zat besi dan vitamin B12 buat ibu bekerja boleh menyebabkan keletihan. Keadaan ini akan lebih kronik buat ibu menyusu badan dan berkerjaya. Disarankan untuk anda memperbaiki diet pemakanan harian anda atau mengambil suplemen multivitamin dengan zat besi setiap hari.
Sentiasa menjadi yang terbaik
Setiap ibu yang bekerja akan menghadapi cabaran unik. Sudah tentu sebagai ibu, anda mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga. Tidak salah jika anda sentiasa cuba bahagikan masa, tenaga, serta pemikiran antara tanggungjawab di rumah dan tempat kerja dengan sebaiknya.
Namun ibu-ibu semua, kesihatan diri tetap perlu diutamakan, okay?
Ketika anak tidak sihat, kita akan membawa mereka untuk mendapatkan rawatan di klinik. Biasanya jika tiada sebarang jangkitan yang serius, doktor tidak akan membekalkan antibiotik untuk si anak.
Antibiotik hanya dimulakan jika terdapat indikasi atau tanda-tanda jangkitan bakteria. Selalunya apabila seorang anak itu demam, batuk dan selesema adalah disebabkan jangkitan virus. Jadi tidak berkesan untuk ‘dilawan’ dengan antibiotik.
Ada lah sekali tu seorang mak ni masuk ke bilik rawatan. Sebelah tangan dukung erat tubuh anak lelakinya manakala tangan sebelah lagi menggenggam sapu tangan.
Kelihatan cairan jernih meleleh dari hidung budak 4 tahun tu.
Sebaik saja wanita tadi melabuhkan punggungnya ke kerusi dia bersuara, “Doktor, saya datang ni nak dapatkan antibiotik untuk anak ini.”
Wajahnya berkerut kerut. Cemas barangkali.
“Sekejap ya puan. Anak puan demam ke? Tak sihat dah berapa hari?”
“Dia ni batuk selsema sejak semalam. Malam tadi saya sentuh badan waktu dia tidur, rasa panaslah.
Itu yang lepas mandikan pagi tadi terus saya bawa dia ke sini. Nak beri makan ubat antibiotik biar cepat elok.”
Satu persatu masalah diceritakan.
Saya tak pasti dari mana mak ini dapat petua macam ni tapi apa yang saya perasan ramai parent yang pilih untuk suap anak antibiotik masa tak sihat.
Dah biasa saya temui ada yang demam selesema, terus nak mintak antibiotik.
Ada yang demam, batuk, selesema tak sampai sehari pun, terus nak mintak antibiotik.
Paling tak tahan bila ada yang siap tanya boleh tak nak mintak siap-siap bekalan antibiotik sebab dia nak travel jauh!
Jangan wei!
Tak boleh suka suka ambil ubat antibiotik. Salah guna akan buatkan bakteria jadi makin kebal dan ubat yang sama tak kan berjaya bunuh bakteria tu lagi. Bahaya.
Antibiotik ni kita hanya mulakan jika terdapat indikasi atau tanda-tanda jangkitan bakteria.
Selalunya demam, batuk atau selsema banyak disebabkan oleh virus. Tak berkesan pun jika kita nak lawan dengan antibiotik.
Sebab tu bila anak dapat jangkitan, saya suka pesan pada parent untuk semak dulu cara kita jaga anak.
Ada lagi tak kita bagi anak makan jajan, minum air kotak atau bantai fast food yang banyak MSG tu?
Real food untuk up kan level imun ada tak masa dia orang breakfast, lunch dan dinner? Ke jarang-jarang jumpa?
Berapa banyak anak minum air setiap hari?
Oh ya, snek yang tinggi kandungan gula kita masih belikan untuk anak lagi ke?
Bukan apa, banyak penyakit hari ni berpunca daripada perut yang tak terjaga dengan baik. Akhirnya imuniti anak jadi lemah. Tak kuat nak protect badan dari jangkitan.
Jadi bila anak tak sihat, selain beri rawatan yang betul, sepatutnya itulah waktu kita revise balik benda apa yang selama ni kita duk suap masuk ke mulut anak.
Semoga ilmu yang saya beritahu ni dapat diamalkan oleh mak ayah semua. Ingat, tak usah cepat sangat nak cari antibiotik. #kongsikan info & ilmu ni pada pasangan dan keluarga kita semua ya.