Ads

Ibu Hamil Tujuh Bulan & Anak Melecur, Motosikal Terbakar Selepas Dirempuh RXZ!

Ibu Hamil Tujuh Bulan & Anak Melecur, Motosikal Terbakar Selepas Dirempuh RXZ!

Niat seorang ibu hamil untuk keluar membeli barangan keperluan bersama anak lelakinya bertukar menjadi tragedi apabila motosikal yang dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan RXZ Members 8.0 di Persimpangan Buluh Gading, Kuala Nerus, Terengganu pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, Syafirah Salim, 36, yang sedang hamil tujuh bulan menunggang motosikal Honda Beat bersama anaknya, Ahmad Asyraf Talhah, 13.

Ibu dan anak itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Tanjung Sabtu menuju ke Pasar Batu Enam bagi membeli barangan keperluan harian sebelum insiden berkenaan berlaku.

Ibu Hamil Tujuh Bulan & Anak Melecur, Motosikal Terbakar Selepas Dirempuh RXZ!

Kemalangan RXZ Members 8.0 Berlaku Selepas Dirempuh Dari Belakang

Bagaimanapun, motosikal yang dinaiki mereka dipercayai dirempuh dari arah belakang oleh sebuah motosikal Yamaha RXZ yang dikaitkan dengan peserta program RXZ Members 8.0.

Berdasarkan siasatan awal polis, penunggang Yamaha RXZ berusia 24 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh dan menggelongsor ke arah motosikal mangsa.

Pelanggaran tersebut dipercayai menyebabkan berlaku tumpahan minyak sebelum kedua-dua motosikal terbakar dalam kejadian yang mencetuskan perhatian ramai di media sosial.

Dua Motosikal Terbakar Selepas Tumpahan Minyak

Motosikal Honda Beat yang dinaiki Syafirah dan anaknya hangus sepenuhnya, manakala motosikal Yamaha RXZ dilaporkan terbakar kira-kira 80 peratus.

Akibat kejadian itu, Ahmad Asyraf mengalami kecederaan melecur kira-kira 60 peratus pada bahagian pinggang hingga ke bawah badan. Syafirah pula mengalami kecederaan melecur pada kedua-dua belah tangannya.

Ads

Walaupun mengalami kecederaan, ibu hamil tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan terus menerima rawatan di hospital.

Anak Dirawat Di ICU Akibat Kecederaan Melecur

Ahmad Asyraf kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Menurut bapanya, Talhah Mahmud, 61, anak sulungnya terpaksa ditidurkan bagi membolehkan doktor menjalankan prosedur membersihkan luka serta melakukan pemantauan rapi.

Remaja berkenaan dilaporkan sempat sedar seketika pada pagi Ahad. Namun, kadar degupan jantungnya kembali meningkat dan dia masih memerlukan rawatan intensif.

Keadaan luka melecur yang luas membimbangkan kerana lapisan luar kulitnya sudah tiada, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya jangkitan.

Ads

Ibu Hamil Tujuh Bulan & Anak Melecur, Motosikal Terbakar Selepas Dirempuh RXZ!

Suami Harap Isteri, Anak Dan Bayi Dalam Kandungan Selamat

Talhah memberitahu bahawa isterinya sedang dalam perjalanan ke Pasar Batu Enam untuk membeli barangan keperluan ketika kemalangan itu berlaku.

Dia yang masih menggunakan tongkat akibat kecederaan lutut selepas terbabit dalam kemalangan kira-kira lima bulan lalu mengakui tidak sanggup menonton rakaman kejadian yang tular di media sosial.

“Saya tidak salahkan mana-mana pihak. Saya cuma berharap isteri, anak dan bayi dalam kandungan selamat serta cepat sembuh,” katanya.

Polis Jalankan Siasatan Kemalangan RXZ Members 8.0

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, penunggang Yamaha RXZ yang berasal dari Bandar Jengka, Pahang hanya mengalami kecederaan ringan iaitu bengkak pada lutut serta luka di tangan.

Ads

Lelaki berusia 24 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Kes kini masih dalam siasatan pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

Ibu Hamil Tujuh Bulan & Anak Melecur, Motosikal Terbakar Selepas Dirempuh RXZ!

Anak akan dapat akaun Simpan SSPN bernilai RM30, goodies istimewa dan sijil penyertaan. Sambil bermain, dapat hadiah! Daftarkan anak segera di: https://www.majalahpama.my/edutainment-fest/

Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!

Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia

Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Program NUTRISEL: Inisiatif Hebat Sarapan Percuma Untuk Pelajar Selangor

Program NUTRISEL menyediakan sarapan percuma kepada 106,000 pelajar di 962 sekolah seluruh Selangor mulai 3 Ogos hingga 3 Disember 2026.