Walaupun hamil, anda masih boleh keluar bercuti. Jangan jadikan kehamilan sebagai penghalang untuk anda mengendurkan tekanan. Ikuti panduan-panduan berikut bagi membantu anda melakukan aktiviti bercuti dengan aman tanpa sebarang kemusykilan.

Ibu Hamil Yang Ingin Bercuti Pastikan Anda Melakukan 5 Perkara ini Sebelum Menaiki Pesawat!

  1. Hanya setelah morning sickness reda

Awal kehamilan, lazimnya wanita hamil dibayangi dengan gangguan morning sickness. Dianjurkan untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh mendatang kemudaratan sebelum kandungan berusia 12 minggu. Saranan waktu terbaik untuk anda bercuti ialah trimester kedua, iaitu antara bulan ke-4 dan ke-6.  Waktu yang seharusnya dihindari untuk bercuti terutamanya yang melibatkan penerbangan pesawat ialah minggu ke-36 hingga minggu ke-38.

  1. Lakukan pemeriksaan doktor

Tubuh yang sihat akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti sepanjang percutian. Jadi, sebelum bercuti dan melakukan perjalanan jauh, anda harus mendapatkan pemeriksaan doktor. Dalam pada itu, jangan lupa untuk membawa bersama buku rekod kesihatan anda ketika bercuti. Jika berlaku hal yang tidak diingini kepada kehamilan anda, buku berkenaan dapat dijadikan rujukan oleh doktor yang bakal membuat pemeriksaan.

  1. Pilih destinasi yang tidak terlalu jauh

Sebaik-baiknya,  usahakan untuk tidak bercuti ke destinasi yang terlalu jauh ketika masih hamil. Biarpun anda boleh ke luar negara, namun elakkan berlama-lama di dalam pesawat. Ada baiknya, pilih destinasi domestik. Bagi yang mahu bercuti di atas puncak gunung pula, anda tidak digalakkan untuk berada di ketinggian yang melebihi daripada 3600 meter daripada paras laut.

  1. Pakai tali pinggang keselamatan

Demi alasan keselamatan, anda masih perlu untuk memakai dengan betul tali pinggang keselamatan. Tidak kiralah sama ada di dalam kereta, pesawat kapal terbang atau apa-apa juga jenis kenderaan yang memerlukan anda menggunakan tali pinggang keselamatan. Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa kecelakaan yang lebih teruk dapat dihindarkan jika anda menggunakan tali pinggang keselamatan dengan betul.

IKLAN
  1. Dapatkan vaksin perjalanan

Semasa hamil, sebaik-baiknya elakkan daripada melawat negara-negara di mana vaksinasi diperlukan! Jika masih perlu ke destinasi berkenaan, berjumpalah doktor kerana lebih arif tentang vaksin yang selamat diambil. Jika anda sedang cuba untuk hamil dan mahu ke luar negara pula, dapatkan vaksinasi yang diperlukan sekurang-kurangnya empat minggu sebelum berusaha hamil.

Ibu Hamil Yang Ingin Bercuti Pastikan Anda Melakukan 5 Perkara ini Sebelum Menaiki Pesawat!

Kapal terbang atau kenderaan darat?

IKLAN

Mana-mana kenderaan pun ada risiko tersendiri. Namun, anda harus peka dan tahu apa yang perlu dilakukan usai memilih kenderaan berkenaan sebagai pengangkutan kala bercuti.

 Pesawat kapal terbang

  • Anda perlu tahu, keadaan fizikal dan tahap kesihatan anda mengizinkan anda melakukan penerbangan atau sebaliknya.
  • Mintalah tempat duduk di bahagian AISLE bagi memudahkan anda pergi ke tandas.
  • Minum air kosong yang cukup bagiu mencegah dehidrasi.
  • Membawa ubat-ubat yang diperlukan selama perjalanan.
  • Berjalan kaki di lorong pesawat setiap dua jam sekali untuk melancarkan aliran darah di kaki dan mengurangkan rasa sakit pinggang dan punggung.
  • Gerakkan kaki anda setiap 30 minit sekali untuk menghindarkan masalah kekejangan kaki.

 Kereta atau bas

IKLAN
  • Adalah lebih baik perjalanan menaiki kenderaan darat dihadkan kepada hanya enam jam sehari.
  • Pasangkan tali pinggang keselamatan dengan betul. Pastikan posisi tali berkenaan berada di bawah perut anda. Jangan pasangkan ia di bahagian tengah ataupun di atas perut. Hal ini sangat membahayakan bila terjadi kemalangan.
  • Digalakkan untuk berhenti berehat setiap 90 minit untuk meregangkan tubuh agar badan tidak berasa sengal dang lenguh.
  • Sediakan bantal leher untuk menghindari ketegangan di bahagian berkenaan.
  • Jangan lupa bawa ubat-ubatan yang anda perlukan.

Risiko terbang dengan pesawat

Golongan ibu hamil dianggap memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mengalami gangguan ringan hingga risiko yang paling teruk iaitu keguguran. Gangguan yang paling biasa dialami ialah kekejangan dan bengkak di bahagian kaki. Hal ini lazimnya terjadi terhadap penerbangan yang memakan masa tiga hingga lima jam dan ke atas.

Gangguan yang lebih serius adalah thrombosis (pembekuan darah). Gejalanya ialah bahagian belakang kaki terutamanya di bawah lutut mengalami bengkak, nyeri dan berwarna kemerah-merahan. Hal ini disebabkan oleh ketidaklancaran peredaran darah.

Ada dua cara yang boleh dilakukan untuk mencegah kekejangan hingga boleh menyebabkan darah membeku. Gunakan compression sock yang membantu merangsang pengaliran darah di kaki dengan lancar.

Satu lagi cara ialah setiap satu jam, lakukan regangan ringan sekadar yang mampu selama kira-kira lima minit. Mulakan dengan gerakan leher, bahu hingga hujung kaki.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI