Masalah selesema antara yang kerap kali berlaku pada anak kecil. Kadang baru je baik dari selesema, tak lama selepas itu berair semula hidung. Disebabkan masalah ini, mood anak pun jadi terganggu. Bukan hanya selesema saja, batuk pun sama juga. Seolah-olah ia berulang.

Umumnya selesema ini disebabkan oleh jangkitan pada saluran pernafasan atau alahan terutamanya pada hidung. Bayi mudah diserang selsema kerana sistem imunisasinya tidak bersedia untuk melawan kuman. Sebenarnya bayi dilahirkan dengan sistem kekebalan tubuh terhadap penyakit, tetapi memerlukan masa untuk sistem imun mereka menjadi matang sepenuhnya.

Berikut antara tip yang boleh mama cuba seperti yang dikongsikan oleh Puan Mizhana Padzi dan selalu diamalkan pada anak-anaknya sendiri.

Tips hentikan lelehan berair hingus hidung anak yang degil

Semenjak jadi ibu, saya belajar macam-macam cara terbaik kalau anak jatuh sakit
Syukur sangat Allah bagi saya mula kenal sakit dulu sebelum kelahiran anak pertama saya (gambar ini adalah anak kedua saya). Dari situ saya banyak belajar kaedah alternatif selain perlu ambil ubat.

Saya tak pernah kenal apa itu sakit yang teruk tiada penawar sehinggalah saya kena ekzema kronik.

Sewaktu sekolah rendah saya pernah jatuh dari tempat tinggi hingga siku saya terlari dari kedudukan asal. Doktor nasihatkan simen tapi nenek saudara saya seorang tukang urut pilih untuk rawat saya dengan kaedah alami, seperti urut dan balut tangan saya dengan herba yang sangat busuk tapi wangi akar kayu sehinggalah tangan saya baik.

Bila saya diuji Allah kena ekzema kronik semasa hamil dan doktor asyik ulang saya tidak boleh ambil ubat sebab saya hamil, di situ saya belajar memahami rupanya tak semua ubat bagus dan setiap ubat pasti ada kesan sampingannya.

Saya ingat lagi punyalah saya tak tahan ekzema saya teruk sewaktu hamil, saya yang curi curi makan ubat pil untuk gatal dan alahan tanpa pengetahuan doktor.

Selepas saya buntu ekzema saya tiada perubahan dan semakin teruk lepas saya kerap sapu ubat steroid dan krim aquos, injection steroid pun sudah (selepas bersalin),
Saya mula belajar kaedah alternatif dan alami bila sakit semudah sakit demam, batuk selsema anak kecil.

Memang dari anak sulung saya hingga anak kedua saya, dan saya serta suami kalau demam batuk selsema kami sudah tidak telan ubat mahupun panadol. Suami saya yang alami migraine kronik dulu tak pernah ambil painkiller.

IKLAN

Sebelum itu saya bukan begini. Saya ni dari belajar di University lagi selsema sikit je saya tak tahan dah saya akan terus ke farmasi mintak ubat yang paling power.

Saya jadi begini lepas ekzema saya akan flare balik setiap kali saya makan sebarang ubat.
Dalam naturopati saya belajar bahawa ubat mengganggu liver dan buah pinggang, jika ekzema tahap serius, ekzema akan mula mengganas hanya sebab ubat.

Maka saya fikir, kalau ubat tak bagus untuk liver dan buah pinggang saya, apatah lagi anak anak kecil saya.

Maka, selagi saya boleh suap bone broth, minyak kelapa dara organik (ia antibiotik semulajadi untuk fight virus) dan keep sponging (basahkan towel 4 helai dalam air lemon atau air suam campur cuka epal, satu kain letak di kepala, 2 helai kain letak di celah ketiak kiri kanan, satu kain lagi letak di tulang belakang anak, basahan towel setiap 5 ke 10 minit) anak saya untuk turunkan suhu, itulah yang saya ulang buat sambil baca doa anak demam. Itu saja amalan saya urus anak-anak kecil demam.

Dan disebabkan saya pernah lihat adik saya kena sawan masa 2 tahun akibat demam terlalu panas, saya belajar dari doctor yang nasihatkan ayah saya bahawa anak kecil dari bayi hingga 2 tahun tak boleh berbaju dan berselimut macam orang dewasa bila demam
Mereka harus dipakaikan pampers saja dan bagi kena aircond. Zaman tu banyak rumah tiada aircond, doctor suruh ayah saya bagi adik duduk dalam kereta kena air conditioner kereta.

Memang saya tak pernah cakap apa kalau orang suruh anak saya makan ubat setiap kali mereka demam (saya tidak jawab saya tak prefer ubat dan pilih kaedah alami)
Sebab saya hormati pilihan dan cara orang lain.

Cuma satu je saya perasan, anak-anak kecil yang kerap batuk demam selsema lagi kerap bagi ubat lagi kerap berulang simptom yang sama. Kalau anak itu ada ekzema, ekzema pun mengganas sekali berulang kali. Bila nak habis cycle begini.

Tapi anak-anak saya yang jarang ambil ubat, sekali on cara alami, demam batuk selsema cepat sangat baik (sepantas 24 jam dah nampak kesan) dan nak demam batuk selsema semula sangat susah dan jarang jarang sekali dengan izin Allah.

IKLAN

Kalau kerap beri ubat tiba-tiba nak cuba kaedah alami, memang awalnya suhu anak batuk anak lambat baik (kesan lambat, tapi sabar ia akan mula bekerja merawat badan anak)
ps : hidung anak saya berair non stop sebab berjangkit dengan sepupunya, saya sapu minyak kelapa dara campur sedikit kunyit sapu atas hidung (RUJUK STEP BUAT MINYAK KUNYIT INI DI GAMBAR DI BAWAH), terus berhenti leleh tu lepas 4 jam. Dan saya ulang suap singgang ikan dan sup ayam. 2 hari dah setel Alhamdulillah.

Ibu Ini Kongsi Tip Hentikan Lelehan Berair Hingus Hidung Anak. Berkesan & Selamat!

Resepi minyak kunyit untuk hentikan hidung berair (running nose) anak,

1sk minyak kelapa dara organik
1sk air kunyit hidup (kunyit hidup yang digosok di tepi lesung batu hingga ia keluarkan air)

Gaul sebati, sapu atas batang hidung anak

Cara saya treat batuk anak-anak pula, saya suka buat minyak zaitun campur bawang putih bakar sangai tanpa minyak (RUJUK STEP BUAT MINYAK INI DI GAMBAR DI BAWAH) . Sapu di dada anak-anak. Esok terus lega batuk.

Ibu Ini Kongsi Tip Hentikan Lelehan Berair Hingus Hidung Anak. Berkesan & Selamat!

IKLAN

Garlic oil for cough

Ketuk 2 ulas bawang putih, sangai dalam. kuali tanpa minyak hingga ada kesan burnt sikit

Letakkan burnt garlic dalam bekas, tuang 1sb Extra Virgin Olive Oil (saya guna Olivie dari Olive House)

Dah sejuk, sapu dada anak malam-malam

Maaf bilik tidur anda akan busuk bau bawang putih, suami saya yang bising sebab busuk pun suka kaedah ini untuk senyapkan anak yang batuk tak henti akhirnya

Kredit: Mizhana Padzi

Ibu Ini Kongsi Tip Hentikan Lelehan Berair Hingus Hidung Anak. Berkesan & Selamat!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI