Apabila bergelar seorang ibu, tanggungjawab sebenarnya makin bertambah. Dengan nak menguruskan rumah tangga, kerjaya, uruskan keperluan anak bukan sesuatu yang mudah. Tambah lagi perlu dilakukan serentak.

Bagi ibu yang mengalami situasi ini, tiba-tiba rasa stres dengan kerja rumah, sebenarnya ada cara yang boleh buatkan ibu rasa tidak serabut. Seperti perkongsian Nuraiman Zulkifli ini mungkin boleh dijadikan panduan buat anda.

6 CARA SAYA KURANGKAN STRESS DENGAN KERJA RUMAH

Alhamdulillah saya ada tiga anak umur 5 tahun girl, 3 tahun boy, dan 6 bulan girl. Cara yang saya dapat ini hasil dari pengalaman saya sendiri dekat 6 tahun berkahwin dan asbab juga saya join #mmgm founder by my mentor Zuera Burn dan segala bagai seminar, training serta buku-buku parenting yang saya baca, juga buku serta planner by Hani Mynis Allah lorongkan ilmu-ilmu ini.

Ibu Ini Kongsikan 6 Cara Kurangkan Stres Dengan Kerja Rumah Sambil Urus Anak Kecil

Even nak menyusu anak dengan posisi yang selesa pun saya baru dapat bila masuk anak ketiga. Kalau sebelum ni sakit pinggang je memanjang walaupun siap beli bantal menyusu.

Baik, jom kita starttttt. Ini cara saya:

Bila tengok anak tumpahkan air, conteng dinding, melalak, memekik, bergaduh, buat sepah, rosakkan barang dalam rumah.

Bila nak bertukar hijau je, tarik nafas dalam-dalam. Buat beberapa kali. Ingat yang mereka ini juga manusia, ada perasaan, ada hati, dan mereka masih tidak tahu mana betul dan salah dan kita masih perlu ingatkan mereka baaaaaanyakkkkkk kali. Sabarrrrrrrrr.

And that doesn’t mean takkan terlepas situasi di mana mak-mak ni akan bertukar hijau juga. Cuma cara cope with the situation itu yang improved. Just chill and be forgiving of yourself. Jangan sabotaj diri sendiri. Bersedia untuk minta maaf dengan anak, dan say i love you. Okay, jomm saya kongsi cara saya handle kerja rumah.

1) DISHES
Bab kemas dan masak saya okay lagi, bab basuh pinggan dan segala periuk kuali saya surrender.
Jadi saya akan susun elok-elok dalam sinki atau boleh juga letak dalam besen besar bawah sinki jika sinki ada satu sahaja atau nak bagi nampak kuanter clear. Basuh sama ada pagi lepas masak (jika anak-anak belum bangun) atau malam sebelum tidur.

Ibu Ini Kongsikan 6 Cara Kurangkan Stres Dengan Kerja Rumah Sambil Urus Anak Kecil

IKLAN

2) MASAK
Saya akan masak sekali je sehari untuk break fast, lunch dan dinner. Jika tak sempat, beli je. Purata dalam sebulan dua kali akan makan outside food. Jarang dine in sebab pada saya sangat renyah dan bazir banyak masa kat situ. Tapi okay je sekali sekala.

Saya invest beli air fryer dan pressure cooker untuk cepat masak, termasuk food processor untuk buat pes termasuk pes ibu sambal dan segala bagai pes. Jadi blender saya guna untuk buat protein smoothie, penkek dan juga bubur baby.

Bubur baby saya masak 3 hari sekali, letak siap-siap dalam bekas/plastik kecil untuk sekali makan. Bila nak suap baby, nanti just panaskan je.

3) KAIN BAJU
Saya invest beli dryer, mesin basuh dan dryer memang akan run selang sehari. Ini cara saya untuk jimat masa kerana anak-anak kecil dan baby sehari at least 3 pasang baju mereka pakai.

Dan saya juga selalu salin baju kerana kerap basah bau susu kerana menyusu baby. Hari laundry, susun baju yang dah siap basuh.

Baju yang dah siap basuh sebelum dilipat, saya masukkan ke dalam bakul mengikut tuan. Maksudnya jika ada 5 ahli keluarga, ada 5 bakul lah. Saya just angkat & letak bakul-bakul tu dekat kawasan depa. Kalau ada masa, lepas asing, saya scan dulu yang mana nak lipat dan sangkut. Saya akan dahulukan yang sangkut. Baru saya lipat.

4) MAINAN
Dulu saya suka beli mainan anak-anak, sehingga kan satu tahap saya ingatkan mainan itu boleh ganti saya.

IKLAN

Actually bila kita beli mainan tu, kita perlu main dulu, biar mereka tengok dan perhati. Kemudian, mereka akan main bersama-sama dengan kita pula. That’s the point of mainan.
Lepas tu jika mereka nak main sendiri, silakan

Lagi satu, perasan tak? Anak-anak ni, mainan banyak tapi mereka lebih suka main barang dalam rumah. Betul?

Itu lagi bagus sebenarnya, lagi kurang mainan akan buat mereka jadi lagi kreatif. Contoh, anak-anak saya kutip semua bantal dalam rumah dan buat macam khemah. Atau mereka susun kerusi jadikan macam kereta api. Kita tengok pun seronok nak main sekali tapi kalau badan dah besar macam gajah dan takde energy macam mana nak layan anak-anak main. Ehh 😅😅

Jadi, saya akan kumpul semua mainan dan letak dalam kotak. Setelah 3 bulan macam tu dan tiada siapa mencari mainan tu, dah boleh let go. Mainan yang tak cukup part, tercabut, missing semua saya kutip buang.

5) RUMAH
Rumah saya tak banyak barang dan perabot. Jadi kurang barang untuk dibersihkan dan diuruskan.

Set masa 10 minit setiap pagi dan malam untuk kemas rumah. Cara saya, guna 2 buah bakul kain baju yang besar, sarungkan plastik sampah, satu untuk masukkan segala mainan atau apa saja barang yang tidak berada di tempatnya. Satu lagi untuk sampah.

Angkut kedua-dua bakul tu dan kutip semua yang ada bermula dari ruang tamu, ruang makan, dapur dan last sekali bilik tidur. Esoknya, boleh buang je terus sampah dan barang-barang serta mainan boleh letak kembali ke tempatnya.

IKLAN

Ibu Ini Kongsikan 6 Cara Kurangkan Stres Dengan Kerja Rumah Sambil Urus Anak Kecil

Sebulan sekali atau dua minggu sekali, declutter things. Buang yang dah expired atau sudah tidak digunakan lagi.

Ingat yang setiap harta benda kita yang ada akan disoal nanti, adakah bermanfaat (digunakan) atau sekadar perhiasan (pembaziran). Nauzubillah.

Setiap ruang saya sediakan lazy box. Barang yang letak merata saya letak je dalam tu. Bila ada masa baru saya akan kemas. Kalau barang hilang pun semua orang dah tau mana nak cari. Yang ni bukan stress je hilang, rasa nak marah & sakit hati pun kurang.

6) DELEGATE
Bahagikan kerja rumah. Anak-anak yang dah faham contoh anak saya umur 3 dan 5 tahun dah boleh masukkan baju dalam mesin basuh, dan tolong kutip mainan masuk dalam kotak.

Dulu saya seorang yang buat kerja rumah, lepas tu salahkan suami la tak buat apa-apa. Tapi silap saya, saya tak delegate. Kerja rumah perlu buat sama-sama. Anak buat sama-sama kan, kerja rumah pun buat lah sama-sama.

Sunnah Nabi kan, Nabi sendiri jahit baju baginda yang terkoyak. Kalau bab kahwin laju je, bab rumah tangga ni pun kena ikut juga.

Jangan bazirkan kudrat seorang lelaki yang gagah perkasa tu ya. Puji mereka setiap kali lepas cuci pinggan, bantu basuh baju dalam mesin, bersihkan sesawang, cuci kipas atau mop lantai dan sebagainya.

Sampai satu tahap, jangan terperanjat suami tu boleh memasak tau. Akhir sekali, take your time. Ubah sikit-sikit terutama sekali jika melibatkan orang lain selain diri kita sendiri. Try and error dan adjust mengikut kesesuaian masing-masing. InsyaaAllah semoga dipermudahkan semuanyaaaa.
#coachnuraiman

Kredit: Nuraiman Zulkifli

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI