Bayi menggigit semasa menyusu memang menyakitkan. Payudara digigit dan in menyebabkan kesakitan kepada si ibu. Apa pun ibu tolong jangan menjerit! Ikuti 15 tip kaunselor laktasi ini.

Sakitnya bila payudara digigit anak ketika menyusu. Walau pun bayi masih kecil, bila dikacip giginya itu sakitnya boleh buat ibu menjerit! Terutama sekali yang baru nak tumbuh gigi.

Ada sesetengah ibu yang terus tolak anak, menjerit dan sebagainya apabila anak menggigit membuatkan anak jadi takut & enggan menyusu. Apa cara terbaik nak buat bila kena gigit & nak hentikannya.

IBU KENA FAHAM PUNCA BAYI MENGGIGIT

Menurut kaunselor laktasi, Puan Noorfazila Abdul Rahman situasi bayi menggigit bukanlah suatu situasi yang kritikal sehingga penyusuan perlu dihentikan. Tidak dinafikan banyak kes seperti ini berlaku tetapi bukan semua bayi gemar menggigit ibu ketika menyusu.

BANYAK BERLAKU BAGI BAYI 3-6 BULAN

Perkara ni boleh berlaku seawal usia bayi 3-6 bulan.  Ini kerana pada peringkat ini ada bayi yang sudah mula tumbuh gigi,. Bukan hanya puting ibu, bayi juga mula mengigit apa saja yang dipegang.

Selain faktor tumbuh gigi, pelekapan yang salah juga menjadi punca situasi ini terjadi. Ini kerana bayi menggigit menggunakan gusi bawah. Jika bayi melekap dengan betul, kedudukan lidahnya berada di bawah payudara dan menutupi gusi bawah menyebabkan bayi tiada ruang untuk menggigit.

Hal ini kerana mekanisme hisapan terus dengan ibu melibatkan pergerakan rahang bawah sahaja jadi adalah penting untuk semua ibu yang sering kali digigit oleh bayi semasa menyusu memastikan pelekapan anak dalam keadaan baik setiap kali menyusu untuk mengelakkan situasi ini berulang.

Ibu Jangan Hentikan Penyusuan Hanya Kerana Digigit, Tak Berbaloi! Siasat 6 Puncanya Dulu & Tolong Jangan Menjerit

IKLAN

5 PUNCA LAIN SELAIN PELEKAPAN & TUMBUH GIGI

Selain tumbuh gigi dan pelekapan yang salah, banyak lagi punca kenapa bayi gemar menggigit. Antaranya;

  1. Keadaan bayi yang kurang sihat terutama jika mengalami selesema atau jangkitan telinga menyebabkan bayi sukar menelan ini membuatkan bayi menggigit kerana kurang selesa apabila menyusu. Sebagai penyelesaian, pastikan kedudukan bayi sewaktu menyusu lebih tegak supaya bayi lebih mudah menelan.
  2. Selain itu, ada juga bayi yang menggigit apabila tertidur atau di akhir penyusuan. Jadi sebelum bayi tertidur anda boleh mengeluarkan puting dari mulutnya dengan jari kelingking anda apabila anda rasa hisapannya mula perlahan dan lemah.
  3. Ada juga bayi yang perhatiannya mudah terganggu dengan persekitannya terutama bayi yang sudah besar, ini menyebabkan mereka dengan tidak sengaja menggigit puting ibu terutama apabila menoleh secara tiba-tiba kerana terlupa yang mereka sedang menyusu dengan ibu.
  4. Terdapat bayi yang gemar ibu beri perhatian kepadanya setiap kali menyusu dengan ibu, jadi jika ibu sibuk dengan perkara lain contohnya melihat telefon bimbit anak akan menggunakan teknik menggigit untuk menarik kembali perhatian ibu.
  5. Selain itu, bayi yang bijak penuh dengan sifat ingin tahu. Sesetengah dari mereka sengaja mengigit untuk melihat reaksi ibu atau apa yang akan berlaku!

Ibu Jangan Hentikan Penyusuan Hanya Kerana Digigit, Tak Berbaloi! Siasat 6 Puncanya Dulu & Tolong Jangan Menjerit

5 TIP PRAKTIKAL UNTUK IBU

Banyak cara boleh dilakukan untuk ibu mengelak dari digigit tanpa perlu menghentikan penyusuan. Antaranya ialah;

  1. Untuk mengelakkan ibu digigit berulang kali, pastikan posisi dan cara pelekapan anak betul setiap kali anda ingin memulakan penyusuan.
  2. Gunakan jari kelengkeng anda dengan memasukkannya di tepi mulut bayi apabila dia mula hendak menggigit. Apabila bayi menggigit jari kelengkeng anda, bayi akan melepaskan puting anda dengan sendirinya.
  3. Jika anda terus-terusan menjerit ia akan membuatkan anak akan terus menggigit berulang kali kerana bayi menganggap anda sedang bermain dengannya. Jeritan yang kuat juga boleh menyebabkan anak fobia dan terkejut hingga menolak untuk menyusu terus dengan ibu.
  4. Jika anak menggigit lagi semasa menyusu, ibu boleh picit hidung anak atau peluk supaya bayi sukar bernafas jadi anak akan mengaitkan faham jika dia menggigit ia akan sukar bernafas.
  5. Jika masih berlaku, anda boleh menghentikan penyusuan seketika. Pandang tepat ke matanya dan bercakap dengan tegas. Lakukan berulang kali lama kelamaan anak akan faham bahawa jika dia terus menggigit dia pasti tidak akan dapat menyusu lagi.

Ibu Jangan Hentikan Penyusuan Hanya Kerana Digigit, Tak Berbaloi! Siasat 6 Puncanya Dulu & Tolong Jangan Menjerit

IKLAN

TOLONG JANGAN MENJERIT BILA DIGIGIT!

Tidak salah untuk ibu menunjukkan reaksi apabila bayi menggigit. Tetapi cukup dengan “ouch” sahaja. Ini kerana jika anda menjerit terlalu kuat di khuatir anak akan terkejut dan menjadi fobia seterusnya enggan menyusu lagi (nursing strikes). Ini kerana, tindakan ini boleh menjadi cara yang terbaik untuk mengelakkan perkara tersebut berulang atau memburukkan lagi keadaan.

PENGALAMAN KENDALI KES IBU DIGIGIT, INI KOMEN KAUNSELOR LAKTASI

Ya, kes ini sering kali juga saya terima dan ada yang hampir putus asa terutama bila gigitan bayi menyebabkan puting luka hingga mengundang masalah lain seperti bengkak susu dan duktus susu tersumbat.

Sebenarnya bukanlah semua bayi gemar menggigit ibu, jadi untuk ibu yang berdepan dengan masalah ini dan jika ianya berulang kali berlaku saya sarankan untuk :-

IKLAN

#1 Pastikan anak sentiasa menyusu dengan pelekapan yang betul.

#2 Beri perhatian kepada anak pastikan sentiasa bersembang, pandanglah mata anak dan elakkan melakukan aktiviti lain sewaktu menyusukan anak.

#3 Jika anak sering kali menggigit, sentiasa bersedia dengan meletakkan jari kelengkeng anda di tepi mulutnya supaya apabila dia mula hendak menggigit anda boleh menghentikannya dengan jari kelengkeng tersebut. Ini kerana, bila bayi menggigit jari kelengkeng dia tidak dapat menggigit puting anda.

#4 Elakkan menarik keluar puting terus dari mulutnya ketika anak menggigit kerana tindakan ini akan membuatkan puting anda mudah terluka sebaliknya keluarkan dengan cara meletakkan jari kelilingking anda di tepi mulut anak.

#5 Jadikan penyusuan suatu sesi yang menggembirakan. Jadi anak akan menikmatinya dengan gembira tanpa menyakitkan ibu.

Ibu Jangan Hentikan Penyusuan Hanya Kerana Digigit, Tak Berbaloi! Siasat 6 Puncanya Dulu & Tolong Jangan Menjerit

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI