Setiap ibu yang menyusukan anak mesti akan melalui fasa putus susu atau cerai susu bermula usia anak 2 tahun atau awal sikit disebabkan bakal dapat adik atau masalah tertentu. Bagaimanapun kebanyakan ibu tak sanggup nak tengok anak menangis!

Ibaratnya hati ibu yang nak ‘wean off’ ini masih belum kental untuk berdepan situasi ini tambah pula dengar rengekan manja anak. Ada macam-macam petua yang orang dulu amalkan tetapi ada ibu rasa tak sampai hati nak buat sebegitu kan?

Bagi ibu dalam fasa nak ‘wean off’ anak, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Alina Adenan yang berjaya melalui tempoh ini dengan mudah dan anaknya mudah faham tanpa sebarang ‘drama’ sedih.

Tak sangka betul boleh wean off Alisya masa dia umur 2 tahun sebulan. Kalau ikutkan, anak bertuah sorang ni overly attached jugak dengan mama.

Even sampai dia nak masuk 2 tahun hari pun, memang kena direct feeding setiap kali sebelum tidur. Penat dia tak payah cerita laa. Dengan sakit pinggang, sakit badan.

Ibu Kongsi Tip ‘Wean Off’ Cara Paling Mudah. Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa!
Biar je dia tidur dengan segala animal yang dia ada. At least, dia tak rasa alone.

Belum lagi malam-malam dia bangun. Tak jalan kalau tepuk jer, mesti nak breastfeed jugak untuk calm kan dia. Fuh. Semput betul rasa.

Jadi memang decide untuk wean off awal sebab mama nak enjoy! Hahaha. So hari-hari cakap dengan husband, cari idea nak wean off. Uwan dia siap bagi suggestion letak macam-macam laa dekat breast.

Yang kita ni tak sampai hati. So last-last haritu kakak ada datang rumah. Kebetulan time dia nap time tengah hari tu dalam kereta.

Bila mama pegang, memang dia mintak laa sebab tau waktu tidur. So terus switch. Mama bawak kereta, kakak pegang dia.

So kakak try tepuk-tepuk dan sembang, tau-tau lelap. Sampai rumah, terus angkat, sambung atas katil. Malam tu, keluar jugak jalan, agak nya dia dah penat, jadi ayah dia pegang and tepuk-tepuk, lelap jugak dalam kereta.

Tadaa. Survive day 1. Day 2 terus repeat. Siang tu, kakak jugak yang tidurkan dia. Dan malam, ayah yang tidurkan.

So yeahh. Mama share laa sikit 10 tips untuk ibu yang tengah cuba untuk wean off. Ada orang senang je, ada orang struggle, sebab tiap-tiap anak demand dia beza kan?
So mana yang rasa sesuai, boleh try!

IKLAN

1) Kena beritahu anak awal-awal

– Kakak/abang dah besar, lepas ni tak boleh nen dengan mama tau.
– Tengok JJ, malam2 dia sleep sendiri.
– Tengok Omar Hana, dia sleep sendiri je.
– Bagi contoh yang terdekat. Cartoon favorite anak-anak.

2) Bagi tidur dengan orang lain dulu.

– Anak ni kalau dengan mak, mengada lebih sikit.
– Boleh try sehari dua dengan ayah dia, atok nenek.

Ibu Kongsi Tip ‘Wean Off’ Cara Paling Mudah. Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa!
Ni masa awal-awal. Orang lain yang peluk bagi tidur. Time ni tak bawa carseat sebab guna kereta lain.

3) Perkenalkan susu fresh milk.

– Elakkan susu formula (Susu formula ni banyak gula je sebenarnya.)
– Fresh milk yang di pasteurised boleh bagi lepas anak umur setahun.

4) Bagi anak minum guna cawan.

– Guna cawan kaca pun good.
– So anak rasa excited and rasa dia macam dah besar.

IKLAN
Ibu Kongsi Tip ‘Wean Off’ Cara Paling Mudah. Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa!
Bagi guna cawan kaca. Rasa macam budak besar

5) Selalu puji anak.

– Anak mama dah besar, minum susu guna cawan.
– Borak dengan bear dia. ‘Bear tau tak, Alisya ni dah besar. pandai minum susu guna cawan’.

6) JANGAN SEBUT, JANGAN OFFER UNTUK BREASTFEED

7) Bila anak macam sedih atau sebut, alih perhatian anak.

– Pastikan anak kenyang.
– Make sure sebelum nap time tu, anak ada snack.
– Sebelum tidur malam, anak dah dinner.

9) Guna kaedah bercerita /zikir.

– Ni untuk kita ‘mamaikan’ anak.
– Then wajib laa buat-buat tidur. (Kadang-kadang tertidur sekali. hahah)

Ibu Kongsi Tip ‘Wean Off’ Cara Paling Mudah. Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa!
Bgi dia ambil sendiri air masak dekat water dispenser korang tu. Kita encourage dia jadi independent.

10) WAJIB KUAT SEMANGAT.

IKLAN

– Suami kena bagi support.
– Ibu kena ready mental fizikal.
– Kalau ibu harini berjaya, esok tu kesian, lusa sambung balik, anak akan rasa main-main jer.

Harini genap 2 minggu Alisya wean off. Dia tak sebut langsung. And now slowly dia cakap tak nak susu cawan pun bila offer. Sebab dia dh kenyang makan rasanya.

Tapi no worries tauu. Lepas 2 tahun, susu tak wajib pun untuk anak minum hari-hari.
Kalsium ada jugak dalam real food yang lain. Tapi if nak bagi jugak pun tak ada masalah.
Boleh tengok tik tok ni jugak. Boleh support jugak supaya tips ni membantu untuk parents yang tengah usaha for wean off. (https://vt.tiktok.com/ZSdeteYWn/?k=1)

Kredit: Alina Adenan

ARTIKEL MENARIK [Tak Payah Ajar Anak Makan Isi Ketam Segera, Tak Ada Langsung Ketam Dalam Tu!]

BACA JUGA [Ahli Farmasi Pesan, Ubat Demam Bila Dah Buka Jangan Simpan Dalam Peti Sejuk!]

Ibu Kongsi Tip ‘Wean Off’ Cara Paling Mudah. Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa!

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI