Menyusukan anak sememangnya buat ibu terlebih lapar. Malah lapar sentiasa, lebih dari biasa. Semuanya demi anak tersayang. Bagaimana ibu berpuasa nak berpuasa dengan baik malah hendak membekalkan khasiat jika tidak makan seperti biasa.

Menurut Dietition, Pn Fizah Sobri, ibu menyusu menggunakan hampir 25 peratus tenaga ketika berpuasa. Disebabkan itulah, ibu perlu makan bagi mengelakkan terkesan kepada tubuh.

Nak berpuasa atau tidak? Ini yang dikongsikan oleh beliau.


MENYUSU DAN PUASA
Pertama sekali saya nak tegaskan kalau larat berpuasalah, kalau tak larat jangan. Ibu yang menyusu menggunakan 25% dari tenaga dan kalau waktu berpuasa, makan tak cukup lagi senang untuk menggigil, pengsan dan sebagainya.

Sebenarnya keperluan kalori dan protein bagi ibu menyusu lebih dari ibu mengandung.

Ibu mengandung (BMI normal)
Trimester pertama: +80kcal
Trimester kedua: +280 kcal
Trimester ketiga: +470kcal

Tapi waktu menyusu pertambahan

6 bulan pertama: 500kcal dan 19g protein
6 bulan kedua: tidak perlu tambahan kalori tapi protein +13g
Setahun ke atas: macam biasa tiada pertambahan

Ibu Menyusu Guna 25% Tenaga Waktu Puasa, Pakar Sarankan Cara Ni Nak Terus Menyusu Waktu Puasa!

Nampak keperluan lebih tinggi dari mengandung kan, sebab badan memerlukan pembakaran kalori sebanyak 20kcal untuk setiap 30ml susu badan dihasilkan.

IKLAN

So macam mana nak pastikan pengambilan cukup waktu berpuasa? Ramai risau penghasilan susu akan drop waktu berpuasa.

Sebenarnya ramai mommies boleh capai keperluan kalori tapi ramai yang gagal capai keperluan protein seharian. Waktu puasa akan terdapat ‘shift’ menu kepada menu yang tinggi lemak,karbohidrat dan rendah serat serta protein.

Ibu Menyusu Guna 25% Tenaga Waktu Puasa, Pakar Sarankan Cara Ni Nak Terus Menyusu Waktu Puasa!

Kajian menunjukkan kalau kalori kurang sikit ia tidak menjejas penghasilan susu, tapi kalau protein tak cukup Ye, tu boleh effect.

Maka berapa banyak protein yang mommies perlukan seharian untuk memenuhi keperluan ibu menyusu?

Disarankan ibu ibu mengambil 5-7 bahagian PROTEIN BERKUALITI sehari. Apakah saiz 1 bahagian protein berkualitli?
* Segenggam kacang kekacang (contoh kacang tanah, almond,pistachio, walnut etc)
* Ayam sebesar tapak tangan (kalau bahagian drumstick kira sebagai 2 bahagian)
* Daging sebesar tapak tangan
* Ikan 1/2 saiz sederhana (macam kembong,mata besar) atau 1 potong (macam ikan tongkol)
* 1 cawan susu, bukan susu pekat manis na
(1 mug tu haaa 240ml)
* 2 keping cheese/keju
* Telur ayam 1 biji
* Sotong sepanjang tangan
* Udang 4-6 ekor
**Saiz bahagian protein boleh lihat dalam gambar

Ibu Menyusu Guna 25% Tenaga Waktu Puasa, Pakar Sarankan Cara Ni Nak Terus Menyusu Waktu Puasa!

IKLAN

Maka untuk capai 5-7 bahagian saya sarankan bahagikan siap siap seperti berikut

Waktu sahur: 3 bahagian
Waktu berbuka: 2-3 bahagian
Waktu moreh: 1 bahagian

Contoh menu
Sahur: sumber protein datang dari lauk ikan seekor ke/ayam, 1 ketul ke/telur 2 biji ke TAMBAH air susu (nak amik gitu je ke atau buat jadi teh susu ke kopi susu ke kurma susu ke up to you)

Berbuka: sumber protein datang dari lauk ikan/ayam/seafood etc dan ada sedikit dari sayur. Maksud saya masak sayur dengan sumber protein, macam masak dengan telur/ikan bilis/ayam/sotong etc.

Moreh: boleh snack ambil kacang kekacang ATAU roti cheese ATAU susu 1 cawan cicah biskut ATAU roti peanut butter.

Ibu Menyusu Guna 25% Tenaga Waktu Puasa, Pakar Sarankan Cara Ni Nak Terus Menyusu Waktu Puasa!

IKLAN

Pastikan ambil air cukup 8 gelas sehari seperti biasa

Sahur: 2 cawan
Sebelum imsak: 1 cawan
Berbuka: 2 cawan
Selepas solat maghrib: 1 cawan
Selepas terawih: 1 cawan
Sebelum tidur: 1 cawan

Ingat jangan puasa waktu berpantang, waktu ini bukan sahaja masih kehilangan darah tetapi badan anda memerlukan masa untuk baikpulih.

Waktu menyusu ini jika larat puasa, jangan memaksa diri ye..

Happy fasting mommies.

Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!

Ibu Menyusu Guna 25% Tenaga Waktu Puasa, Pakar Sarankan Cara Ni Nak Terus Menyusu Waktu Puasa!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI