Pelakon Saharul Ridzwan menyatakan anak lelakinya, Muhammad Luth Ali, 3 dimasukkan ke hospital kerana cedera terkena air panas.

Anak-anak tengah nak membesar memang ada yang lasaknya buat kita sentiasa berwaspada dan monitor aktiviti mereka, tapi dalam pada selalu perhatikan pasti ada sahaja insiden yang tidak diingini berlaku.

Menurut pelakon Cinta Sekali Lagi ini kepada Portal Gempak, Ali terpaksa ditahan di wad untuk memudahkan rawatan terhadap luka terkena air panas .

“Ali kena air panas sikit. Takda apa pun. Warded sebab nak dressing luka tu, takut dia tak duduk diam,” katanya kepada Gempak.

“Sekarang Dah Ada Anak, Selalu Sangat Berderau Darah,” Anak Saharul Ridzwan Cedera Kena Air Panas!

Berkongsi sekeping gambar di Instagram, Saharul atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim memuat  naik foto bersama Ali di hospital di samping meluahkan rasa seorang ayah bila sudah mempunyai anak.

Sebelum ini Pa&Ma juga pernah melaporkan tentang Ali yang luka di dahi kerana terkena bucu meja.

Baca: “Kita Risau, Dia Senyum Je” Dahi Anak Saharul Ridzwan Terbelah Langgar Bucu Meja!

Menurut Saharul, bila dah ada anak, apa sahaja yang berlaku atau menimpa anak walaupun perkara yang tidak besar boleh membuatkan ibu ayah risau yang teramat sangat.

“Sekarang Dah Ada Anak, Selalu Sangat Berderau Darah,” Anak Saharul Ridzwan Cedera Kena Air Panas!

“BERDERAU DARAH.

IKLAN

“Dulu selalu dengar je perkataan ni. Sekarang dah ada anak, selalu sangat rasa “berderau darah” tu datang.

“Allahuakbar. Anak ni, walaupun benda kecik yang jadi, darah naik tu rasa macam dekat kepala dah. Risau kita, Subhanallah.

“Tak tahulah macammana nak cakap. Macam tu lah umi dan abah risau waktu saya accident dulu.

“Tiada daya upaya kita sebagai hamba Allah untuk pastikan sesuatu tidak berlaku walaumacammana cuba sekalipun melainkan dengan izin Allah SWT. Semoga Allah terus melindungi orang orang yang kita sayang.

“Hasbunallah Wa Ni’mal Wakiil. Amin Ya Rabb,” tulisnya

 

IKLAN

Isteri kepada Saharul, Deena Emir juga turut berkongsi beberapa keping gambar Ali dengan tangan berbalut. Dengan kapsyen doa yang cukup ringkas, Ali dilihat tersenyum ceria meskipun ada luka di beberapa bahagian badan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DEENA EMIR (@deenaemir)

Semoga Ali diberikan kesembuhan yang cepat dan dapat aktif kembali seperti biasa.

Untuk makluman, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016.

IKLAN

“Sekarang Dah Ada Anak, Selalu Sangat Berderau Darah,” Anak Saharul Ridzwan Cedera Kena Air Panas!

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra yang berusia lima bulan.

Sumber: Gempak & IG saharulridzwan & Deenaemir

Baca: “Alhamdulillah Lengkap Sepasang! Baby Girl Pelengkap Keluarga Kecil Saharul Ridzwan

Baca: Isteri Tunggu Hari Nak Bersalin, Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan Untuk Persiapan Sambut Anak Bakal Lahir

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI