Ibu tabah besarkan anak alami Sindrom Apert, “Anak pernah tanya mengapa dia berbeza dengan kanak-kanak lain.” Sindrom Apert adalah satu gangguan genetik yang jarang berlaku yang dicirikan oleh kecacatan tengkorak dan wajah, serta jari tangan dan kaki yang bercantum.
Ibu Tabah Besarkan Anak Alami Sindrom Apert, “Anak Pernah Tanya Mengapa Dia Berbeza Dengan Kanak-kanak Lain”
Sindrom ini disebabkan oleh mutasi pada gen FGFR2 (fibroblast growth factor receptor 2) yang mempengaruhi perkembangan tulang.
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, pengguna akaun Sophia Hann atau Sofia berkongsi kisahnya membesarkan anak lelaki bongsunya, Ahnaf Aydeen, 7 yang mengalami Sindrom Apert.
Membesarkan anak menghidap Sindrom Apert bukan sesuatu yang mudah, tetapi perkara tersebut tidak mematahkan semangat membesarkan cahaya mata istimewa itu.
Menurut wanita yang berasal dari Batu Pahat, Johor tersebut, walaupun anak bongsunya menghidap penyakit jarang jumpa, namun dia tidak pernah mengalah dengan takdir, sebaliknya berusaha memberi didikan sehingga kanak-kanak itu mampu membesar seperti orang lain.
Ads
“Dulu dia pernah tanya saya mengapa dia berbeza dengan kanak-kanak lain?
Fizikal memang lain kerana jari kaki bercantum, jari tangan tak boleh bengkok tetapi saya selalu tanamkan dalam diri Ahnaf bahawa dia bukan pelik tapi unik.
“Sejak dari itu saya nampak dia semakin selesa untuk sesuaikan diri. Perwatakan dia pun ceria dan cikgu di sekolah juga puji Ahnaf.
Walaupun dia ada kekurangan untuk menulis atau melukis sebab keadaan jari yang susah nak bengkok tapi dia boleh buat. Cuma ambil masa sikit.
“Melihat semangat dia untuk teruskan hidup itulah penguat untuk saya besarkan dia,” katanya.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia tidak menghadapi kesukaran membesarkan anak istimewa tersebut, tetapi yang paling mencabar ialah melihat Ahnaf menjalani beberapa pembedahan melibatkan bahagian tempurung kepala dan tangan.
Ads
Tambahnya, kedua-dua pembedahan itu mengambil masa yang lama selain perlu menjalani pelbagai rawatan susulan di hospital.
Ujarnya, meskipun perlu mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur, tetapi semua pengorbanan itu dibuat bagi memastikan kanak-kanak istimewa tersebut membesar dengan baik dan menjadi insan berguna kepada masyarakat.
“Sebelum ini dia ada jalani pembedahan di bahagian struktur tempurung kepala dan ia mengambil masa lapan jam.
Pembedahan tangan pun ambil masa lima jam. Kita kena kuat masa itu sebab nak jaga sampai sembuh.
“Sejujurnya Ahnaf ini anak yang senang nak jaga dan dengar cakap. Cuma cabaran kami ialah dari segi perubatan dan kesihatan dia sahaja,” katanya.
INFO TENTANG SINDROM APERT:
*Ciri-ciri utama sindrom Apert termasuk bentuk tengkorak yang tidak normal, yang dikenali sebagai kraniosinostosis, di mana tulang tengkorak bercantum terlalu awal, menyebabkan tengkorak tumbuh dengan bentuk yang tidak biasa.
*Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini juga mungkin mempunyai masalah perkembangan kognitif, masalah pendengaran, dan kecacatan pada jari tangan dan kaki (sindaktili), di mana jari-jari bercantum atau melekat antara satu sama lain.
Ads
*Rawatan untuk sindrom Apert biasanya melibatkan pembedahan untuk membetulkan kecacatan tengkorak dan jari, serta terapi lain untuk membantu dengan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak.
*Walaupun sindrom ini tidak boleh disembuhkan sepenuhnya, rawatan yang tepat dapat membantu memperbaiki kualiti hidup individu yang terjejas.
Anak-anak enggan Hisyam Hamid cari pengganti- “Mereka tak mahu mama baru.” Pelakon, Hisyam Hamid, 40, ‘ditegah’ anak-anaknya daripada bercinta dan perkara itu juga pernah diluahkan anak-anaknya kepada nenek mereka yang juga ibu Hisyam.
Anak-anak Enggan Hisyam Hamid Cari Pengganti- “Mereka Tak Mahu Mama Baru”
Hisyam berkata, buat masa sekarang dia sangat selesa dengan kehidupan saya. Anak-anak saya pun cakap, mereka tak nak ibu baru.
“Saya tak pernah buka topik ini kepada anak-anak. Tapi, mak saya ada tanya dan cakap kepada mereka, ‘tak baik, ayah masih muda.
“Tapi, mereka masih bertegas dan katakan tidak. Namun, tak tahulah kalau esok lusa mereka berubah fikiran,” katanya.
Menurut pelakon kelahiran Singapura itu lagi, dia bahagia dengan kehidupannya sekarang berbanding setahun lalu.
“SAYA RASA SAYA BAHAGIA DAN BERADA DALAM SATU KEADAAN LEBIH SELESA BERBANDING SETAHUN LALU.
“Kalau jodoh ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, saya bersyukur. Saya okay saja. Jauh sekali daripada terdesak,” katanya.
Ditanya mengenai gosip hubungan cinta antara dia dengan seorang penerbit, Hisyam menafikannya dan menganggap itu adalah perkara yang akan muncul memandangkan statusnya kini sebagai duda.
“Kalau cerita mengenai saya bercinta dengan seorang penerbit itu, boleh saya katakan ia tidak benar.
“Saya rasa, itu adalah satu perkara yang datang secara semula jadi dengan status saya sekarang (duda). Kalau dulu, saya sering membawa bersama orang rumah ke mana-mana.
“Jadi, saya selamat dan orang tak boleh bercakap apa-apa. Sekarang ini, saya tak bawa sesiapa.
“MUNGKIN BILA ORANG TENGOK SAYA BAIK ATAU RAPAT DENGAN SESIAPA, MEREKA ANGGAP SAYA SEDANG BERCINTA DENGAN ORANG ITU,” KATANYA.
Pada Mei tahun lalu, Hisyam mengumumkan mengenai perceraiannya dengan bekas isteri, Rosmawati Hanafi selepas mendirikan rumah tangga pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nurish Syameliah, 18; dan Haydeen, 16.
Sesebuah pasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain, suami dan isteri masing-masing mempunyai keperibadian yang tak sama. Cara dibesarkan dan didikan seseorang itu pula bergantung kepada ibu ayah mereka.
Kredit foto: Emy Haznida
Kebiasaannya, anak lelaki dididik untuk menjadi anak yang berdikari dan sentiasa menyelesaikan masalah sendiri. Anak perempuan pula dimanjakan dan lebih kepada melayan perasaan.
Di dalam sebuah videonya, Imam Muda (IM) Hassan ada berkongsi tentang cara suami isteri menangani sesuatu isu itu berbeza. Di dalam videonya itu, IM Hassan ada memberi contoh situasi:
Apabila anak lelaki bermain basikal dan terjatuh lalu ibu bapa akan menyuruhnya bangun dan berhenti menangis. Berbeza dengan anak perempuan, ibu bapa akan memujuk dan bertanya jika si anak sakit di mana-mana.
Kredit foto: Emy Haznida
Itulah yang membentuk perwatakan anak lelaki dan anak perempuan sehingga dewasa. Apabila sudah berkahwin, cara mereka menangani sesebuah masalah tak sama dan cara bercakap juga berbeza.
Suami menyelesaikan masalah manakala si isteri lebih suka melayan perasaan. Seperti contoh situasi yang diberikan oleh IM Hassan, apabila seorang wanita itu mendapati rakan di pejabatnya memakai pakaian yang sama dengannya, dia akan bercerita hal itu dengan kawan yang lain untuk meluahkan perasaannya. Hal ini boleh berlanjutan sehingga ke petang.
Apabila pulang ke rumah, si isteri akan bercerita hal yang sama kepada suami. Tidak sampai 10 saat, suami akan menyarankan agar si isteri tidak perlu memakai pakaian itu lagi. Mudah! Sebenarnya isteri suka bercerita sekadar untuk melayan perasaan dan apabila suami mendengarnya, dia akan mencari penyelesaian untuk situasi itu.
Tonton video ini:
Di dalam video tersebut, IM Hassan turut menasihatkan agar si suami dengarkan luahan isteri kerana itu yang mereka mahu. Beri kepuasan kepada mereka dengan menjadi pendengar yang baik dan kemudian baharulah dicadangkan penyelesaian yang tepat untuk si isteri. Dalam rumah tangga, paling penting untuk suami isteri saling memahami.
Gelagat si comel, Achbar Muhammad Fahri, anak sulung kepada pengacara, Dayah Bakar yang memberi kata-kata semangat untuk adiknya belajar meniarap dipuji ramai.
Mana tidaknya, menerusi video yang dimuat naik Dayah Bakar menerusi Instagramnya, Fahri dilihat sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada adiknya yang mencuba untuk meniarap di usianya kini empat bulan.
“Moment like this, will always be a special one dan hanya berlaku sekali sahaja.
“Baby adik turning 4 months tomorrow , masha Allah. Auntie uncle doakan baby abang dan baby adik sihat, cerdas, cergas dan membesar menjadi anak yang soleh ya ? Tetiu 🥰
“P/s : Kalau nak coaching “ woll” , boleh panggil Fahri ok?,” tulis Dayah menerusi kapsyennya.
Apa yang lebih menarik perhatian pastinya kesungguhan Fahri yang menunjukkan aksi untuk memusingkan badan dan meniarap.
Tidak hanya belajar memusingkan badan, bahkan abang kesayangan ramai itu juga turut mengajar adiknya mengangkat semula kepala dan meneruskan latihan meniarapnya sehingga berjaya.
Aksi comel dan kata-kata semangat dari Fahri buat wargamaya naik geram. Comel sangat malah petah berkata-kata. Ia pastinya menjadi detik terindah bagi keluarga kecil ini.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Melatih anak-anak kecil berpuasa ini, memerlukan kita menjernihkan hati kita. Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah.Bila kita faham akan perkara ini, maka bila...