Dalam usaha memperkasa peranan ibu tunggal di Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melancarkan secara rasmi Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2025 menerusi satu majlis gilang-gemilang yang berlangsung pada 15 Julai 2025 bertempat di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang menzahirkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan serta kebolehupayaan golongan ibu tunggal melalui pelbagai inisiatif berimpak tinggi.
Ads
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, masih ramai wanita khususnya ibu tunggal yang menjadi mangsa keengganan bekas suami mematuhi perintah tersebut, sekali gus memerlukan sokongan guaman untuk menuntut hak mereka.
Ads
Tambah beliau lagi, program berkenaan dirangka untuk memberikan pendedahan dan bimbingan kepada ibu tunggal dalam aspek perundangan, pengurusan kewangan serta pembangunan potensi diri. Program yang mula diperkenalkan pada 2023 itu kini dijenamakan semula sebagai KasihnITa dan akan dilaksanakan di enam zon utama di seluruh negara.
“Tahun ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah meluluskan peruntukan RM1.6 juta bagi pelaksanaannya di enam zon seluruh negara. Fokus program bukan hanya kepada ibu tunggal yang bercerai tetapi turut melibatkan wanita yang ditinggalkan suami tanpa berita atau mempunyai pasangan yang sakit dan terlantar.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan penyertaan 1,500 ibu tunggal dalam Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2025 yang akan dilaksanakan mulai Ogos ini.
KasihnITa 2025 berlangsung pada Ogos hingga Disember ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta pakar psikologi.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, menerusi KasihnITa, pihaknya akan melaksanakan intervensi proaktif dengan memberikan bantuan khusus kepada ibu tunggal dalam proses menuntut nafkah daripada bekas suami.
Bagi memudahkan penyertaan, Nancy menyarankan ibu tunggal yang memerlukan bantuan untuk menghubungi pihak kementerian secara terus atau mengakses maklumat melalui laman web rasmi kementerian.
Foto Instagram missfazura
Turut mencuri perhatian pada majlis peluncuran rasmi Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2025 itu ialah selebriti terkenal, Nur Fazura, yang tampil anggun dan bersemangat menyokong inisiatif tersebut. Kehadirannya bukan sahaja menyerikan suasana, malah menjadi simbol solidariti dan inspirasi buat para ibu tunggal yang hadir. Aura positif serta komitmen Fazura dalam memperjuangkan isu wanita jelas terpancar, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon wanita Malaysia yang disegani.
Dalam perkongsiannya di Instagram, Fazura meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menghadiri majlis bermakna ini. Menurut beliau, suasana majlis sangat meriah dan penuh dengan aura pemerkasaan wanita, khususnya para ibu tunggal yang sering kali menjadi tulang belakang keluarga tanpa disedari ramai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dapat dinafikan, apabila kita sudah lama berkahwin mungkin fokus terhadap pasangan akan makin berkurangan. Ia bukanlah disebabkan rasa cinta yang semakin kurang atau kita tak sukakan pasangan, tetapi tuntutan kerja atau tanggung jawab terhadap keluarga membuatkan hubungan tidak semesra dahulu.
Pada kita mungkin kerana suami atau isteri kita sudah tahu tentang perasaan kita jadi untuk apa kita nak luahkan lagi. Sebenarnya tabiat ini, yang mana kita buat dalam tidak sedar membuatkan hubungan menjadi ‘layu’.
Mungkin pernah terdetik di hati, anda terasa seperti pasangan kurang memberi perhatian kepada anda. Apabila kita dan pasangan semakin ‘menjauh’ sekaligus ia membuatkan hubungan tidak mesra dan seronok seperti dahulu. Banyak yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kemesraan sesebuah pasangan, tetapi mungkin memerlukan effort yang lebih.
Itu bukanlah perasaan yang janggal, kerana kebanyakan kita pernah merasainya. Dengan itu, kembalikan semula rasa rindu dan kasih terhadap pasangan dengan mengamalkan doa.
Sebagai isteri ada masanya kita akan merasa risau atau insecure terhadap hubungan dengan suami. Dengan amalan doa, hubungan kita dan pasangan akan sentiasa dilindungi.
Ya, kuasa doa mampu membuatkan kita saling mengingati meskipun berada jauh antara satu sama lain. Kalau tidak percaya, anda boleh amalkan doa mudah ini. Ia boleh diamalkan setiap hari dan dengan izin Allah SWT, si dia pasti akan sentiasa merindui kita.
Ertinya: “Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah Aku! Niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. (QS. Al-Imran : 31)”
Cara Amalkan Doa Ini:
1. Selalu laksanakan solat lima waktu tepat pada waktu.
2. Usai solat, bacalah doa ini sebanyak 33 kali sebagai wirid doa supaya dia selalu teringatkan kita.
3. Niatkan dalam hati agar pasangan selalu setia, selalu rindu dan tidak pernah melupakan kita walau di mana dia berada.
4. Mintalah pada Allah SWT supaya melindungi hubungan kita serta mohonlah agar dia menjadi jodoh yang terbaik untuk kita.
Jadikan doa ini sebagai amalan konsisten setiap hari, niatkan dengan ikhlas serta istiqamah, Insya Allah anda akan merasai hikmah doa ini yang sangat besar. Umpama pengantin baru, si dia akan selalu teringat dan merindukan anda selalu.
Jika sebelum ini Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN diadakan di The Farm, Bentong Pahang, kali ini Simpan Challenge Hunt menjelajah ke selatan tanah air.
Simpan Challenge Hunt Pa&Ma X Simpan SSPN yang diadakan Sabtu lalu di Legoland Malaysia berlangsung dengan cukup meriah.
Jika dahulu peserta didedahkan dengan haiwan-haiwan ternakan yang comel dan pelbagai, kali ini kesemua peserta diberikan tugasan yang berbeza di samping dapat bermain di taman-taman istimewa di Legoland ini.
Majlis penuh meriah itu di rasmikan oleh Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, En Azhar Ahmad serta tidak ketinggalan Pn Mazni Ruslan, Pengarah Negeri PTPTN Negeri Johor.
Apa yang menariknya, acara pada hari itu bukan sekadar tugasan bermain di sekitar Legoland sahaja bahkan peserta turut diberikan tugasan untuk menghias tabung Simpan SSPN mengikut daya kreativiti masing-masing.
Berkumpul Dari Awal Pagi
Peserta bersemangat untuk menyahut cabaran Simpan Challenge Hunt kerana mereka telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi untuk pendaftaran. Tambah meriah kerana setiap peserta diberikan t-shirt khas berwarna biru dan semuanya tampil sedondon!
Peserta juga berkreatif dengan penampilan grup masing-masing yang tampil dengan pelbagai gaya mengikut tema keluarga. Memang meriah.
Usai pendaftaran, para peserta tambah semangat dengan sesi Zumba untuk memanaskan badan. Pemilihan lagu rancak serta rentak tari yang menarik membuatkan ibu ayah serta anak-anak begitu teruja berzumba.
Peserta dimulakan dengan perlepasan oleh Encik Azhar yang menanti di garisan permulaan. Peserta sebelum itu diberikan tugasan untuk mencari logo Simpan Challenge yang diletakkan di kawasan sekitar.
Hias Tabung & Check Point
Peserta diberikan tugasan untuk mencuba pelbagai permainan di check point yang diberikan. Mereka kemudiannya diberikan wang saku sebaik selesai tugas. Kesemua mereka ini perlu melakukan tugasan dan permainan di setiap check point yang diberikan dan selebihnya bergambar di destinasi terpilih.
Peserta kemudiannya diberikan peluang untuk berjual beli di kedai jualan bagi menghasilkan tabung kreatif Simpan SSPN. Semuanya menerusi jumlah kutipan wang daripada tugasan dan permainan yang mereka lakukan. Memang meriah.
Kesemua peserta menunjukkan daya kreatif masing-masing bila mana mempamerkan pelbagai jenis tabung dengan pelbagai warna. Semuanya dihias begitu cantik dan berseni.
Majlis pada hari itu ditamatkan dengan tiga peserta yang dipilih sebagai pemenang. Tempat pertama di menangi oleh Kumpulan No.13, Encik Mohamad Farkhan Mohd Nordin dan tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan No.42, Pn Nur Syahida. Manakala tempat ketika pula dimenangi oleh peserta bernombor 22, Pn. Nurul Najihah Nik Hayazi.
Kesemua peserta tidak pulang dengan tangan kosong bila mana turut diberikan cenderahati untuk kenang-kenangan disamping hadiah cabutan bertuah yang menarik.
Ternyata Simpan Challenge Hunt yang diadakan kali ini telah mengukir senyuman di wajah para peserta serta banyak memberi pendedahan kepada mereka tentang Simpan SSPN.
Para peserta terutamanya anak-anak kecil juga dapat belajar mengenai kepentingan menyimpan namun yang paling penting pastinya ‘bonding time’ bersama ibu dan ayah disepanjang acara ini.
Tahniah kepada semua peserta dan teruskan memberi sokongan kepada Pa&Ma dan Simpan SSPN!
Jangan lupa untuk sertai Simpan Challenge Hunt yang bakal diadakan pada bulan Jun 2024 ini di Melaka. Penyertaan akan dibuka dalam masa terdekat. Dapatkan info lanjut di sosial media Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun, Adrean Mohd Safzan Akhtar, berjaya membuktikan bahawa seni warisan bangsa seperti seni silat mampu hidup subur dalam jiwa anak-anak Malaysia.
Adrean berusia 8 tahun berjaya meraih gelaran johan pada Pertandingan Persembahan Perguruan Silat anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Sabtu lalu.
Hebat menguasai kemahiran silatnya, Adrean berjaya mengungguli kategori solo remaja bawah 13 tahun, sekali gus membuktikan bakatnya seawal usia muda.
Rakaman persembahan yang dikongsi oleh Terengganu Voice di Facebook memperlihatkan ketenangan serta keyakinan dirinya ketika berada di atas pentas, meskipun tubuhnya kecil berbanding peserta lain.
Lengkap dengan busana silat serba hitam bercorak keemasan serta tanjak di kepala, penampilannya menyerlahkan aura seorang pendekar kecil yang memikat perhatian penonton.
Kejayaan dikecapi tersebut telah menuai pujian daripada warga maya yang rata-rata mereka menzahirkan ucapan tahniah kepada kanak-kanak terlibat.
“Lembut gemalai dan sharp uiiiii. Hebat ibu bapa kamu. Dan semestinya kamu nakkk. Hebat!” komen Fadhilah Zahiyah.
“Semoga semua sekolah perkasakan silat agar anak-anak mewarisi dan menghidupkan warisan budaya bangsa ini,” tulis Roseanne Hudson.
“Alhamdulillah, tahniah pendekar cilik,” tulis pula Nizam Gemas ringkas.
Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada kedua ibu bapak kanak-kanak berkenaan atas usaha mereka memperkenalkan seni silat kepada beliau.
“Tahniah adik dan ibu bapanya. Pandai asuh bakat anak jadi pesilat berkualiti,” ujar Salamah Muhammed.
“Tahniah kepada ibu bapa kepada adik ini menerapkan silat pada adik. Silat adalah seni pertahanan warisan melayu,” Faridah Abdul Rahim.
Kejayaan Adrean ini bukan sekadar kemenangan peribadi, tetapi juga simbol bahawa warisan silat masih relevan, mampu membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri anak bangsa.
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.